Tuesday, October 19, 2021

Rasa apa pagi ni eh?

 


Lakaran budak tiga tahun diatas rasanya tepat untuk menggambarkan rasa apa pagi ni.

Dejected...kata orang putih.

Dua tiga hari ni rasa bad mood saja. Lebih lebih lagi bila terlebih rajin ambil tahu hal ehwal negara. Haha.

Semalam, tersiar berita ibu 9 anak dihukum mati kerana mengedar dadah. Ibu tunggal pulak tu. Allahu.

Undang undang dah semua orang tahu. Mengedar dadah lebih gram akan berdepan dengan hukuman mati. Kenapa kau buat juga ? Kesian anak anak. Trauma yang bukan sedikit mereka hadapi.

Seorang anggota polis pula berdepan hukuman penjara kerana rasuah RM 700. 

Tapi lah... kenapa penipuan berjuta ringgit yang melibatkan sekolah, yayasan, jabatan kerajaan yang cikson terpaksa hadir ke Jln Duta tidak pernah cikson baca dimana mana. Hatta nama si pelaku sekali pun. Mungkin terlepas bas tentang hal itu.....

Yang melakukan itu ada nama didepan nama. Mungkin itu sebabnya tak..

Berita yang disiar tv paling dipecayai juga buat rasa macam makan jadam. Terlepas mereka ke luar negara. Tak perlulah sebuat siapa mereka. Semua telah nyata. Yang ada duit boleh semuanya. 

Tadi , cikson ke laman membasuh enapcemar bapa ayam yang sakit berak kapur. 

Penuh tompok tompok putih najis dia cikson basuh. 

Terlintas difikiran.... negara aku ni tak jauh beza macam ayam berak kapur.....

Semua dah sakit perut. Tak sempat nak masuk tandas. Maka berseleraklah najis merata.

Hanya yang kaya berdaya  beli pil cikit tek aun. Yang susah, yang marhaen, bertaburlah najis serata. 

Situ pula melayang fikiran......

*Tulisan blogger ni menarik perhatian cikson. Bacalah.



Sunday, October 17, 2021

They are here again!

 Yesterday, as I bade  goodbye to my sonny bonny, I glanced upon a scene.

Right there across the road, two busy tractors were ploughing the sawah plot ,with a flight of birds busying themselves too. It was a beautiful sight. And immediately got hold of my phone to record . Cant just let the moment pass by just like that. Alas, the video didnt do credit as desired.

The undan came and went. Just like the children of RBL. They came and go. A fortnight before,cikten came back with the children and cikna came by bus. ETS wasnt in service just as yet.

Abang came on Thursday and by Saturday back home to his nest. A condo in OUG. Ciklin and hubby would be making home at the end of this month ,she said. And cikten would make another come back in December..... 

Ciklicikson, is just like the tiny plot of sawah across the road. We might probably be here,now and forever until we are no longer here. With cikli dialysis routine, travelling is out of question. So too is cikson with the aching limbs.

The other day I came across vblog by one famous photographer. Saiful Nang if I got the name right captured the beauty of Perlis. Cantik sangat.

Through the lens of a professional photographer, ordinary sight becomes remarkable. I was thrilled . Hey.. everyday I drove along a river and sawah fields too when I was teaching in TTB. So too my journey to and from school to Chemumar. It was such a sight to see. Breathtaking. 

So probably, if the chance materialise, I would persuade my girl to make a tour of Perlis like Siaful Nang. Me in tow with a camera ready.

Timah Tasoh, Bukit Chuping,Wang Kelian, the sawahs, the river would be my in my radar. 



Melalui beberapa video Saiful Nang, adoiiii.... terserlah kecantikan tempat tinggal cikson. Tengoklah sendiri. Kalau tak jatuh hati, tak taulah...

Memag betullah... ditangan pro, yang biasa biasa biasa bertukar jadi luar biasa. Setuju tak?

Ni pula video cikson tangkap depan rumah guna hphone. Kalau Saiful Nang yg tangkap,tentu kebaboom jadinya. 




Saturday, October 16, 2021

Feast like a King...jgn jadi kingkong sudahlah....

 Sementara tenaga masih berbaki untuk berbakti,maka termasaklah hidangan hidangan ini.

Oh well ,let the pictures do the talking.



Yesterday, I masak nasi ayam complete set. Bila lihat mereka yang dijamu menambah makan ,maka hati pun terasa kembang. Ada bintang bintang.

Just like my mom, bila anak anak balik, jadi terlebih rajin dia. Ada saja yang tersedia. Some I still remember... pulut wajik, baulu, korma ayam,gulai ikan ...sedapnya.

Malam semalam, set ikan bakar pula ditempah. Makan kat rumah jauh beza kalau makan di kedai. Kenapa ya.



Memandangkan pelanggan ramai di Kuala semalam, ikan bakaq kami tapaukan. Tapi bila dimakan kenapa rasa berlainan.   

Teringat pulak satu bahan bacaan yg dibaca. Ehh.. tak kan la kot no.

Friday, October 15, 2021

Komplen saja tau eh.....

 Si anak kaki empat ekor panjang tak berhenti henti berbunyi.

Ekkk ekkk ekkk memanjang.

Rimaslah! Bunyi saja mulut tu. Cuba diam sikit. Makanan dah bagi, ayaq dah tersaji,nak apa lagi?

Gitulah getus cikson yang dah terkesan dengan bunyi Monky . Jam 5 pagi dia dah start enjin mengiaunya. Pintu gelongsor dibuka, tapi si anak berbulu kelabu tu membatukan diri. Ehh apa tak kena lagi?

Musim panas panas ni ...... yang remeh remeh pun jadi punca depressi. Kan.

Ni kaki komplen


Menonton tv juga kadangkala buat panas hati bila rakan sepenonton dok komplen macam macam. Tak lojiklah . Tak handsomelah. Tak cantiklah... dan beribu macam lagi yang tak kena.

Wehhhh... cukuplah sikit sikit komplen. Kita nak tengok drama lah. Bukan nak berdrama. Komplen padan patut sudahlah. Ni dari mula, sampai tengah,sampai habih tak habihhhhh nak komplen. 

Macam nak jerit saja.... CANT YOU SHUT UP!!!!!

Haha...

At last kena balik ... you tu yang tak tau tengok. Cerita bodoh pun layan. Gitu.


In Life, not all things will come your way the easy way. Even with yourself. Tak semua ada pada diri kita tu sempurna 100 persen. 

Teringat masa kecil dulu, masa teenager. I was in awe of a very beautiful girl. She seemed to get things easy for her. People liked her. People adored her. Putih melepak, gigi tersusun, macam ratu. She was the beau of the village. 

40 to 50 years down the road of life.... kesian dengar cerita dia. So unfortunate. And the girl with those unfortunate blessings was more fortunate than her.

That was why if you are not blessed with beauty, try to up yourself with other achievements. Study for instance. Sports maybe. Even talents, skills or whatever maybe.

And if you did have no skills or talents ... try kindness. Tell you, you will be remembered until you die. Walau tak semua akan ingat kebaikan, namun you yourself boleh ingat akan kebaikan yang you telah buat.

Haa.. seems weird tak. Ingat kebaikan yang dibuat sendiri.

Ya laa... Kan lebh baik dari KOMPLEN!

By the way anak mat saleh dari kecik diajar untuk menaikkan semangat dengan kebaikan diri.

I can. I am beautiful. I am smart..... 

Rasa lebih baik kan dari dok komplen diri sendiri. Betul tak?