Dihujung talian sianak memberitahu akan pulang dihujung minggu.Tiket kapalterbang dah ditempah walau harga last minit tahu tahu sajalah.
Hai...tak ada angin,tak ada ribut ni nak balik...si emak berseloroh.
dua beradik yg nak balik |
Semalam melalui wassup anak beranak berkongsi cerita semasa berbuka.
Terbit cerita dia yang terkena dgn nasi ayam yang dibeli.
Ada ke.... ayam nasi ayam itu berbau busuk.
Dan makcik melarang dia dari menyentuhnya langsung kerana teringat tragedi sedih yang berlaku di Kedah kerana ayam busuk tahun lepas.
Hmm nak suruh masak apa ? siibu bertanya
Ayam masak cabai ?
Ikan asam pedas?
Apa apa sajalah mama.Mama masak semua sedap...
the 3 sisters |
Terus siemak teringat akan masakan emaknya siapa lagi kalau bukan TT.
Gulai emak hmm menjilat jari
Pulut kacau @ wajik mak kegemaran cikli.
Baulu ,putu kacang,kuih bakar emak tiada tandingan lagi
Betullah kalau mak kita yang masak,tentu lah masakannya sedap ditekak kita.
Tapi kadang2 kena kutuk juga
Terlebih,terkurang garamlah..
Termanislah...
Hujung minggu ni dua dah confirm balik kampung.
Mulalah ligat siibu merancang apa yang nak di masak....
Agak agak kalau disaji begini...
Yang ini biar makcik Mona di Koma saja yang masak |
Terngiang2 ....mak masak apa pun sedap..Kembang bontot...hihi.
Cikgu....
ReplyDeleteKami yg dok mengikuti blog cikgu pun dah tahu apa cikgu masak pun sedap....
Pahkal kita ni jauh.
Kalau tak mmg menumpang makan...
Akak,
DeleteTak adalah sedap sangat.Kepandaian memasak pun tercorot saja.
Kalau dekat boleh cikson hantar....utk buat food review.
Tapi kan akak,anak2 dgn masakan mak sedap tak sedap pun habis juga.
Rindu masakan arwah mak...nowadays, cuma pergi rumah aunties if nak makan mcm arwah mak masak.
ReplyDeleteYati,
DeleteKalau ke utara@ Perlis singgah la RBL...kot2 hari tu makcik masak sedap bolehlah jamu...hehe.