2020 adalah nama Dewan . Bukan tahun ya.
Semalam,cikson ke situ lagi sekali. Kali ini menemani cikli utk suntikan dose pertamanya. After all the waitings. Kesian dia tertunggu tunggu dia akan gilirannya . Semua adik adik dan isteri dia dah lengkap dose kedua,dia masih terkapa kapa. Tiada khabar berita tentang gilirannya.
Kelmarin dulu terpancar wajah kegirangan dia bila app MySejahtera nya memaparkan tarikh utk dia . Senyum lebar dia.At last!
Pagi pagi 1 Jun cikson siap memasak nasi. By 10 terhidang daging goreng nenas utk sajian. Selepas makan tgh hari kami bergegas ke Dewan 2020.
Alamak.... panjangnya kereta beratur memasuki kawasan dewan.
Cik dari mana? Kenapa datang?
Kami dari Kangar, nak vaksin suami. Jelas makcik.
Ehhh banyak soal pula kali ini pegawai yang menjaga lalulintas.
Selepas menurunkan cikli berlegar legar cikson cari tempat parking. Ternampak space kosong ciskon berhenti. Betul betul diseberang khemah orang ramai sedang berkumpul sebelum memasuki dewan.
Lantang suara di mikrofon memanggil nombor nombor utk sessi pukul 11. Lambat lagilah giliran cikli kalau lagu ni, kata hati.
Siapa siapa yang dari luar Perlis,ada contact sesiapa dari kawasan luar Perlis 14 hari sila bangun. Pergi ke bahagian tepi dewan. Anda boleh didenda dibawah akta xxxx kalau anda jadi penyebab kluster. Jangan masuk Dewan.
Terdengar laungan suara . Ternampak dua tiga kelibat bangun dan berjalan menuju ke bahgian disebutkan. Teringat pengalaman.
"Jangan ambil gambar. Siapa yang ambil gambar tolong delete!"
Terdengar pula satu lagi announcement. Kali ini dengan segala ketegasan.
Ehh kenapa pula tak boleh bergambar? Cikson yang bersedia utk menangkap gambar, terbantut . Patuh kita pada arahan pihak berkuasa.
Then. Knock .Knock.
"Cik,sini tak boleh tunggu. Boleh cik pergi ke kawasan depan"......sepantas kilat cikson akuuuuur. Beredar dan cari parking di sisi dewan.
Haaa... tangga bangunan sedap utk duduk. Di situlah cikson duduk menunggu cikli hampir sejam. Sambil bagi kauseling kepada seorang yang takut nak vaksin.
"Cik, saya dah selesai dua dos. Alhamdulillah. Tak ada apa apa aiiih.. Bahaya kena covid lagi tinggi dari bahaya ambil vaksin". Macam misi pula cikson ni.
Wanita yang takut vaksin itu sama umur dengan cikson.
Cikli selesai urusan nya hampir jam 1.00
Selama lebih kurang dua jam di situ ,rata rata yang datang adalah Melayu. Syabas kaum ku. Jangan pula lari bila giliran utk dos kedua ya...
Tekateki bila giliran cikli utk divaksin telah terjawab. Anak kedua pula bulan Julai nanti di UKM. Anak bongsu sudah bervaksin dose pertama di UM. Harapan cikson agar kami sekeluarga selamat divaksin. Berulang kali cikson mengingatkan mereka yang belum.
Semoga Allah melindungi kita semua .
Thats all folks...Bye. Stay safe always. Jaga SOP ya. Wear double masks.
tekun mendengar nasihat doktor. |
semalam, tiada barisan panjang begini. Tetapi orang ramai dibawah khemah sisi. |
Gambar gambar dari laman google.
dalam dewan menunggu |
Anggota Rela banyak membantu. |
di luar juga menunggu tapi tidaklah jemu. |
Gambar gambar diatas dari lensa kamera fon cikson... hari dose pertama. Selesa.
No comments:
Post a Comment