Tertengok saya doku bertajuk : 'Haze Hell Over Asia' channel History di Astro baru tadi.Kejadian sekitar 1997 menceritakan perjuangan 'bomba men' dari Malaysia memadam api di Sumatera.
Fakta : *saiz kebakaran melibatkan 9 juta football fileds
* peat fire macam api dalam sekam....makan dalam
* kapal terbang terhempas dan kapal laut karam akibat pemandangan terhad
* Carbon dioxide yang di bebaskan berada dalam udara samapi cucu cicit kita .
Itu antara apa yang makcik faham.....
Mama ,kat sini teruklah jerebu.KLCC pun dah tak nampak dari rumah.Kucing pun lari tidur dalam toilet.Kata sianak masa mamason menaliponnya tgh hari tadi.
Besok sekolah sekolah di Kuantan cuti berganti..Muar dgn 700 + diisytihar darurat.UPI? KPI ? Entah.
And back in Perlis,mamason rasa semput nak bernafas.Rasa macam tersekat sekat
Hai.....dia dah mai kat sini agaknya.Kata cikli.
Hari ni sepanjang hari tiada awan biru di Perlis.Langit nampak kelabu sekata.Tak ada kepul kepul awan menari nari .
Malam ni agak agak nampakkah supermoon kat langit...?
Dah haze hell over Asia....bulan pun tentu cabut lari.
Sunday, June 23, 2013
Saya tak mau menangis tapi ada air dihujung mata.
Setiap pagi without miss,itu blog pertama aku buka.Menyelami perasaan hati seorang ibu yang berjuang untuk anak nan satu.Puitis bahasanya selembut orang nya dan namanya.Dan tanpa aku sedari ada air dihujung mataku.Tapi selalunya air itu deras mengalir di pipi seperti kesusahan ,keperitan yang dialaminya itu punya aku sendiri.
Apa boleh ku katakan selain memanjat doa pada yang esa semoga penderitaan ibu ini berakhir jua. Semoga anak yang disayangi dapat kembali sihat semula dan jadi ibu kepada bayi yang baru dilahirnya.
Aduh...berat mata membaca ,berat hati berasa rawan tapi berat lagi bahu mereka yang memikulnya.
Sabar ya GH..
Petang semalam aku menghadiri diri ke majils .Berjumpa dengan kawan sekerja lama.
Dah berapa cucu? Tanya dia.
Mana ada...
Maka cerita hampir lima tahun lalu di imbas kembali.
Tak apa macam tu...katanya.Saya sekarang jaga cucu dari dua rumahtangga anak anak yang bercerai.Penat.
Saya tak mahu menangis tapi ada air di hujung mata.Cepat cepat aku minta diri.Tak mahu cerita sedih pedih dulu membungkus diri....Aku cepat sedih bila bercerita tentang itu....
Sekarang pun masa ini aku tak mahu menangis...buat apa.Tapi ada air dihujung mata menitis...

Saturday, June 22, 2013
Di atas titi buluh nan se batang
![]() |
| gambar...googled |
Gayat.Jenuh nak meniti.Bawah gaung menanti.Tak hati hati.Jatuh lalu mati.
Gitu gerutu hati dia.Bila membelek bil ditangannya.
Huh....nak sampai akhir bulan ni macam mana agaknya.Makan mee maggilah lah kita.
Dulu titi ke rumahnya simen konkrit.Kukuh.
Tapi sejak dibadai taufan,konkrit pun boleh runtuh..Dia mengeluh.
Kita dah boleh masuk golongan asnaf ni.Pendapatan dah jatuh paras bawah kemiskinan.
Sejak jambatan konkrit diganti titi buluh nan sebatang,dia tiada kawan.
Mungkin mereka segan atau takut nak berteman.
Mana tahu bila bila saja dia akan menadah tangan
Minta sekupang dua buat bayar hutang....
Alahai ,kesian dia
Tidur tidak lelap
Makan tidak kenyang
Mandi tidak basah
Takut dia bila handphone berdering
Takut dia bila pintu diketuk
Takut dia bila posmen mengunjung.
Kesian dia
Titi buluh nan sebatang hanya kukuh buat semut meniti
Tak hati hati..jatuh lalu mati.
Friday, June 21, 2013
Rajuk
Ingat orang saja pandai merajuk.Rupanya kawan kaki empat berekor bermisai that goes miau miau pun pandai menunjuk perasaan...
Masih teringat makcik satu hari kami tinggalkan anak anaknya di depan rumah kerana berpergian.Bila pulang,dia tidak menerkam dan meyambut kami seperti biasa.Hanya memerhati dari jauh dengan muka yang marah.... yes...marah.Siap jeling lagi.Siap siap
Nina,where's your babies?Sangkar dah kosong ni.
Dia buat dunno saja .
Bila kami terjumpa anak yang disorok dalam almari buruk baru dia menghampiri kami seperti berkata:
Ehhh..buat apa ambil tahu.Pi lah jalan lama lama tinggal kami anak beranak kat luar.....
Bila anak dia dipindahkan ke belakang rumah lagilah rajuknya.Macam tahu apa katanya:
Sampai hati nooo kurung kami dalam penjara ni.
Habis kertas skabar dicariknya.Bekas makanan diterbaliknya.Bekas air ditiarapnya.
Dan hebatnya dia tak lagi mahu bermanja dengan cikli.Panggil pun dia buat tak heran.Mungkin juga dia berkata:
Tak payahlah buat baik kat kami......
Alahai.....Ninasandaq rajuk ya.....

| nina marah eh |
![]() |
| kami bahagia disini |
![]() |
| sayang anak kami |
Nina,where's your babies?Sangkar dah kosong ni.
Dia buat dunno saja .
Bila kami terjumpa anak yang disorok dalam almari buruk baru dia menghampiri kami seperti berkata:
Ehhh..buat apa ambil tahu.Pi lah jalan lama lama tinggal kami anak beranak kat luar.....
Bila anak dia dipindahkan ke belakang rumah lagilah rajuknya.Macam tahu apa katanya:
Sampai hati nooo kurung kami dalam penjara ni.
Habis kertas skabar dicariknya.Bekas makanan diterbaliknya.Bekas air ditiarapnya.
Dan hebatnya dia tak lagi mahu bermanja dengan cikli.Panggil pun dia buat tak heran.Mungkin juga dia berkata:
Tak payahlah buat baik kat kami......
Alahai.....Ninasandaq rajuk ya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)