Monday, July 8, 2013

Buruk jangan cepat di buang,cantik tak perlu cepat disayang..

Dah kena rendam dua tiga kali banjir,tentulah cepat buruk dan mereput.
Tapi ,sehingga akhir hayat mereka,tetap berguna.
Andai sakit demam skit sikit,ke hospital tempatnya.
Hospital ? ...ialah jumpa pakar baik pulih anggota.... dgn harapan dapat berguna semula.

Radio tu ....entah zaman bila...ingat masa anak anak kami kecil kecil lagi dah ada.Biarlah dia tak ikut peredaran zaman namun dia masih sihat badannya.Hanya sakit setengah anggota....tapi masih boleh dengar lagu lagu,berita darinya.Dah memadai untuk mama .

Dapur tu... entah berapa umurnya.Angkara banjir yang melanda,dia karat sini sana.Pintunya pun dah lekang entah kemana.Itu badannya.Fungsinya..masih bertahan.Nak masak dua mulut saja ,no problemo kata dia.Biarlah dia berbakti sampai akhirnya.


Apa pula freezer aka peti ais itu bonda?
Dia .... hari tu dah terkopak pintunya.
Dah terpeleot kakinya....lututnya.
Namun abah dan abangwi angkut dia bersama.
Ke bengkel untuk baikpulih seadanya.
sakit kakinya


runtuh pintunya
Taraaaa....bila dia pulang..mama senyum gembira.

Masih ku ingat masa membesar dulu,mana ada semua itu
Jam gerak yang patah jarumnya,diganti anak mancis selagi mampu.
Kasut ku yang koyak ku pakai walau dihari anugerah terima hadiah nampak jari
Skirt ku yang pudar ku alih ,ku jahit semula ,nampak baru semula tak siapa ketahui

Jadi,bila benda benda masih boleh berbakti...tak perlu diganti
Tak perlu menambah hutang atau meminta minta untuk dibiayai.

Mama ...you are such

a miser la...
Tidak anakku...itu tanda mama berjimat cermat untuk kita semua
Bila susah...ada tempat kita berteduh namanya
Selagi mama mampu berdaya.

Tapi kalau nak sedekah.... mama mau saja....hehe.

Kawan rakan...adakah anda seperti mamason ini
Atau aku saja yang begini
Rare species...susah nak cari.... tapi senang nak dapat ganti.


hai...entahlah.


Shiver down my spine reading the latest headlines:

*Crash plane tried to abort landing....tentang tragedi Asiana ..Ada mati ada kritikal.
Add caption

*Canadian blast site a war zone....ttg train pengangkut bahan bakar yang terbakar.Sebuah kelab malam dengan pengunjungnya obliterated.
macam atomic bomb

* Egypt factions take to the street ..Mesir bersimbah darah....banyak nyawa jadi korban untuk menaikkan seorang pemimpin.
*Nigerian shuts school after massacre ...berpuloh anak sekolah maut .Kenapa sekolah? Kenapa harus Islam?
*Blast at Buddist temple in India ...tak habis kat sini saja...tengoklah bila fahaman agama dilibatkan.

Itu berita diluar negara...apa pula cerita kita...

Kisah seorang bapa merancang dan membunuh ahli keluarga kerana tersepit dek hutang.Hutang lagi penyebab bencana.Kisah ini mengimbau aku kepada satu cerita dulu.Si bapa mengasah parang kerana risau ,marah dan sasau.Rumah diugut bakar kerana suami isteri bertengkar....

Kadang kadang terfikir aku ,kita macam anai anai yang diberi racun...Tak perlu racun satu koloni.Hanya satu dua yang terkena...habis satu koloni huru hara...

Dan aku selalu fikir , dalam rumah tentu selamat...tapi bila baca cerita....bahaya ada dimana mana.

Sebelum keluar kerja tadi,aku diberitahu makmal terbesar memproses dadah ada di perumahan kami....dah kena tangkap pun.... tengoklah nanti mesti jadi berita sensasi.Nak kaya mudah atas banyak nyawa yang terngadah..

Hai...entahlah.



Sunday, July 7, 2013

My newfound Love

After the disappearance of Dello,....no particular cat came into my life until one whiny cat started following my heels.
Being bushy tailed,I dislike the feel of the tail on my skin
Susssssh...pi jauh..I always pushed him aside .Being persistent ,he came over and over until he could eat out from my hands.


And he is SQUIRREL..
Squirrel was his given name.All because of his bushy tail.

nak tangkap gambar kita?

ehhh tak mau la

kita tak suka..


Now he has a schedule that mamason got to follow.

By ten,he would be at the door,wanting a share on the bed.
Nak boom ke....I asked.Without further ado,he would jump on the bed wanting to share a corner of it.That is just for a while..then he retreats to the corner of the room for his own comfort.
malu wei

kita tutup muka

tak nampak kita kan


He understands Boom...meaning sleep.
He understands Dapuq ...meaning going to the kitchen for his food.

And one thing about him is he seemed to understand my emotion.
One day,I was feeling sorrowful for the turn of events in the family.
Squirrel patted my cheek as if to comfort me maybe saying...
Mama dont be sad...everything will be ok...

Kakaten the other day remarked:
Mama......dia kucing ke manusia?

Yes,squirrel is my newfound love..he is the master of the house.
See...his whiny voice is calling me.
It sounds like.....mama I  want to go out....
Please open the door...will you?



Saturday, July 6, 2013

Mengimbau Kenangan...foto foto bisu

Ku belek foto foto bisu
Ku renung wajah wajah kaku
Frozen in time waktu itu.

album kenangan

ke hutan belantara kita bertandang


Mereka bagai berkata
Lihatlah ,kenangkanlah wajah kita
Yang tiada
Yang masih bersama...

risau di kepala kita ketepikan

sekali sekala cari ketenganan


Tiada kerana menyambut panggilah Ilahi
Tiada kerana jodoh tidak lagi menyebelahi kami.

Ku belek,ku renung wajah wajah kaku
Kenangan lalu bagai menerpa fikiranku...
Dan bila terbaca coretan di situ
Senyum aku...















Hari tu masa aku memunggah koleksi album album zaman zaman berlalu....gambar gambar itu membuat aku
ketawa,juga menangis tanpa lagu...Apa lagi bila terbaca kata kata lucu..

kenapa eh tiada caption pula untuk ini.