Salah tu cikson. Jauh di mata DEKAT di hati lah . Bukan lekat.
Ya ,ya ,tau. Its Dekat not Lekat.
But allow me to have the exception of the day.
Dah dua tahun berturut turut kita tidak dapat merayakan Aidil Fitri bersama sama ahli keluargakan. Ada yang tahun ini dah jadi tiga tahun berderet beraya diperantauan.
Walau dekat tapi tak lekat pun tak menjadikan. Biar jauh tapi lekat dihati dengan kasih sayang,terasa impaknya.Terasa dihargai dan disayangi.
Seronok dengar cucu mengucapkan terimakasih bersunggoh sunggoh bila cikson bank in duit raya buat dia dan adiknya. Juga bila cikson sponsor buku buku bacaan buat dia. Thank you tokkk.Dia menjerit kegirangan lewat Voice Call.
Teringat juga nak hantar harum manis tetapi bila terbaca pengalaman orang lain, terbantut hasrat. Ada yang dapat buah dah lisut dan lembik. Ada yang hilang diperjalanan. Selalu, bila ada yg balik kampung,baru pergi cari buah utk dibawa pulang.
Adat memberi . Pemberian biarlah yg terbaik . Macam kes hantar kuih raya ke Brisbane dulu. Sampai disana biskut raya dah jadi sagon.
Pengalaman anak membeli dan menghantar barang on line pun ada pengajarannya. Makanan yang ditunggu tunggu melancong dulu kesana sini sebelum sampai. Bila sampai tahu sajalah.....Begitu juga ada kes ,alat yg diterima tidak berfungsi ...
Tapi semua tu nasib kan. Hargai pemberi kerana ingatan mereka. Walau apa pun yg kita terima. Cuma kalau ada tipu daya pembekal, kenalah berterus terang. Kena bagitau pemberi supaya dia tidak lagi terkena lain kali.Ramai juga pembekal yg tidak jujur cikson jumpa. Hantar barang yang mungkin dia sendiri pun tak jeling pun. Kes surprise delivery yg betul2 surprise. Kes runner grocery yang menghantar barang entah dari mana dia beli.
ehh...panjang juga bebelan makcikson.
Tempoh hari adalah pemberian anak2 buat kami suami isteri. Juga surprise delivery bday. Kembang rasa hati.
Hahhh...ni dia antaranya..
bungkus ada |
kotak ada |
personal shopper pun ada eh.. |
Ehh mana aci kata Monkey yg bukan monkey. Kita tak dapat apa apa punnnn.Sampai hati depa noo.
Where's my gifts? |
No comments:
Post a Comment