Friday, October 9, 2020

Suara yang terkurung...

 The other day as I was going to my car......

Lantang suara wanita disebalik pagar berduri itu.
Kagum aku.
Di tengah rembang hari, suara yang dialunkan itu memecah kesunyian kawasan dan ruang.
Sedap juga lagu tu.

Jadi mungkin bernokhtah sudah keperitan hidup buat dia. Tak perlu dia memikir untuk apa apa. Tak perlu dia risau tentang anak anaknya.Tentang kehidupannya.Tentang dosa pahalanya.
Itu fikirku.
Namun mana tahu perempuan yang mengalun lagu itu rancak berfikir. Tapi dia tidak dapat melantunkan fikirannya. Hanya dengan jeritan lagu yang dialun itu dapat melenyapkan fikiran nya yang mahu meletus.

Wad yang ku lalui terletak nun dihujung HTF. Terpisah dari bangunan2 yang lain. Dipagari kawat berdiri.
Sejenak terbayang adegan didalam wad kecemasan beberapa lama dahulu. Perempuan muda yang dikawal oleh dua petugas polis.Kesian.

Sehari dua ini macam2 yang lalu ditimeline fb ku. Mau saja aku komen . Tinggalkan ulasan buat empunya diri. Namun aku tidak. Suaraku ku kurung. Biarlah . Tahulah mereka nantinya akibat dari perbuatan mereka sendiri. 
Begitu juga gegak gempita berita tentang runtuhnya empayar scammer Macau Scam. Juga berianya politician kita .... dalam keluh kesah kita menghadapi pandemik ini.

Kadang2 diam itu lebih baik. 
Thats all folks. Salam Jumaat semua.




4 comments:

  1. adakala diam itu lebih baik..same goes to me. sometimes i reserve my comments to myself

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikson pun begitu.. lebih banyak cakap dlam hati.

      Delete
  2. betul kak, ikut hati macam2 nak cakap, tapi takut tersakiti sendiri kemudian..jadi saya pun diam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silent is golden.. kan gitu. Silent ke silence , confuse sat.

      Delete