Matahari dah menyengat walau belum dinihari.
Dah berhari hari hujan tak menyirami bumi.
Namun angin kuat yang bertiup ,menolong menstabil suhu yang meninggi.
Oh ya...cikli harini bercanda ke Pulau Pangkor bersama sama ahli rombongan KRT taman lama kami.Cikson diajak berkali kali namun dalam keadaan tangan dan bahu yang masih sakit,pelawaan itu terpaksa cikson tolak walau berat hati.
Sakit bahu dan tangan sejak balik dari KL tempoh hari masih berbekas. Ada masa datangnya buat cikson terlepas apa yang dipegang.Namun kalau tak sakit,cikson tak dapat berdiam diri.Ada saja kerja yang nak diberesi.
laman rumah ke atau quarry batu...... |
Jadi 2 lori kecik tanah dengan harga 300 cikli tempah.Hmm..musim kering begini barulah sesuai tambun menambun.Tapi selepas tanah menimbun diterima,kerja merata siapa nak lakukan? Mula2 cikli rasa dia badang,tapi sekerat jalan tak tertahan.
Upah sajalah pak hang oooi...
kotiau goreng cikson utk menjamu |
paksu tgh bekerja...gagah dan gigih dia |
tanah disini dah rata |
sini juga |
tapi disini entah bila siap agaknya..... |
Jika dah kemas semua, sedap merancang cucuk tanam sayur n bunga2..
ReplyDeleteSelamat berbakti pada tanah cikgu..
Jaga kesihatan dan bahu tu juga
Bila tanah dah ditambun,maka keluarlah ilham nak berkebun.
ReplyDeleteSepetang semalam cikson cangkul rumput dilaman
Bila malam rasa nak demam...alahai.