Friday, August 13, 2010

Kalau sudah nasib

 

Saya selalu beranggapan begini :

Orang lawa,cantik ayu,menawan kalbu hanya dengan senyuman tertawan semua orang memandang.Tentu hidup mereka aman bahagia,hingga keakhir hayat.

Macam dalam cerita cinderella,snow white…..they lived happily ever after.

Teringat lagi saya satu masa dulu,semasa tinggal di JPL berkurun yang lalu.

Dia berkulit putih bersih,senyum aduh,nampak barisan  mutiara sekata berbanding saya.Ah,semua tentang saya saya benci.Why was I born so ugly ?Itu lah pandangan saya tentang diri sendiri.Tak perlu orang bagi tahu.Damn so unrealistic self depreciation.Masa itu lah,masa saya belum jumpa kekuatan diri sendiri.

Bila saya menemaninya berjalan,semua mata lelaki terpandang,tertoleh tak boleh buang buang.Hingga ada yang terperosok dalam longkang! Ya la tentulah mereka memandang dia bukan saya! Buat kata anak saya:

Kalau macam  mama lalu,depan pun orang tak perasan.Aduh tajam benar ye itu perkataan dan sindiran.

Bila saya menyelusuri blog,saya temui banyak cerita tentang mereka yang macam bidadari menghadapi krisis keluarga yang tak bertepi.Dan kawan saya telah hilang segalanya.Mendengar ceritanya saya geleng kepala:

Aduh,mereka nampak macam dua sejoli,Sama cantik sama padan,Kenapa jodoh tak panjang?

Adakah kerana kalau dah nasib?

 

Jadi bila timbul perbincangan tentang perkahwinan antara benua,saya selalu kata :

Kahwinlah kalau sebangsa pun,kalau nak berpisah,tak siapa boleh menegah’

Jadi apa hairan dengan Maya atau dengan siapa siapa saja yang berkahwin dengan yang bermata biru,hijau atau kelabu?

Tak jadi kahwin,bercerai dengan sebangsa pun boleh berlaku!Dan saya jadi sedikit terganggu .Memikir keadaan yang dihadapi oleh mereka di sekeliling saya ini.Yang saya kasihi.When will this thing be over? Happily after.

Come on why should that be you!

Hope the ending would be a God Bless you.Amin.

Resepi petang ini apa ya?

Asam pedas ,sambal belacan,ikan belah belakang?

6 comments:

  1. saya selalu percaya jodoh dan pertemuan ditangan tuhan. pertemuan jodoh ditangan sendiri.

    tapi ada benarnya kalau dah tertulis jodoh tak panjang, perfect couple pun tak dapat bertahan. usaha sentiasa terhalang.

    ReplyDelete
  2. Cikgu...
    benda-benda ni bukan kita boleh tentukan jodoh memasing macam dalam novel.. kalau dalam novel.. yang cantik tu, sentiasa berjaya...
    tapi semuanya ini adalah ketentuan dari ALLAH jua... Cinta sejati tak perlukan wajah yang cantik.. sebab nanti melepaslah kita-kita ni yg tak termasuk kategori cantik.
    Kecantikan dalaman yang kita miliki kot yang buatkan suami kita masih tetap sayang dan setia pada kita... hihihihi....Insya'Allah dan Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  3. Asam pedas ,sambal belacan,ikan belah belakang?
    Mamason! All my favs! Nak cikit. roar! roar! roar!

    ReplyDelete
  4. Noir,
    The first statement,agreed readily.Nak cari jodoh dan kekal jodoh kena usaha.Nothing come easy .Tapi kalau dah usaha tapi tak berjaya,nak kata apa ya.

    Pn
    Betul juga ya. Nak diri rumahtangga selalu cantik orang cari.Nak kekal rumahtangga,kecantikan hati dan dalaman yang pasti.Kalau cantik luaran tapi dalaman bersawang,pun tak jadi.

    ....cat in sydney ,
    Dell: ye ke Fav food cat.Kami kepala ikan pun jadi he he.

    ReplyDelete
  5. so u stil okay If any of ur kids err..find the spouse dengan yang tak serumpun, kan?
    just checkin.hahah

    ReplyDelete
  6. hahaha.just answered your question.If it fits,wear it.If it doesnt,menyusah diri sendiri.

    ReplyDelete