Friday, October 4, 2013

Apa tengok tengok

hari tu gah 4 mati beratus dirawat
Dua tiga hari lepas tu 20+ murid dan guru dikejarkan ke hospital
Dan buka pula CF pagi ni ada lagi berita berkaitannya.....hari ni 200+ students yang ambil PMR pula terpaksa dirawat kerana sebab yang sama...


apa tengok tengok
AYAM ..... itu lah common factornya
Dan semua terjadi di sebelah utara.

Hmmm...kalau dah tiga kejadian berskala besar disebabkan faktor yang sama,pihak berwajib patut dah tak boleh diam diri lagi.Korek dan gali apa puncanya bak kata kak ooji.

Ayam dan unggas seangkatanya sudah kita sedia maklum senang membawa wabak penyakit.Kalau dulu hanya penyakit hawar ayam saja tetapi sekarang katanya dah evolve menjadi entah apa apa....bird flue..HINI,H2N2 ...entah entah dalam lab dah ada species dan gene H100 N 100 ...who knows.

Dan buat sementara waktu ni ,berhati hatilah bila makan ayam....kalau boleh makan ikan salmon sudahlah ..hehe...And yesterday,the bowl of ayam and rebung cili api was left untouched..and cikli was told not to buy them as yet.

However ...last night the queue at the fast food chain was as long as ever....

apa tengok tengok

apa tengok tengok


Hai...bila dah manusia tak boleh lagi harap kat ayam dan ikan pun mahailah sangat...kucing kucing tentu tak duduk senang...
Apa tengok tengok....
Ehhh..kami species tak makan kucing la...tapi kalau rayau jauh jauh ,mama tak gerenti....kataku pada Squirrel yang sibuk nak keluar rumah..
eeeeeiow....takutnya.

Thursday, October 3, 2013

Abby Lee ...bukan Abe Ley

Suka betul cikson tengok Abby Ley.

dance teacher yang garang

Ehh..tak kenal ?
La ..Abby Lee yang dalam Dance Moms on channel Lifetime.Yang owner Abby Lee Dance Studio tu.
Abe Ley tu my hubby kalau dalam loghat pantai timur.Di Peghelih cikson panggil dia cikli saja.I dont know why susah benaq nak panggil dia abe....
This afternoon cikson bermaraton tengok Dance Moms.The thing that I like about Abby is her steadfastness...no takut takut or agak agak bila kena bambu oleh mak mak budak .Tapi ada yang benci dgn dia....terutama arch rival dia.
arch rival

Watching the tiny dancers putting up for their dance competitions transported me back to the years of my daughters kindy and primary school days.Tahun tahun itu anak anak ciksoncikli selalu dihandpick oleh cikgu music,cikgu English,cikgu Agama dan cikgu sukan untuk mewakili sekolah dalam berbagai acara.Sebentar anak pertama jadi mem sombong dalam cerita Mak Som..aduh...terlupa actual title.Another instance anak kedua dipilih wakil utk bola jaring,hockey,bola baling...Dan yang kerap anak bongsu dengan tarian,choral speaking,nasyid,angklung,band dan entah apa apa lagi.

So imagine how busy we were ....going from one venue to another...supporting ,encouraging them in their shows and games...

And Dance Moms are moms to the kids in Abby Lee dance company.....watching them I wonder....how many of us moms are keen in our kids activities.They go to the extreme in pushing for their kids favour.Tak takut takut lagi nak serang Abby kalau mereka fikir anak mereka diketepikan.Sanggup bertekak,sanggup merayu.....eh tak lah cikson suruh mak mak buat gitu....
the star .....Maddie


I was just going through the time I was the coach for drama,choral speaking....nak cari volunteer jahit baju...jenuh.Kadang kadang hari pertunjukanlah nak pi makan durian kat dusun.....and as a teacher I was very upset bila sbb remeh temeh students have to be replaced....penat wei nak train lain.

