Tuesday, February 18, 2025

Jalan liku liku


Jalan Liku Liku

Termenung sejenak aku.

Ehhh apa nak ku tulis. Tarikh dah semakin hampir. 

Begitulah gara gara aku termakan ajakan anak menjadi ahli dalam kumpulan itu.

Mama...this  is your chance. You can write about your experiences those teaching days.

Mula mula aku teruja. Ehh. Betul juga. Sudah lama aku tidak menulis . Sudah lama aku berhenti menatap laptop ketinggalan zaman ku.

Tetapi... tidak semudah itu ilham menjenguk. aku buntu.

Lebih2 lagi aku sudah tidak berkarya di blog Thru Ups N Down sudah sekian lama.

Garu kepla.

Then.....

Haa why not I write about hose days I was in the teaching fraternity. Sudah... ilham ku kalau datang selalu dtg dgn berbahasa Inggeris. Mengada! Jenuh nak alihbahasakan. 

Permulaan mengajarku... ha lucu adanya.

Selepas tamat SC/MCE aku pohon guru sementara disebuah sekolah pedalaman. Mau 35 km sehala.Naik bas ulang alik setiap hari sejauh 70km. Anak gadis berumur 18 tahun. Zaman 70an. Naif sekali.

Semasa diinterview Pengetua,aku ditanya subjek yg aku pelajari. Antara yg ku sebut adalah Home Science semasa Form one dan two.

Maka aku ditawarkan utk mengajar di sekolah itu. 

Awat tak terkial kial. Kerana silibus termasuk mengajar memasak. Sedangkan aku tak pernah belajar hal ehwal masakan. Aku hanya belajar tentang ilmu jahitan. Masih terbayang guru ku yg bersari ke sekolah. Sekarang orang kata seksi. Sbb tayang bodi. Hihi.

Satu hari aku beranikan diri. Menjejak kaki ke bilik masakan. Aku perhatikan peralatan . 

Tombol tombol dapur memasak gas menakutkan aku.

Yg mana nak ku buka. Mau kalau  meletup. 

Sebenarnya aku gadis kamoung yg menggunakan dapur kayu utk memasak. Mana aku tahu tentang dapur gas. Menyalakan api dengan kayu getah yg dikutip dikebun orang taulah aku. Menjunjung berkas ranting ranting pokok getah dibahu pernahlah aku. Menggiling rempah dibatu giling aku baisalah walau umurku baru belasan tahun. 

Mujur hanya sebulan aku mengajar sementara. Aku sibukkan mengajar asas jahitan kerana itu yang aku tahu.

"Cikgu,bila cikgu nak mula ajar masakan. Ajar simple2 dulu. Buat air teh pun ok." Ketua Panitia menegurku.

Kecut perut aku. Macmana nak ajar, sedangkan aku zero penglaman dan pengetahuan .Malu aku .Kata belajar Home Science. 

Berhari juga aku berfikir. Berterus terang dan letak jawatan?

Sampul surat berlogo KPM sampai ke rumah. Yes.. aku dapat DTC. Tawaran mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Mujur aku dapat  masuk kolej utk menjadi guru Bahasa Inggeris. Selamat satu hal. Tanpa berlengah aku letak jawatan. 

Ketika itu aku baru 17/18 tahun. 

19 tahun-20 tahun aku Ke Maktab  yang tak serupa maktab. Layaklah di ber nama DTC. Sebuah kolej yang bertempat disebuah bangunan bekas sekolah.

Menjejak usia 20 aku ke sebuah tanah rancangan sebagai guru bersijil. Pengalaman berkeretapi senandung malam  dan disambung bas Mara berhmpit2 utk masuk ke tanah rancangan. Aku tenang disana . Jauh dari keributan dan hiruk pikuk keluarga. Yes,aku tidak memohon negeri ku sendiri sebab ingin merantau. 

Namun satu peristiwa buat aku terima saja ajakan tukar suka sama suka ke negeri utara. Sebuah sekolah elit. Disini aku belajar tentang kehidupan. Tentang darjat. Tentang perlunya pandai membawa diri.

Belum sempat aku mengenali sekolah, nah... aku ditukar ke sekolah yg jauh . Tanpa sebab. Ehhh ada sebabnya. Tempatku diganti dengan seorang guru yg suaminya seorang VIP. Maka apa hairannya aku diketepi.

