Thursday, August 13, 2015

DIY.....jom masak gulai ketam tumis darat easy breezy.Tutup mata pun jadi.

Untuk anak2 yang jauh di rantau
Nak makan gulai ketam,mai sini mama nak ajaq hampa
Senang saja....tumbuk,masak,tumis.Itu caranya
Tutup mata sebelah pun dah masak sebelanga....

Memasak gulai ini timbul masa tgk chef apaentahnama masak gulai  ketam mcm ni hari tu.

Mula mula....
Tumbuk bawang besar,bawang putih,kunyit hidup,ketumbar. Ratio..1 biji,3 ulas,1 inci,satu camca meja.Tumbuk sampai lumat tau..
Racik selabu bawang besar benggala kecil kecil.
Besiang ketam bersih2.Belah 2.
Santan 1 kotak biasa.Kalau nak lemak tambah lagi.
Nenas.

Caranya
Sedikit minyak dalam peyuk.
Layukan bawang besaq.
Masukkan rempah ketam/ikan serta bahan tumbuk.
Masak sampai hilang bau
Masukkan ketam
Masukkan nenas,
Last sekali masukkan santan.
SIAP!

Oh wait... sikit lagi.
Tumis bahan tumis...bawang merah,bawang putih,halba sikit,daun kari sampai garing.
Curahkan dalam periuk gulai ketam.
Baru SIAP!

Senang kan....
Layukan bawang dalam periuk.

Masak 2 bungkus rempah ( kecil) dan bahan tumbuk sampai wongi

Masukkan ketam n nenas

Masukkan santan.Tambah garam.Masak sampai masak naa..

Bahan2 utk tumis darat

Panaskan minyak

Ciaow.....Goreng sampai garing


Tuang dalam gulai ketam tadi
SIAP!


footnote...hai anon
Semoga posting ini tidak melukakan hati sesiapa.
atau menunjukkan saya tidak menghormati perasaan orang...sekian.TQ


4 comments:

  1. Mokjadeandell.
    Awat pi tunjok...la la nak pi cari ketamm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Cepat2 setat moto pi merket.Selamat mengetam.

      Delete
  2. Saya pun sama, tetiba teringin nak mkn ketam lps baca post mokjadeandell.. By the way thank you share resepi untuk dicuba.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ,
      Aduhai.Kesian pula kerana buat LZ teringin...
      Same same.Selamat mencuba.

      Delete