Tuesday, December 1, 2020

Hello,December...

 Pejam celik,pejam celik, sudah di bulan terakhir kita utk tahun 2020

December kau telah di sini

Menjenguk kami utk tahun ini.

Sebelum 2021 menampakkan diri.





Pejam celik,pejam celik, sudah di bulan terakhir kita utk tahun 2020. 11 bulan yang mencabar telah berlalu. Hanya satu bulan lagi akan kita hadapi. Semoga semuanya di akhir tahun ini baik baik untuk kita.

Di RBL kami terima tiga ekor anak bulu. Jauh datangnya mereka. Nun dari KL sana. Hari ini dah masuk hari keempat mereka di sini. Harap harap mereka dapat menyesuaikan diri.

Moko, Ayang dan Koko ... welcome to Perlis.
Agak agaknya tentu mereka terpinga pinga melihat suasana berbeza dari sedia. Di KL mereka hanya didalam rumah. Bersama kakak kesayangan mereka. Tanpa orang lain kecuali uncle paen.

Selepas sehari suntuk dalam perjalanan dengan uncle Cat Taxi, akhirnya mereka sampai ke Kangar. Sehingga hari ini mereka berada di bawah porch RBL hingga satu masa.

Sebenarnya mereka akan dibela oleh seorang kenalan cikli. Namun cikli dah berbelah bahagi nak berpisah dengan mereka. Lihat mata redup mereka macam tak sampai hati pula.
Apa apa pun kita lihatlah perkembangannya nanti.


Ini pun mereka...



baru sampai dari KL.

Thats all folks.

Hari masih samar. Walau jam dah 8.16 pagi. Alamat hujan akan turun sebentar lagi. Sejuk gedi pagi ni dan sakit demam pun mudah menjenguk kami.

Been feeling under the weather. 

Bye. Take care anak2 semua. Love you all. Semoga lepas 6 December kita dapat berjumpa semula. Aduh Rindunya...


Monday, November 30, 2020

Se cangkir nescafe sekeping roti..

 Berbekalkan se cawan nescafe setiap pagi, aku mulakan rutin harian.Jam sudah 7.07

Matahari masih samar samar di ufuk timur. Bunyi ayam ayam sekali sekala memecah sunyi pagi. Sebiji dua kenderaan meluncur laju .

Thats mundane.

Secangkir nescafe bersama roti 4 sagi as  we northerners call them is enough to last just until 10 or eleven. Then hunger would step in. So by then I would be in the kitchen rummaging the left over of last night dinner. Nasi goreng or whatever that I could savour.

Simple kan... No worry worry about lunch if I was alone. But ... there's cikli. He has to be cared for. Sometimes by 12, he needs his lunch pronto. 

Usually lunch is ready by 12. As by 10 latest I would be in the kitchen cooking.His fav dish is however my gulai ikan cooked totkton's way.

But today, I feel like making laksa.

Yesterday, I saw pictures of couples which I envy.



image googled.. 


TDM reading to his wife TDSH.

image googled.

And a few other couples in lovey dopey poses. Seronok tengok. Jauhlah makcikson nak display loving loving gitu. Bersemut dengan suami depan public. Muda tak buat, tua tua lagilah.Maybe our upbringing in an era that say no no to display of personal affection in public is the reason why.


Just to be honest. A wife affection to the hubby could be seen when she cooks his fav meals, looks after his needs not wants, jaga his maruah.Tak marah marah tanpa sebab. Berletiaq tak tahu masa dan tempat. No regards whatsoever.

Have seen even old spouses quarreling in public and been a matter of worry for the children. Se hinggalah seorang dari mereka sudah tiada. Baru habis cerita.

Nak ceritalah sikit... dudlu dulu masa mula kahwin, cikson rasa peranan isteri kena menempel dengan suami. Apa suami buat kena isteri buat. Macam shadow gitu...haha. But my cikli ni panas baran. Usah ditegur atau diberi pandangan cara dia selesaikan tugasan. Walau kita tengok tak berkenan. Or yang dia buat tu senget benget. Jangan tegur,kalau tak mau jadi sengketa.

So after a few rows over the matter, I quit. I biar saja apa dia nak buat. Bagaimana dia buat. Nak herot herotlah. Nak semak semaklah. I join him. Kan ada kata kata, if you cant win, beat him, join him. 

I found that quarreling, screaming,shaming didnt correct everything. But heart to heart talk did.I did buy books on communicating with difficult persons. Found the book useful for admins too. That time I bought books to learn how to manage fear and anger. Now you can find those stuff just by googling. 

Itulah rahsia cikson bertahan selama 41 tahun dengan hubby cikson nan sorang tu. 

Teringat kata kata seseorang. Mujur cikson kahwin dengan cikli.....Kalau tak entahlahh.. Hahahah.Lawak sunggoh.

