Thursday, May 27, 2021

Kita jaga kita....

 Lebat hujan semalam. Becak tanah dan tempias hujan menandakan hujan yg turun semalam agak lebat dengan angik kencang.

Tapi semalam tidurku terganggu bukan kerana bunyi hujan dan guruh tetapi bingitnya suara entah siapa.

Jam 2 pagi... 3 pagi ...4 pagi .Suara garau dan bingit berbunyi. Hingga hampir subuh baru sunyi.

Macam nak buka pintu, keluar dan jerit....QUIET oooooi!

Pagi ni aku terbaca artikel tentang kesan gerhana bulan merah dan penuh. Orang yang mental akan bertambah sakit. Mungkin juga sipelantun suara tengah tengah malam buta tu pesakit institusi mental yang terlepas. Mana mungkin orang yg tiada penyakit bercakap kuat kuat tgh tengah malam hingga awal pagi. Tak mungkin .

Pagi ini cikson bangun dengan letih lesu akibat terganggu tidur sejak 2, 3 malam sudah.

Sekarang hampir jam 9. Hujan dah berhenti tetapi alam masih mendung dan kelabu. Bunyi terkukur bersahut sahutan dapat ku dengari. 

Semalam heboh dengan kes VVIP .

Kes registration AZ.

Dua dua ada macam cerita.

VVIP yang ranggi dan lengsi dah kena berhenti. Dari jadi Pengerusi. Hihi. 

Kes AZ pula macam macam variasi. Ada gembira, sedih,marah dan segala macam emosi. Yang berjaya register, senyum nampak gusi. Yang gagal walau sudah mencuba berkali ,tentu kecewa sekali.

Terimbas kembali masa ciksn register utk vaksin dalam MY Sejahtera. Masa tu kuat bukan main kicauan tentang bahaya vaksin. Siapa yang nak jadi tikus makmal, silakan. Kami masih nak tgk dulu .Kami bimbang . Kami ragu.... ahhh haru juga nak buat keputusan ketika itu. 

Namun, cikson ketepikan ketakutan. Senyap senyap tanpa bagi tahu sesiapa cikson register. Dan diterima . Hari nak vaksin dada berdebar debar. Entah aku selamat atau tidak. Masa itu ancaman kovid masih minimal. Jadi ada yg hairan dengan keberanian cikson. Vaksin masih dianggap lebih bahaya dari covid 19.

Namun segalanya berubah sekelip mata. Kes covid melantun lantun meninggi setiap hari Orang berebut utk ambil vaksin. 1 juta dos AZ habis ditempa dalam masa sejam. Semua sudah tidak peduli tentang dakyah bahaya AZ. 

Melayari fb dan social media yang lain, cikson gelihati tgk reaksi mereka yang seakan berjuang utk dapatkan temujanji.

Macam macam cerita ada.

Mujur anak di Cyber dapat tempahan dan di KL telah mendapat dos pertama. Yang menunggu di Pahang dan OUG.  Juga cikli.

Laju dua buah ambulans melintasi jalan . Dua dua menuju Kuala. Ehhh...ada apa ya. Mungkin kemalangan atau adakah itu petanda ada mangsa covid yang hendak dibawa.....

Perlis pun sudah tidak aman jadinya. Nak keluar kemana mana fikir 2 juta kali. Bimbang dan ngeri memikirkan kemungkinan yg mungkin terjadi. 

Hari ni hari 17 hari dah cikson terima second dose PFizer. Tapi masih risau hendak kemana mana. Selagi kita belum mencapai herd immunity.

Kita jaga kita....


satu hari kita sebebas awan , bebas ke mana saja. No SOP.
Sekarang kita jaga kita, jangan dok merayau saja saja.


No comments:

Post a Comment