Thursday, May 23, 2013

Jom Kita

If I had the world to my own....
I would
pack a bag
drag a bag
to places unknown.....

far from the madding crowd
scheming crowd
screaming crowd
wanting only for his each and his own.

If I had the world to my own
My own.

Bosan la baca ,tengok cerita kiasu,3suku dalam tv,forum,juga akbar
Buat la cerita yang boleh kami senyum lebar

Sana tornado
Sini nak gado gadoh
Haiya.....spring sana spring sini
Tak boleh kah hidup aman damai dibumi Allah yang dirahmati
Sama sama cari rezeki

Setiap waktu
Marilah sama kita panjatkan seru
Agar segala yang kelabu
Jadi biru......
Tenang menyenangkan kalbu.....

Ya Allah,rahmatilah perjalanan ku......
pict: from Sixty and Me


Wednesday, May 22, 2013

Tupai nama ku

Namanya Squirrel tapi dia bukan squirrel...or  tupai as in BM.
Tak ada nama lain ke mama ? Anak anak bertanya.

galak mata ku


He he boleh saja panggil dia Peter ke,Awang ke sbb dia jantan .Tapi dah melekat nama Squirrel dan dia pun dah respon baik punya kalau di panggil

SQUIeeeeeeeeeeeeeeREL 

Elok benar lah sebab ekor dia sekali pandang macam ekor tupai.Long,big fat and bushy.

panjang ekor ku

Sebelum ni mama langsung tak beri perhatian pada dia.Maka membesarlah dia bergelendangan dibelakang rumah.Tapi dia rajin menonjolkan diri.Without fail every morning pintu depan disondol selagi mampu.Selagi tidak dibuka,miau dia panjang mendayu dayu.Merayu ray.Minta makan.

In the end ....others are history.
Dia jadi kesayangan mama.Faham bila di suruh boom....dia menghempas badan kelantai .Seperti bayi dia berbaring disisi sama sama menonton tv.Galak matanya melayan skrin apalagi kalau doku tentang haiwan berbunyi.
Tangannya adakala merayap ke pipi seperti mahu membelai,memberitahu mama jangan sedih...enjoy life while you can.Watching tv is enjoyment too...tak perlu duit berkoyan.

Nak tahu,bukan mama saja yang sayang dia...infact everbody in the family.Ninasandaq pun amat menyayanginya.Cuma dia amat takut dekat cikli.Dengar suara pun dia dah cabut lari.

SQUIeeeeeeeeeeeeeerallllllllllllll....where are you?
Tidur bawah katil rupanya dia.Penatlah tu sbb semalam puas merambu....

galak lagak ku.








 

Tuesday, May 21, 2013

Ragam mak buyung

Going through the pictures in my Picture Gallery ,I could help but be attracted to those on Ninasandaq.Macam ragam dia buat.Mentang mentang lah tengah bawa perut.....

Kalau manusia dikategorikan sebagai mengidam,yang berkaki empat nak panggil apa ya...

Bila terkenang bab mengidam,satu yang tak boleh lupa adalah mengidam pulut seri muka...aduihhhh...

Coming back to the story of si bunting gajah yang bukan gajah..
Dia dah sarat benar tapi lambat pula dia deliver.Setiap hari mamason dan cikli tak senang duduk.Kesian pula tengok perut dia yang boyot tu.
Hampir seminggu lebih dia dok cari hospital bersalin.Sekejap bawah katil,sekejap bawah meja.Tapi cikli dah tunjuk tempat bersalin dia....Kalah PMC.

Selain makan dan minum lebih ada lagi yang jadi kegemaran dia...TISSUE PAPER!
Sedap agaknya dapat mencarik dan menggigit hingga bertabur sekotak tissue.Itulah yang digemari sepanjang dia mengandung.Lambat tengok kotak tissue saja....

nyum nyummmm

dah lama mengidam ni

wongi

sedapppp

mamason teringin ka

burrrrrp

Dia memang haiwan

Dia memang haiwan.Sebabnya dia tak lulus mengira walau 1,2,3.
Haha...apalah mama dok mengarok ni ? Haiwan tentulah fail matematik.Mana ada pergi sekolah .Tadika pun tidak.
Jade dulu tak macam si nina.Tak kelam kabut pun.Relax aja.
If you are confused...
....the story goes like this.....

It has been days,poor ninasandaq been dragging her big fat belly around.She ate a lot and drank buckets of water.Mama and abah were  kind on her.Always giving preference over than the other cats.She got to eat more.She got to stay in the house as we were anxious to see her babies.Abah allotted a drawer as her labour room.

Soon the day arrived.But this time around she did it on her own.She didnt bother us anymore like the first time.It was early morning when abah heard the soft mewing of the newborn kittens.We dared not peep as she might be scared and hide her kittens elsewhere.

It was then a drama enfolded .

Terkejut,tergelak pun ada bila lihat apa yang berlaku.

Dengan segala kekuatan dia,ninasandaq mencuba mengheret si Squirrel yang leka bersenang diri dilantai.Digigitnya leher Squirrel yang tak melawan.Sedaya upaya badan anak teruna ganteng itu di heretnya beberapa langkah. Terasa sakit agaknya Squirrel menendangnya dan melarikan diri.

Eh Nina...apa kau buat tuuu.Tu bukan anak kau !

Selang tak berapa lama.Sekali lagi ninasandaq berbunyi macam mencari anaknya yang hilang.Sekali lagi Si Squirrel cuba diheretnya.Berjaya juga dia kali ini.Si hero ganteng macam redho saja dia dibabykan.Ketawa mama lihat mereka dan gambar sempat mama ambil.

Hai nina ...meroyan ya.Or is it because you fail matematik...Kira 123 pun tak tau.

Dia memang haiwan....mana lah tahu nak kira berapa anak dia .
hmmm anak mak

jom balik

mari mak dukung

awat berat ni

jangan degil

dok diam diam

macam tu lah

adoi penat.