Mungkin the parents think keterlibatan anak anak dalam aktiviti begini tak bawa pulangan apa apa.....buang masa saja.Baik lagi bawa anak pi makan angin .
It may be outrageous to see our school children dancing to the tune and dress of Abby Lee Miller....tapi lain kan ada...Nasyid ada...choral speaking ada...yang penting encourage them to be in and support them when they were chosen...dan bila anak bawa balik cert saja sebagai hadiah janganlah pula mencemik dan kata:
Kertas saja.... buat bungkus nasi lemak boleh la....
Kesian anak itu.....




A lady singing twinkle little star in desi styles



memang cikson penggemar lagu lagu yang merepek dan merapu kadang kadang.....

Video ni hasil blogwalking ke blogspot mamasita.Adoi....tak kering gusi cikson hari tu...kalau masih mengajar mau saja share video ni dgn anak anak murid.Tentu depa balik ke rumah dok nyanyi twinkle twinkle little star ni sambil geleng geleng kepala.Dan akhir tahun kita buat parodi utk persembahan hari cemerlang.Gitu fikir ku....tentu gempakkan?

Girls,
My girls are teachers of English too....
Masih kuat ingatan mama masa ajar grammar ....mama cakap cara aci bersari ni...and you know what...it stuck in the minds of my students for ages...I used it for teaching of pronouns AIYUWEDEI...

Being teachers we cant be just dishing facts and figures....we have to be alert on what the childrens' likes and dislikes.....and I found out that they like poems,songs,rhymes,games and the like of them.

And teachers of KSSR year1, 2 and 3 teaching English....we have plentifuuuuul of the songs and poems in the text book.hari ni cikson teringat anak anak murid itu yang akan buka buku mereka untuk nyanyi lagu lagu itu.Actually they have not learn to read as yet....but open the books they did..Oh why didnt I record them on camera then.Boleh juga share kat sini.Oh wait....maybe there are

Rindu pula dekat depa ....apa kabar agaknya.
Harap harap tu the school could make the students realise their full potentials,inspire them to excel and be successful citizens in the future....



Tuesday, October 1, 2013

Bukan sekadar leteran nak oooi

Berita ttg 3 kematian kelmarin dan 60 dirawat di hosp. memang menggemparkan rakyat Kedah khasnya dan rakyat M'sia amnya.
Kejadian yang berlaku di jajahan Sungai Petani juga membuat aku tak senang duduk.Ramai kaum keluarga ku di SP.Mana tau mungkin mereka ada dapat jemputan disana.Syukurlah....sehingga hari ni tiada berita gempar ku dengar tentang itu.
Bila di ingat ingat kembali....kalau berlaku masa kita berziarah,makan kenduri ...itu kira nasib tak baiklah.Tapi kalau berlaku dirumah....hmmm sendiri kena check..

Cuba pi check peti ais tu...


petiais sapa la ni....pic googled


Buah tomato,stawberry,apple tu masih rapuh dan rangupkah? Atau sudah ada kulapok dan kukulat buat mahligai tompok tompok atasnya.
Kuah gulai yang di simpan baki masakan minggu lepas tu masih baik kah? Atau dah berlendir likat dan boleh buat gam perekat tikus.
Oh well,it goes on and on if I were to list them all down...

Pi lah tengok .....check expiry date...check bungkusan dah membengkak dan mengembang ke belum...Lepas tu buang dan cuci luar dalam petis ais.....Tak rosak aih petiais tu kalau kena air dan sabun.!

Tu bab petiais atau esbok atau fridge
Cuba tengok pula bagaimana keadaannya pantry......
pic googled


Humban sajalah ke tong sampah tin tin dah habis tamat tempoh..rempah 2,3 tahun sudah.Botol botol kicap dan sos yang dah warna lain.Kenapa nak sayang?Sayangkan badan dan kesihatan diri dan keluarga.Kalau termakan kita dan mereka juga kan merana.Jadi macam diSingkir....dah tak boleh kata apa.Tersingkir kita ke hospital jadinya..

Dan waktu malam anda tengah tidur tu,pasangkan telinga dengar samada ada drama dan irama kakti dok menari atas periuk belanga....

Ehhhh mak ni.....

Tulisan ni bukan sekadar leteran nak oooi..... nak ingat kita semua...juga cikson termasuk juga ttg bahaya ada dimana mana...Dalam petiais pun dia dok bertapa ....hehe.