Saturday, January 8, 2022

Is it AEFI....oh me oh my kaki.

 

Ah..all those hullabaloo about booster. I did follow them on socmedia.To be in the know. Knew about the after effects and the humdrum.

Then, its my turn for the booster jab since my second dose was last year in May. 

So without further ado I presented myself for the procedure at a clinic in town.

Well,actually I deferred the date for the next day.

My my sejahtera told me to be at the clinic at 3 on the 22nd of Jan 2022. Feeling jet lagged after the langkawi trip, I asked the nurse to reschedule my jab the following day which she readily agreed.

It was nearly 2 hour wait before I was duly attended.

Tu pun dah naik darah tgk drama depan mata.

Mana tidaknya. Depan mata kepala dok tengok nurse dok bagi kenalan dia yang datang kemudian masuk dulu. Nak buat pun cover cover lah kan.

Isssh, ni tak kena ni. Saya dah lama mai, tak boleh boleh lagi. Pakcik tu nurse terus panggil saja. Bapa dia ka? Sungut pemuda yang membelek jam tangannya. 

Hmm... tu la. Dok tgk juga. Ni dah 2 org dia panggil dulu. Kita dia sidai macam tu saja. Rungut yg lain.

Kena doktor check dulu baru boleh cucuk. Sang jururawat cuba bagi alasan kenapa kami di lewatkan.

OIC..... kata kami.

Auta betullah . Mana ada doktor tgk pun. Terus cucuk saja 

Itu drama cucuk. Lepas cucuk drama lebih hebat menanti cikson. 

The next day, kaki cikson rasa berat sebelah kanan.. Makin lama makin sakit.

Kesudahannya pergerakan cikson amat perit. Kena guna wheelchair dan walking stick.

Hampir dua minggu bertatih. Mujur sekarang sudah boleh berjalan tanpa bantuan. Tapi datang pula sakit sakit dalam badan...

Cepat penat walau buat kerja ringan.

Hope all these be over soon. Lama tak masak gulai kepala ikan. Teringin nak makan gulai ayaq tangan.

Juga buat sendiri sambal belacan.

Hahaa...jgn ketawa
Ginilah rupa
Bila sakit ditampal plasta
Tapi mujarab juga.

Dalam masa sakit,datang adik. Dia pandai mengurut. Dengan bekalan minyak urut turunan arwah bapa ,dia cuba berubat.

Lepas urut, cikson boleh jejak lantai dan berdiri tanpa bantuan.

Tkasih adik . Dia selalu ada buat kakaknya.

Teringat arwah bapa yang tekun memasak minyak urut dulu dulu. Anak2 kalau sakit itulah ubat yg ibu sapu. 






Friday, January 7, 2022

Wear Your Mask!!!.... memori Langkawi 3.

 Haha...antara kenangan terselit yang ini.

Ramai gila orang. Lepas satu feri,satu feri berlepas. Orang berpusu pusu. SOP ada. Tapi ke laut.

'Ehhh...cik jangan rapat. Jaga SOP.' 

Melepasi pagar ruangan menunggu , ferry kami naiki.

Oh ye! Seat sebaris untuk kami. Namun cucu dan menantu pula dekat tingkap.

Riuh rendah rombongan dihadapan kami. Anak anak kecil riang kesana ke mari. Excited dapat naik feri.

Tiba tiba....

Asssshiem..... huk huk huk huk.

Terdengar satu batukan. Semua tertanya sendiri. Siapa yang batuk ni?

Mata meleret disisi. Seberang kerusi dua suami isteri. Yang batuk tu suami. TANPA mask kedua dua laki bini.

Nak tegur tak tegur bermain main dikepala ini. Mau dia batuk lagi naya kami!

'Cik, Maaf makcik nak tegur. Tolong pakai mask ya. Denda sorang RM 1500. Dua 3000.Banyak tau'.

Aku bersuara. Loud and clear. Haha.

Mujur pasangan suami isteri itu tak membantah. Tanpa suara mereka naikkan mask yang dibuat perhiasan didagu mereka. Rasanya mereka bukan penduduk Msia. Nampak macam pendatang asing saja.

Beraninya mama...

Well,from the corner of my eyes I saw the couple taking a few shots with their camera. Tentu gambaq makcik direkodnya.

Biarlah... Nak takut apa.

