Monday, February 20, 2012

Sayang kamu

Mahu menitis air mata ini bila melihat nama sekolah tertera di surat itu.Tambah tambah bila melihat ramai kawan kawanya mendapat sekolah hebat.Ah… kenapa disitu tempatnya.Aku di sogok lagi dengan macam macam cerita .Hebat risau aku.

Pagi 20 Feb. seawal 8.30 anak beranak telah keluar mengheret beg dari Grand Continental untuk arah yang belum tentu.Terjawab akhirnya bila alamat tertera SJKC Jinjang Selatan,WPKL.

Maka bermulalah perjalanan kami menuju tempat yang telah ditetapkan untuk anak itu mencari rezeki.Meniti jalan jalan yang tak pernah tidak padat dari kereta bersimpang siur,sekolah dikawasan penempatan baru seakan Seri Kembangan kami cari.

Kenapa disini….tanya hati ini.

Pintu pagar kami bolosi dan tangga pejabat kami naiki.

Semasa sianak berurusan sempat lagi kami berkenalan dengan staf yang nampaknya semuanya peramah.Dan setitis air mataku gugur bila lihat keramahan GB.First impression,aku bersyukur atas pengalaman hari pertama.GB wanita menghantar kami hingga keluar pintu pagar sekolah jam 12.00.Sedangkan kawan anak  terpaksa berada disekolah yang lain sehingga jam 6.00.

Keluar dari pagar sekolah ,misi mencari rumah kami mulai.Ceruk mana tidak kami jelajahi.Tapi masih belum termaktub lagi sehingga membuat kami terpaksa bermalam di Crystal Crown untuk malam ini.

Besok tentu hari yang panjang buat ku dan cikli.

Perjalanan 700 km akan kami tempohi dan rumah sunyi akan kami tujui.

Doaku semoga anak bungsu ku ini tabah menghadapi cabaran menjadi pendidik walau dimana ditempatkan.Take everything that come your way with an open mind.Dihantar ke sekolah seperti ini would present you with opportunities to learn new things.

Comel comel anak anak Jinjang Selatan rupanya.Aku kagum lihat disiplin mereka.Kalaulah anak anak didik ku begitu….

Semoga my first impression of the school would be as it is .Now and forever.

8 comments:

  1. Semoga sibongsu itu sentiasa bangga dengan tugas dan tanggungjawabnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapan ayah bonda.Jadi cikgu yang berkarisma .bukan guru yang skima.

      Delete
  2. OO saya tau tempat tu..kebanyakan nya kaum cina menetap di situ..Belakang hotel tu ada kampung Sri Delima..cuba cari rumah kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua hari kami sesat bangat cari rumah.Hampir habis Kepong Jinjang kami masuk...akhirnya hari ni dapat rumah dkt Prima Metro.penat sunggoh .

      Delete
  3. Mamason,
    Tempat ni adalah sepenanak nasi dari rumah kami. Cuba cari rumah sekitar Taman Beringin di Jinjang. Sebelah Kepong pun ada banyak, jalan ke atas lagi ada Jusco Kepong. Not sure about Jinjang Selatan but best non-residential school in WPKL is SMK Kepong, walaupun tak glamour. Dah rezeki, make the best of it. Mintak kakak contact kita, boleh kita bawak jalan2 naik Kimi, ye? purrr....meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalala, kalau kakak aten dapat jumpa CFS tentu terubat rindu dia kat Boboi dan Nina.Panjang pesan dia kat mamason minta jaga depa. SJKC Jinjang Selatan dekat dengan SMK Kepong.So far,cikgu cikgu disini ramah belaka.harap dia dapat belajar Mandarin segera supaya senang mengurus murid murid.

      Delete
  4. oh...dapat sek.tu ye....insyaAllah kita sama2 doakan si anak jd cikgu yg cemerlang dunia n akhirat...amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani,
      Terimakasih .Semoga anak anak comel Yani juga berjaya dan cemerlang .Rindu depa.

      Delete