Pintu diketuk bertalu talu,lantas cikson bangun tengok siapa itu..
La Wan Ad dimuka pintu.
Ada saja diberi pada anak dan menantu
Baru sehari dua,seuncang palastik buah cermai.
Apalagi gembiranya cikson menjeruk bagai.
Dihentak buah buah dgn lesung suapaya pecah pecah
Dicampur gula,garam,asam ko dan cili padi
Disimpan dalam petiais utk beberapa hari.
Lepas tu puaslah dia berjeruk cermai berhari hari...sedap kata hati
Sebalang dibekalkan pada ciklin balik Kuantan dan sebalang buat tok wan...
Dan yang tinggal hanyalah sepinggan..
sebesen baq hang |
yang tinggal hanya sepinggan |
Petang tadi wan ketuk pintu lagi
Pisang pula jadi buah tangan
Boleh digoreng buat sarapan
gulai lemak pisang |
Dari buah pisang sesikat yang diberi.
Rajin Wan bercucuk tanam
Walau umur dah lanjut .
Macam macam pokok ada dikebun belakang rumah
Mangga,nenas dan kelapa pun ada
Pisang jenuh makan anak cucu dia.
Kacang kelisa dipagar sedang berbuah
Tadi cikson goreng dengan udang sebagai perencah.
Bila Wan rajin berkebun anak cucu kenyang berjamu..
Itulah Haji Saad bin Ahmad,bapa cikli kalau nak tahu....
Rajin bertani dan berkebun ....
No comments:
Post a Comment