Tuesday, February 24, 2015

Those darn cats....anak2 ninasandaq

Ninasandaq sejak berpindah ke RBL dah 2 kali melahirkan.Batch pertama hanya tinggal Pong.Bu dan Tam dah tiada.

Pong
Kali kedua nina beranak dalam lori.Dan sampai sekarang dia dan anak anak2 masih buat lori itu rumah mereka.Elok la tu...RBL dah tak membenarkan keluarga berkaki empat bermalam.Kalau bersiang boleh lagi dibenarkan.Bukan apa takut sofa dan kerusi makan jadi cakaran mereka.

Coming back to anak anak baru nina....
She gave birth to 4 healthy babies.Tapi sekarang nampak budak2 tu kurus saja.Keding tapi cergas.Tayar terpakai atas lori tu jadi tempat mereka bermain dan tidur.Akibatnya yang berwarna putih jadi kelabu.Yang hitam lagi hitam.Berdebu.
Siang hari mereka turun bersantai atas simen bawah lori.Berkejaran sesama mereka.Dan bila mereka nak berehat dan tidur pandai pula panjat lori..

Sesekali terdengar suara garang nina.Dan bila cikson keluar ,sekor kucing jiran sebelah tergesa gesa panjat tembok .Nina apa lagi...kejar kucing tu ajak bergaduh.

Sejak beranak baru cikson tengok ninasandaq kuat bergaduh.'Makcik' sebelah rumah yg pakai loceng tong teng tong teng pun dikejarnya.Anak makcik yg cikson panggil mummy pun dia marah.She's very protective.

arch rival ninasandaq...

Bila dia dapat ikan bising mulut dia berbunyi.Ikan digonggong dari belakang rumah utk anak anak .
Walau panas kaki memijak simen,tetap dia harungi.Terjelir lidah dia bila sampai kelaman depan.
Tentu rasa gembira tak terkata bila lihat anak anak berebut makan.Walau dia pun belum terisi perutnya.

Tercari cari gambar anak anak kecil nina...la belum tangkap lagi.Capai camera tapi anak anak nina kat mana? Tak nampak pula mereka ditempat biasa.Si Pong pun tak nampak rupa walau namanya diseru seru.Hanya se kawan ayam yang datang berlari lari bila cikson buka pintu.

Pong Pong where are you?


Monday, February 23, 2015

From school to school 2...SK Tunku Malek

After passing the Special Malay Class Entrance exam,I continued my study in a school which is quite a distance away from my home.
So come that auspicious first day ,I was enrolled in Sekolah Rendah Tunku Maleh,Kilang Lama.
Maka bermulalah kehidupan seorang budak perempuan yg terpinga pinga dalam kelas.The teachers spoke English in all the subjects.And the school uniform too was different.In the all girls school in Kulim,her attire was baju kedah and kain pasang.But starting today ,she got to wear a pinafore.At that time ,each school sported different school uniform,Jadi bila orang tengok uniform orang tahulah sekolah mana budak tu..
Haha..disekolah lama semua pelajar perempuan.Tapi berlainan disekolah baru.Bercampur campur .Tapi semua murid Melayu.Ya la Special Malaylah katakan.Entah apa specialnya pun tak tahu makcik.Hanya tak perlu bayar yuran bulanan.Yuran tahunan masih kena.3 ringgit kot kalau tak salah.Itu pun macam 30 ringgit tau.Buku teks kena beli sendiri.Tak merasalah beli buku baru.Setiap tahun hand me down.

Where is the second primary school you might ask..Sekolah Tunku Malek letaknya bersebelahan SBS..Sultan Badlishah School which was to become my secondary school.Hebat tau sekolah tu.Mcm premier school la ni.

I didnt remember much about SK Tunku Malek.From year 4 to year six. My teachers were from all races.Ada Cina,India dan Melayu.A few names that still rang a bell was miss Ng, Kat rumah dia cikson tak sengaja melanggar tong cat....Miss Wong sangat cikson ingati sbb dia baik dan suka bawa kami belajar luar kelas.Satu hari terlopong cikson dengaq dia bercerita ala ala big book.

Masa disekolah inilah cikson mula berminat baca buku cerita.Main sukan cikson kemereh.Masuk syarahan ke nyanyian solo ke tak pernah terpilih.Darah gemuruh kuat sangat.Sekali dua ada juga terpilih main traingle masa persembahan.Juga menari simple simple hari penyampaian hadiah.

Yg cikson ingat,cikson selalu dipuji tulisan cantik,lukisan cantik dan bahasa Inggeris terror..Yg lain lain tak ada apa apa..just plain jane.Tapi cikson rasa worse still than plain jane.Cikson pendiam sangat disekolah...Setiap masa dgn buku .


Sunday, February 22, 2015

Kabar dari Perlis...bila anak menantu dtg bertamu..

