Dah lama
benar aku tak mengetuk laptop ini menggunakan Microsoft Word. Masa mengajar
dulu,medium inilah pilihan ku.
Harini
internet down. Tak boleh akses apa apa. Website yang aku selalu pergi tak dapat
aku baca. Hilang seri pagi. No news, no whatsoever. Quranwow.com. , blogger
draft, tinkering blogspot, forum forum, fb,blog2 yang aku selalu baca… hari ni
no more.
Ting! Aku
tersentak.
Bunyi
notifikasi masuk. Maxis rupanya. Bagitau yang kami diKangar, Arau,Kuala Perlis
sedang menghadapi gangguan konektiviti internet. Usaha sedang dijalankan utk
membaik pulih.
Mujur
semalam aku usahakan juga membuat transaksi perbankan selepas entah berapa
belas kali mencuba. Dan aku berjaya. Lega.
How time
flies. How life has changed. Mana kita dapat teka yang satu hari hidup kita
banyak bergantung kepada internet. Sesuatu yang tak terbayang 20 tahun lalu.
I
remembered so well how I learned to use the computer. Sekolah SK Stella punya.
Katanya the first school to have one. Dan aku antara yang mula belajar antara
rakan2 ku. Kalau orang lain takut nak cuba, aku terkecuali. Kalau rosak kerana
sedang belajar, nasiblah. Sekolah kan ada!
Tkasih
Chot@Cikgu Mansor yang ajar kami cikgu2 menggunakan computer dimasa itu. Masa
itu masih menggunakan floppy drive utk start computer. Internet masih belum
ada. Kami guna computer utk taip, simpan bahan2 mengajar dan juga design kata 2
hikmat utk banner.Jenuh hafal formula….
Komputer
pertama keluarga ciklicikson adalah Wayne…lupa2 ingat namanya. Gedabak
besarnya. Siap dengan tower apatah…haha.Rasanya guna tak seberapa,rosaknya yang
lebih. Kena shortchanged dgn penjual pun ada rasanya. Harga pula dkt 5k…huhu.
Lepas tu
aku tak beli dah computer sendiri. Namun nasib selalu baik. Ada saja laptop
anak yang mereka tak mau guna,jadikan aku pewarisnya. Ni pun laptop cikina. Ada
lagi satu yang baru diberi oleh cikpaen…lebih advance.
Menaip
posting ini, aku kembali ke zaman aku bertatih menggunakan computer tanpa
internet….nostalgia.
Bye…
No comments:
Post a Comment