Mula2 aku sedih,marah sbb sekolah lama nampak bumbung rumah. Sekolah kedua pula terpaksa masuk kampung. Namun rahsia Allah siapa yang tahu.  . Disini aku berpeluang mengikui kursus keluar negara. Mana aku bermimpi dapat naik kapal terbang free, belajar free . Mana aku bermimpi dapat jejak kaki negara beriklim 4 musim . 

Tapi dari situlah permulaan aku jadi guru yg luar dari guru biasa. Aku dikehendaki memberi latihan kpd guru2 negri tentang apa yg ku belajar di sana.

Matilah nak.... Makcik introvert. Pemalau. Tak pandai bercakap. Depan kelas sendiri bolehlah.

"Alah... cubalah. Belum cuba tak tahu." Pujuk suami.

Hari yg ditakuti datang. Gementar aku menghadapi kelas guru2 bahasa Inggeris seluruh negeri. Berhari hari aku praktis dan bersedia. 

Pengajaran berakhir. Borang penilaian diedar. Diakhir nya aku menangis kerana terdapat komen yang merentan jiwa.

What did she teach us? Its not important. Its irrelevant.....one comment wrote.

Dan lebih menyengat bila da yg tulis..Is this what she learnt oversea? 

"Elehhh... mcm tu pun nak sedih. You habis tak lesson yg diajar?" tanya suami.

"Habis". Jawabku

"You pengsan tak?" sambungnya lagi

"Tidak".

"Then you are successful!" Kata  suami memberi semangat

Bermula hari tu aku pikul saja apa yg diberi.Setiap tugasan aku terima walau berat hati. Segenap ceruk negeri aku jelajahi utk menolong guru2 KSSR. Bonet keretaku penuh alatan mengajar. Sekolah Kebangsaan, SJKC,SJKT semua aku masuki. Bukan sebagai nazir,ppd atau pelawat. Tetapi berkongsi ilmu yg kami pelajari.

Sampailah aku dinaikkan pangkat PK KOKO. Matilah aku sekali lagi. Aku tak pernah aktif dalam koko. Aku guru kelas periksa.! Tiap tahun periksa. Tapi jawatan aku terima sbb dah lemas dengan tugasan melawat sekolah memberi bimbingan namun adakala banyak halangan. 

Dia datang dahhhhh. Kami tak perlu lah . Kami boleh buat sendiri. Antara kata kata yg menyengat hati.

Tak lama aku jadi PK Ko,aku naik PK Kurikulum. Yang ini okla sbb aku key personnel negeri.

Tiba2 aku ditawar jadi GB sekolah kurang upya. Terpaksa aku tolak kerana perlu melakukan keluar negeri selalu. Lagipun mana aku tahu sign language.

Cikgu kena terima juga jawatan ini. Kali ini aku dtawar jadi guru yg letaknya didalam kampung. Kali ini betul betul jalan masuk kesekolah liku liku . Sebelah sungai dan parit dalam. Andai terleka boleh tenggelam.

Aku damai didini walau kadangkala aku ngeri. Kerana keberadaan sesuatu yg gemar ber hi hi hi.

Satu petang, aku sibuk menyiapkan tugasan. Riuh rendah aku denagr suara murid dan guru bermain bola diluar.

Ehh rajinnya mereka berlatih tgh hari panas terik ni. Berkejar kejaran mereka mengejar bola dgn suara guru perempuan nyring memberi arahan.

Seketika kemudian aku keluar melihat siapa yg riuh rendah. Ehhhhh... sekolah kosong tanpa orang lain selain makcik kantin yg sibuk membersihkan kantinnya.

Cik Milah, siapa yg praktis bola kat koridor tadi?

Cikgu,mana ada. Semua dah balik. Tinggal kita berdua saja. 

Aku menalifon guru yg ku dengar suaranya.

Cikgu saya dah balik awal.

Secepat kilat aku dan makcik kantin berkemas dan tinggalkan kawasan sekolah.

Dia dah mai.... kata makcik kantin . Jom balik cikgu.

Banyak kali juga aku berhadapan dengan detik cemas bila kakitangan sekolah ada yg histeria. Meremang buluroma.

Yang sangat berkesan bila aku rasa tengkok ku berat masa memandu balik. Macam ada sesuatu yg mengikut balik.

