Tuesday, April 14, 2015

Sampai satu masa,satu ketika..

Terkejut kami suami isteri bila mendengar bunyi itu.
Shrrrrup,syurrrrap..shrrrrup syarrrap.
Cikson lantas berhenti kerja dan mencari arah bunyi itu.

Laaaa..nina rupanya.
Oiii buat apa tu...bingit dan bising la.Boleh dengaq 4 km tau!
Rupanya msninasandaq sedang membersih diri.Grooming  dgn tekun sekali.Setiap inci bulu dibadannya dijilat bersunggoh sunggoh dan rapi.
Selesai merapi diri,pong yang sedang leka berbaring didekati.
Shrrrrup syerrrrap lagi.Dia menjilat jilat pong yang diam tidak bergerak.Tekun sunggoh dia dgn tugasnya.
Nina...pong dah besarlah.Biarlah dia mandi sendiri.
Teguran cikson dia buat tak peduli.Lagi rancak dia membersihkan telinga,hidung dan badan pong.
Nina...dont overwork yourself.Bila anak dah besar biar mereka corak hidup sendiri.
Kalau dia nak nampak bersih dan cantik,pandai pandailah dia bersih diri.
Pong selalu nampak comot macam tak mandi pagi.Badannya yang putih nampak kusam bila dia suka bersenang diri dalam tempat pembakaran sampah belakang rumah.Dia macam tak kisah badannya jadi berdaki..Nasihat ibunya supaya menjaga penampilan diri dia buat tuli...

Kasih sayang nina terhadap anak nya yang tunggal kerana yg lain dah tiada, nampak sunggoh ketara.Pagi tadi dia mendapat sepotong ikan.Digonggongnya ikan masuk kedalam rumah.Selepas meletakkan ikan dia berbunyi...prrrrr prrrr sambil meninjau ninjau mencari.
Suaranya terus meninggi sehingga pong datang menemuinya.Dan ikan sepotong itu dibiarkan pong memakannya dgn senang hati.

Dia senang hati bila anaknya bersih dan cantik.Dia senang hati bila anaknya tidak kelaparan.Itulah hati seorang ibu.Tak kira ibu kucing atau ibu manusia.Dan dia mesti senang hati bila pong dah ada
pasangan hidupnya..
Nak tahu pong dah pandai tak balik rumah.Bila dipanggil berkali kali,lama baru dia menampak diri.Memanjat tembok rumah sebelah utk balik ke rumah sendiri...

Pong pong...ada pakwe rupanya
Pakwe pong warna kelabu
Tak lama lagi nina dapat cucu...

Sampai satu masa satu ketika,hidup anak anak bukan kita mengaturnya....

4 comments:

  1. Kak, cerita macam ni saya sangat suka.......sangat dekat dengan hati....boleh relate! Well done...memang DIAMOND!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      saja saja suka tgk feel kucing2 tu..
      Macam twinkle twinkle little star pun ada.

      Delete