Cuti panjang CNY menyaksikan RBL dan RTS dikunjungi anak dan cucu serta menantu.In other words RBL ie rumah kaklin diziarahi cikten and cikwan .Dan RTS ie rumah tok dan wan saad dikunjungi anak,menantu serta menantu cucu..Confusing and misleading? Lets simplify.
Paknjang dan maknjang balik bersama anak anak serta pengantin baru.

So...sibuklah mak mak menakan diPerlis masak masak utk menjamu.Hari CNY day itself 3 jamuan dirumah berbeza.
Mula dgn makan tgh hari di rumah paklang.Dijamu nasi ayam,puding,icecream and tapai.Selamat budget tgh hari.
Mai ke petang makndak jamu laksa pula.2 pinggan cikson tibai.And her laksa reminds me of Pak Harun yg menjaja laksa di JPL dgn mengandar buyung...
Malamnya makcik pula menjemput makan mee soup.Disbbkan cikli tak berapa sihat dan cikten baru sampai,hajat nak makan mee soup tidak tercapai.

The next day cikson masak gulai ikan dan malamnya ke Kuala Perlis .Ikan bakar jadi habuan.
Paginya sebelanga bihun digoreng.

Buah cermai yg bergantungan di dahan menarik perhatian cikson.Sdp ni kalau dibuat pincuk.
Banyak nya buah cermai tu...cikson membuka kata.Besoknya TS bawa segayung buah yang baru dipetik.Cermai jeruk cabai melaka serta asam boi siap sebalang.Buah tu cikson ketuk ketuk dgn lesung batu.Campur gula,garam,hirisan cili serta asam boi.Masuk dalam petiais.Harini dia dah sebati.
Makan sebiji nak lagi.Utk yg minat masam masam ,enak saja ditelan.
Bila cikten nak pulang ke KL tadi,bekal tgh hari dah siap pagi pagi lagi.Biasa biasa saja.Nasi marjerin berkunyit.Dan lauknya telor rebus.kentang rebus,udang goreng,ayam goreng dan kuah cili...Missing is ikan bilis goreng dan kangkung celur.Inilah makanan kami dulu dulu bila berjalan semasa lebuhraya belum dibina.
Kalau ada dalca daging lagi best.Terbayang kacang parpu.

Hmm..thats all anak anak.Suasana di RBL di CNY.
Tapi gambar sekeping pun tak ada..

Kabar dari Perlis...yang kering dan yang garing

Pagi pagi lagi dah panas berdehang.Rimas.
Dan rumah yang tidak diteduhi pokok mendapat direct sun light.Kalau ditempek roti nan di dinding ,mau masak garing dia...cikson buat hipotesis.Dinding rumah mengadap matahari naik terasa panas sekali bila disentuh..
So what to do...aircon dihidupkan utk menyaman udara.Bila bil mai baru terkapa kapa. .

Tapi angin bertiup kencang.Berdentum dentam daun pintu ditolak.Liuk lentuk dahan di pokok.

Sehari dua lepas ,sawah didepan dibakar orang.Terkejut cikson .Dan petang tadi bila pintu di buka , semua nampak kelabu.Berjerebu. Meninjau dihujung pandangan,nampak api menjulang.Asap berkepul kepul seakan serombong kapal dilautan.
Minta simpang malaikat 44,api tak terkawal.Kejadian di US dan Australia membayang dikepala.

Satu kejadian hari kelmarin...
Anak beranak bersiap rapi ke rumah kenduri.Kawan cikten yg masa sekolah dulu rajin ke rumah.Cikli,cikson ,cikten dan orang baru teruja makan kenduri.Bila sampai tempat dituju,cikli rasa sebu.
Tak payahlah kita ke situ...cikson ajak cikli tunggu sehingga anak menantu jumpa pengantin,Seperti biasa cikli jangan cuba pujuk dia.Sbb kemahuan dia usah disanggah.Berpinpin berpapah kaki dilangkah.
Nasi diceduk,lauk ditambah.Sedap nya masakan bila dijamah.Tiba cikli rasa nak rebah.Mau keluar semula apa yang ditelan...adoi ni dah susah.Mujur meja kami di hujung sekali.Apa yg berlaku sedikit saja rasanya orang yang nampak.Kesian mereka.
Berhenti makan kami anak beranak.Pimpin cikli balik ke rumah walau perut belum diisi sepenuhnya>Dan lauk kenduri sedap tak terkira.Cikson juga tak kesempatan berjumpa pengantin dan tuan rumah.
Itulah kejadian suatu hari yang kering .Cikli jatuh gering...

Malamnya cikli buat permintaan...nak makan kentang putar ,Juga pizza yang garing.

Berita dari MMD...cuaca panas kering ini akan berterusan hingga April...Suhu 36 C .