Ingatkan lagi kemalangan yang menimpa makciq bln 7 thn 2012 dulu.Berbekas hingga ke hari ini.Kebas,kaku tak seperti jari jemari ku dulu.Kerananya aku terpaksa membataskan diri dari melakukan kerja kerja yang memang aku gemari.Had in mind nak jahit cadar ,nak jahit curtain tapi apalah daya nak dikata.Nak pegang gunting pun rasa tak terdaya.Jadi bertapalah kain kain cadar yang ku beli berela ela dalam almari.Miss satu opportunity untuk aku buat duit tambah dana pencenku .
Kemalangan kecil itu juga buat aku mengenali satu lagi cabang bidang perubatan..Fisioterapi.Setiap minggu aku terpaksa bertemu fisio ganteng untuk sesi rawatan.Celup lilin,regang jaring,uli tepung bukan nak buat kuih jadi regimen rawatan mingguan.Tapi dah banyak minggu makcik tak mengunjungi kerana bercuti ke Pahang tempoh hari.Nak start balik takut kena soal jawab.
Dek kerana masa lapang yang tak terkira banyaknya....aku ligat menapak dari satu tapak ke satu tapak.Walau badan tak bergerak .Hanya dua jari pun boleh.Terlajak aku sampai benua orang boleh bincang anything on earth goes.Makcik baca saja..tambah pengetahuan.Adoi mak...terlopong maknam ni jadinya.Akibat blog jadi huruhara hidup depa.Dan makcik amat takut apa yang menimpa mereka bukan tak boleh bergolek kena kat sapa sapa.Minta simpang malaikat 44 .Makcik jadi over bimbang..bimbang anak.Nak bimbang cucu ,belum nampak batang hidung lagi.
Dulu dulu,ibubapa bimbang takut anakanak diperantauan ....takut rimau,takut boya,takut ulaq.
La ni kita bimbang cara lain....facebook,twitter,forum,you tube.Apa depa tak boleh buat untuk jatuhkan airmuka keluarga tercinta.The world is suffocating sometimes.
Dan lagi satu... ah usah la Tak payah nak panjang lagi.Full stop..
.
No comments:
Post a Comment