Mau dia kata cenge no orang tua Msia.

Speaking pulak tu . Naya kita! 

Hehe..... sometimes the GB in me menjelma kembali. You see I was once a headmistress. Ingat dah hilanglah ke headmistressan I bila dah lama jadi YB. Hihi.


Dalam suka terselit duka.....memori Langkawi 2

 Percutian itu memang dinantikan.

Berbulan dalam perancangan.  Ribu ringgit telah dibelanjakan. Bilik hotel dah dibuat tempahan. Tiket flight dibelikan,cuti dah diluluskan.

Jadi bagaimana? Terus ,batal , jadi pertimbangan.

The date was 19 December 2021. The place was Meritius Langkawi Beach Resort or Pelangi. 3 days 2 nights for 8 pax. 2 children as well too. 

                                                                   Pelangi,here we come

Feri ke Langkawi jam 1 .30 petang. Bekalan yang diminta telah cikson masakkan....ayuhhh kita teruskan walau hati penuh kegusaran.

Sana sini di Wilayah dan Selangor banjir melanda. Pahang juga dalam bahaya. Ramalan cuaca pun buat hati gundah dan gulana.

Selepas melalui tapisan demi tapisan keselamatan, Langkawi here we were......

Perut yang lapar , badan yang letih terubat bila menjamu selera as in makan tengah hari jam hampir lima. Dua jam juga menunggu untuk registration dan check in.

Mmmmm....lapaaaq

makan pula bersuasana ini....
gambar pinjam....

Bilik pool terrace... semuanya 3 buah. Mujur dapat tingkat bawah. Kalau naik tangga , tentu mengah.

Lepas makan, masa berendam. Semua kecuali cikson termasuk cucu2 dan tokwan. Gembira sungguh mereka berenang dan bermain bola . Riuh rendah kedengaran dipool sana. Was so happy to see every one happy. Termasuk jiran yang tak dikenali.

Malam tu, kami ke Telaga restaurant. Sambut Bday cikli . Balik ke hotel semua tidoq sampai pagi kerana besok nak menjelajah Kilim Geo Park pula nanti.

Happpppy bday cikli

yang ke berapa cikli?

Berkali kali ke Langkawi, inilah pertama kali cikson naik bot. Ya... cikson memang penakut. Namun bila semua teruja nak pergi, hati takut jadi berani. Kaki yang lemah,gagah melangkah pergi.


ada pun terselit .......

restoran siakap harga ribu ribu...


It was a thrilling experience. Pemandu bot seorang wanita. Ayu namanya. Namun bawa bot dia sunggoh bergaya. Kecut perut bila bot disengetnya.

Malam, ciklin dapat perkhabaran. Rumah di Pahang telah dimasukki air. Tak pernah berlaku, perumahan dia jadi begitu. Kesian mereka tak tenteram memikirkan . 

Besoknya. jam 3 kami naiki feri balik negeri. Ciklin dan suami naik flight. Terkandas di KL kerana jalan terputus. Hanya dua hari kemudian mereka balik Kuantan melalui Kuala Pilah dan Muazzam. Kecut perut cikson memikirkan ciklin kena pandu sendirian. Allahuakbar. Perjalanan 2 jam setengah jadi ber jam . Melalui kampung dan hutan. 

Kami sampai rumah RBL dengan selamat. Besoknya cikson kena shoot booster. Ni pun ada cerita luka.

Tkasih anak anak yang merialisasikan percutian ini. Cikten ,memang boleh jadi organiser. Cekap,pantas . Tak sia sia leadership yang sekolah semai dulu. Walau anak bongsu...

Cikna, ciklin, abang wen, Safuan ,Majdi ,Fateh dan Fahim dan juga cikli....thank you for the wonderful holiday. 

I LOVE my family. 

Memori Langkawi pasti terpahat dihati mommy.

Bye.... itulah cerita kami. Bercuti bersama debar dihati. Entah bila pula boleh diulangi.


Wednesday, January 5, 2022

Just for keepsakes...memori langkawi

 In pictures,here are some photos to treasure those memories in Langkawi. Memories are sweet. Cherish them.

Hope no bad vibes though. 

Penyeri suasana dgn keletahnya.



Kat telaga bday cikli

Bekalan dibawa , sedap tak terkata.

Cik Ayu, pemandu bot


Gua kelawaq

Wan n cu