Saturday, April 11, 2020

MCO fasa 3... the new normal.


Semalam our PM yang tak anda undi tetapi sekarang kita rasa dia peduli was on air again.
The most anticipated speech herein.
Dilanjutkan... ya tidak ya tidak bermain main dalam kepala
Satu yang pasti... peratus mahu ya rasanya lebih mengatasi yang tidak mahu.
Maka jam 4 petang semalam,pasti sudah teka teki kita semua.
MCO...dilanjtkan lagi. Hingga 28 April nanti!

Selamat menjalani MCO semua
Tentu kali ini kita tabah ,sekental batu Gibraltar ya.
Apalah Stay at Home 2 minggu lagi dari kena bahana covid yang tak kenal batas usia,pangkat dan bangsa.
Dan pertengahan April katanya apex of the dreaded scenario . Moga moga itu tak jadi nyata. Seram rasa.

Selepas semua ini berakhir, kita akan menjalani hidup biasa semula.
Tapi semua tak akan sama
Kita kena terima the new normal.

Sudah tiada lagi peluk cium pipi kiri pipi kanan,pipi kiri kembali
Tiada salam salam ya hanya tangan didada sendiri
Tiada crowd atau majlis kenduri
Tiada kunjung mengunjungi
Kita jaga diri kita,keluarga kita sendiri
Supaya penyakit yang digeruni ini tidak sambung menyambung lagi.

Semoga rakyat Msia tabah melalui cabaran semua.
Jauhkan dari huru hara
Jauhkan dari meleset ekonomi yang tak terbela
Supaya kita rakyat biasa dapat menyarung semula pakaian kita yang berbagai warna. Keluar berurusan tanpa rasa curiga.

Namun... aduh rindu tak terkata buat anak2 ,menantu dan cucu cucu.
Di kejauhan hanya ucapan rindu ,stay at home,stay safe buat mereka.
Nanti,bila semua ni selesai dapat kita berjumpa semula.
Sayang semua.


2 comments:

  1. ya...minggu ini kita buat sehabis baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Fida,
      Semoga Fida sentiasa dalam lindungan Allah . Stay safe always.

      Delete