Peristiwa histeria mesti ada setiap kali ada perkhemahan . Lebih2 lagi kalau yg datang riuh rendah waktu malam.. Cerita dari jaga sekolah juga tak kurang menyeramkan.

Maka dengan senang hati aku terima pelawaan bertukar sekolah. Sekolah terakhir ku sebagai pendidik.

Di sini cabaran juga bukan sedikit. Namun Alhamdulillah aku bersara dengan selamatnya. Banyak pencapaian yg kami capai. Antaranya dianugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Inagat dah tamat cerita aku sebagai pendiddik. Rupanaya masih ada sambungan.

Aku dipelawa utk menyambung semula . Kali ini sebagai guru MBMMBI. Lucu mengenangkannya.

Dari seorang pengurus sekolah, aku jadi guru BI kembali. Selama 3 minggu aku salah sekolah kerana nama sekolah yg seakan sama. Bukan salah ku sepenuhnya kerana aku dapat penjelasan yg sekolah aku di jalan besar Arau.

Rupanya sekolah ku adalah sekolah kampung yg jalannya liku liku nak pergi. Silap pandu boleh masuk sawah padi. Pemandangannya indah terutama waktu pagi. lihat sawah menghijau,bukit2 berbalam, burung burung berterbangan. 

Aku seronok mengajar kembali namun aku kemalangan dan patah tangan. Maka  tamatlah karier aku sebagai guru hampir 40 tahun.

Aku bermula dengan paksa rela menjadi guru,namun berakhir jatuh cinta dengan profession ku. Jalan liku liku yg ku lalui memberi banyak pengalaman. Aku terima cabaran kerana aku tak mahu berada disatu tahap sepanjang masa. 

Namun yg terpahat dihati adalah bila kita dapat menyaksikan anak2 yg mulanya sederhana dlm pelajaran mencapai kejayaan . 

Aku lihat seorang anak murid thn 3 lancar membaca dalam BI. Tanya ku.. siapa yang ajar? Tusiyen kat mana. 

Jawabnya tulus...Cikgulah ajar saya!

Sawah seberang jalan yg menghijau membuat aku terkenang padanya. Antara ribuan murid .

Juga murid yg katanya ...Hutang kena bayar.



Wednesday, September 4, 2024

Saturday, August 3, 2024

Tanya la dia....

 Waiting for the food to arrive at our table sometimes is membosankan. Sometimes it takes ages. With children among us, the situation might be tense.

Kita main game la..kata si abang bila lihat adik yg tgh monyok.

Round robbin. A game of naming the countries by their first letter was played.

A...America was answered by me. B ...Bolivia by auntiena and the game continued.

Then came my turn again. It was S. Without hesitation I blurted out Scandinavia.

Scandinavia? A puzzled look came across abang Pohim' s face.

Is there such a country?. The nine year old kid questioned my answer.

Tanya adik. Tanya adik. Ada tak country nama Scadinavia.

Nope! Was his eager reply. My 6 year old cucu was all sure of himself.

There's no Scandinavia.

To google we went to find the answer. Betullah. Scandinavia bukan country. Dia mcm Brics . Mcm Middle East. Mcm United Nation.

Haha..Budak 6 thn yakni adik lebih hebat dari bekas GB, X U students wei. Bagi dia flags and countries of the world semua dlm kepala dia.

Kat barber satu hari dia nampak world map pulak. Selamba dia sebut nama countries yg ditunjuk atas peta.

Walau membaca masih teragak agak. Baru 2 ni baru nampak progress dia dlm membaca. Thanks to tok wan's KL effort....

Dia ada extended tuition lepas balik tadika. Bimbang tok dernya cucu tak lancar membaca naik thn satu next year.




Rindu nya.






Aktiviti2 kat atas tu masa mereka balik cuti sekolah dulu. Apa la agak nya dia nak bawa balik cuti bulan 9 nanti.

Dia dah bayangkan something that can fly. 

Cant wait for the next hols.


Friday, August 2, 2024

My little joy.....

 Watching the panorama in front of my house is my never ending joy.

I enjoy seeing the beautiful green hue of the sawah across the road. The colour would change according to the season. Padi growing season I mean.

I enjoy too the sight of the white birds languorously descending on the field. And flapping their big wings in the air when they ascend into the sky.

So enjoyable was it to hear the birds chirping early in the morning. 

It was a treasured gift. 





How could I be not grateful for this special gift.


Thats all folk.

Peace no war.