Sunday, August 25, 2013

HOI!!!!

Apaarah!
Tengah sedap sedap makan aku tersentak dengar
Wek...Hiaq Tuih...wek wek.....giagh .....suara dari belakang tapi berselang beberapa meja.Di tempat basuh tangan aku teka.
Serentak dengan itu secara unanimos suara suara menjerit....HOI!!!

Waktu itu,aku cikli dan PIL sedang mengalas perut di R&R tempat kejadian minta pinjam sekejap yek dulu.Kisah lucu yang aku coretkan dalam post dulu.

Kurang garam betul sipembunyi suara itu.Aku tak berpaling pun lihat siapa yang punya angkara.Tapi dah agak dah kulit apa yang ampunya kerja.Pernah terkena dalam satu restoran kat Melaka.
Tersentap selera makan aku.
Juga selera makan yang lain ku kira.Terus angkat kaki.Masuk toilet .

Hooooi....hati hati...aku bersuara bila lihat cikli macam tak memperlahankan kereta sedang aku nampak kereta didepan sipi sipi.

Apalagi cikli marahkan aku kerana kata hoooi...walaupun bukan HOI!!!

Ok kalau lain kali aku nampak apa pun jangan cuba kata hooooi.
Mau pula dia marahkan aku
Kenapa tak kata Hoi bila dah nampak sesuatu yang membahayakan.

Really.....Hoooi  hoi and HOI!!!! rentak lain makna pun lain.Betul tak?

Dan lelaki yang di HOI kan satu R&R memang padan di bahasakan begitu.Entah entah dah ada buat screenshot upload fb.....
So hati hati kawan kawan jangan dok berhiaq tuih merata rata....

Saturday, August 17, 2013

semak kepala senak perut sebak dada

Ha semua ada.Bila baca paper ,tengok berita,buka fb,masuk forum segala.
Hai dunia....hailah negara tercinta....bila nak aman ya.

Tengok mayat bergelimpangan di Mesir sana
Tengok pencopet minta nyawa kena bantai dalam negara
Tengok sisuami gemok sasa bantai bini dalam lif hospital swasta
Tengok seluruh tubuh anak kecil dirotan ibunya

Buat aku semak kepala senak perut sebak dada

Wahai manusia....dah tak waras ya...

..........apa yang ku lihat...

Ninasandaq makhluk allah berkaki empat pun ada ciri ciri manusia
Jumpa makan riuh mulut dia memanggil yang lain makan bersama
Jumpa Squirrel,tekun dia menjilat bulu,telinga

.......tapi kenapa kita....

Benci membenci,iri mengiri ( saja buat vocab sendiri)
Bunuh membunuh,tembak menembak,tipi menipu,sihir mensihiri  ( tau salah tatabahasa)
tak henti henti
sampai la ni.....

nota tambah:
malam tu aku mimpi kena kejar dgn orang gila.Takut gila tau.



Friday, August 16, 2013

eid of 2013...raya kami....cerita kami...

Alhamdullilah...syukur ...semua anak anak dapat balik beraya sebelum hari raya berbanding tahun tahun dahulu.
All the girls balik sekereta bersama 3 tetamu .The lonesome boy balik naik bas sehari sebelum raya.

After sembahyang sunat aidilfitri,acara tahunan maaf maafan .Tersentuh hati kerana masing masing punya cerita sedih sendiri.Masing masing memberi semangat antara satu sama lain....urging each other to go on.Antara kisah sedih putus kasih terselit kisah putus sumber pendapatan.....which I feel is more demoralising.Any which way....life is a war for us to win...dont give up .Charge on..

After that to the grandparents house at Seriab.Rasa pesta disini kerana banyak huha huhi.....I mean gelak gelak sampai nampak gusi.They are happy sokmo walau dalam apa cerita, somewhat I like to embrace...well I learn how to laugh from them...

anak menantu...yang slim blim ada,yang ssssehat pun ramai.

cucu ada cicit tak dak....kalau berkenan masuk lah meminan...parts of cucucicit tokma toksaad.


Then the rain fell like dogs and cats.....kata nak sat jadi 2 jam.Lepas makan makan salam salaman gambar gambaran ,I have to persuade the brood that we are having other places to go....move on.

Its only at 4 we started our journey to SP....reaching around 6+.Went to my elder sister's house just a few km away.Laksa and bihun sup sedia menanti.Sis nampak payah untuk bergerak kerana sakitnya...

Bermalam di Bandar Puteri Jaya for the night walau ada juga ura ura nak sewa bilik hotel.Entah jam bila adik bongsu arrived from KL sbb bilik berhawa dingin membuat tidur masing masing heavenly.Tak peka apa jadi diluar sana.

The next morning,mama sarung apron sampai petang............mee kuah punya penangan.

That same night around 10.00 we headed for Kangar.Jam 1.00 baru sampai....

Its Acik's house the next day.....mee/bihun sup and nasi tomato.Kena pula bertembung dgn bola antara Msia dan Barca ,gegak gempita rumah jadinya.Persis stadium National dadanya.

kenduri Langgaq.....sapa tu yg extra.


The next morning,our lonesome boy returned home KL bound.....14 hours on the bus.Kesian.
That afternoon ,to Langgaq Alor Staq kenduri anak pak saudara cikli...berjebah makanan..pilih saja.
Kambing golek,kotiau/ bihun goreng,cucuq udang,cendol mendol juga lauk pauk.Rasa macam pi buffet ramdhan kat BGC pun ada.



Say goodbye to ciklin at the bus stop.
And a day later cikten and cikna with the furry cucus made their way home.
selamat tinggal moki n koko....mailah lagi


Maka tinggallah cikson sorang sorang .Sekianlah saja episod eidulfitri dari rumah no.7 nun jauh diutara bersempadan sawadeekap
Oh ya terlupa mama....kita kesana mencari benda....tapi orang banyak tak terhingga.....hai depa ni mai dari mana.Kecik besaq tua muda dok ada...harga barang pun depa letak mahai gila!!!!.

pilih dek non...braca ada.manU pun ada...tak daq kita bagi ada.
eleheh...mak sapa tak tau.
sempat lagi buat posing sambil tunggu order
manusia di PB.....ni kat luar...dalam lagi begenuak...hehe.