Dengar cakap mak... apa apa pun perselisihan suami isteri, jangan tinggal rumah balik kampung. Selain kalau nyawa terancam. 

Cari jalan macamana nak selesaikan masaalah. Bukan lari dari masaalah. Kerana bila lari dari masaalah, masaalah itu tidak akan habis. Malah berkembang berlapis lapis.

Thats all folks. My say for today. Have a fruitful working day.

Love from Cikson.


Sunday, November 29, 2020

Whats Up di utara...

 Mendung pagi ini. Awan kelabu. Tiada sinaran matahari menembusi dan menyinari. Sejuknya sampai ke tulang. Dah tak payah penat2 penat pergi Cameron Highlands.

Musim timoq kan la ni? I asked myself. Musim yang angin sejuk bertiup di utara sini. Juga msuim banjir dah dekat. Hari hari hujan tak lupa turun membasuhi dan membasahi bumi. Harap2 tu tak adalah kejadian banjir macam 2010 dulu.

Gusar dengar kemenjadian kes2 kovid sekarang ni. Di sini walau hijau warna diberi namun perasaan curiga dan takut masih ada. Tambah2 dengan situasi di Kedah dan Penang. Di sini ramai yang bekerja di sana. Ulang alik antara negeri. Nak tgk ramai ke tidak boleh jengah stesen keretapi. Bersusun kereta setiap hari.

Sejak PKP 1 lagi cikson amat jarang keluar rumah. Apa2 perubahan di sini hanya dapat tahu dari fb. WOW ! macam 2 lah.

Ada tempat pelancong ala ala Laskar Pelangi punya pulau... eh apa ke namanya. Sudden memory lapse pula. Ada anak ke sana tahun lepas. Tahun ni semua kena berkurung. Kesian.

Nak tengok gambarnya bolehlah ke page fb Perlis Aktif. 

Di RBL, kami menerima kedatangan 3 ekor anak2 bulus auntyna si Fateh. Makcikson masih keliru dengan nama 2 mereka. Ada Ayang,Koko dan Moki. Di hantar oleh Cat Taxi Abang Shazril. Sehingga semalam cikson tak tahu ada service macam tu. Nak hantar kucing boleh call dia. 

Laman sawah diseberang jalan hijaunya makin pekat. Burung burung putih yang selalu berkunjung ke sini sudah tidak kelihatan. 

By the way, pulau yang cikson maksudkan tu Belitong. Baru teringat.

Thats all folks. Buat anak2 cucu, my doa semoga semua diberi Allah dalam keadaan selamat. To my girl yang dah pindah ke tempat baru, hati hati selalu ya. Syukur Alhamdulillah urusan pindah nya berjalan lancar. Walau diurus seorang diri. You are one strong lady.

Bye.Have a happy relaxing Sunday.



Saturday, November 28, 2020

Doa ibu/bapa....masin mulut.

 Katalah, anda terima sesuatu pemberian ,tak kiralah duit ke, barang ke, wishes ke apa ke. How do you respond.

OK. 

Tq ,Tk.

Terimakasih ,Thanks a lot


Just that....thats all.

Adalah baik kalau diiringi doa kepada pemberi. Doakan kesihatan, keselamatan ,kesejahteraan dsbnya.

I read somewhere, selain tkasih, kita zahirkan doa juga is better. Mana tahu, doa kita diperkenankan .Tak penat pun nak ketuk keyboard dua tiga patah ayat.

Especially ibu ibu.Juga bapa bapa Its not only after sembahyang kita doakan anak. Any opportunities sepatutnya kita ambil. Mana tahu masin mulut kita.

I have this to tell.

My pa or abah as I called him never failed to doakan cikson jadi GB. Setiap kali jumpa ada saja dia sebut tentang itu. Begitu juga masa dia diberi hadiah atau sumbangan.

Hang ,nanti jadi GB. Which I refuted as I did not have the skills to be a leader,in my resume.

Berkat doa dan masin mulut ayah, I did become one . Sentiasa bersama2 mereka yang amat membantu cikson dalam pentadbiran.

Today cikli received a parcel. 

Dah call or msg ke si pengirm tu. Tulis doa sama. Jangan TK,tq saja. 

Tulislah semoga naik pangkat ka, dapat zuriat ka, dapat beli rumah ke. ...I said.Be specific. Mana tahu masin mulut you.

Thats all folks. My say for today. Happy Sunday night.

* nb.. walau marah menggila kat anak menantu, jangan sebut yang tak elok. Jangan...Masin kan mulut dengan doa yang baik baik. Walau tgh marah. Marah kita mungkin sekejap. Tapi masin mulut kita, mau lihat si anak jadi tak ketahuan?

Nah cikson share link utk anda. Bacalah semoga manafaat.

https://www.majalahpama.my/jaga-jaga-masa-marah-sebab-mulut-ibu-memang-masin-10-info-mendidik-anak-ini-ibu-boleh-praktik/