Sunday, March 11, 2018

rindu seorang atuk


Kesian juga makcik tgk cikli. Hari hari tak lekang sebut pohim dari mulutnya.
Seringkali dia ulangtayang video video pohim yang dihantar anak.
La ni dia buat apa ya..itu soalan lazim cikli

Hari tu dia ulang ulangkan video abam pohim nyanyi lagu bday utk auntie bobonya.
Lepas tu dia melarat menyanyi lagu itu utk tok, wan,auntie eena dan cats.
Even the cats ada dalam lagunya.
Dan abam pohim ingat nama nama kucing di RBL.
Lantang dia memanggil mereka
BU,Nina ,Monkey!

Eh...jom kita pi tengok depa.Ajak cikli
Lepas dicongak,dikali dibahagi kami tak jadi pi.
Tu appointment doktor kan nak kena pergi.
Mereka sefamily nak ke Kuching dan kita ada kenduri.
Hmm... melepaslah cikli nak tengok gelagat cucu cucu yang dikasihi.

Sejak cikli tak berapa sihat, melawat anak anak pun susah nak dibuat.
Kadang kadang cikson pun rasa bosan yang tak terperi kerana asyik dok bertapa saja dalam rumah . Keluar sejengkal,duit, sejengkal duit. Dan dalam keadaan ekonomi kini, tak boleh sangat happy nak berbelanja suka hati.

Maka nak jalan jalan pun kena hitung dulu keadaan ekonomi....
So bila dapat gambar gambar cucu cucu,itu pun dah ok jadi pengubat rindu dihati.

ini si fateh adiknya si pohim

Ni si pohim abangnya si fateh

Ni pohim

Pohim lagi..

haha.... baby giraffe ajak ahim main ya..
Bijak bercakap ahim ni..
Ada saja yg dia bualkan buat kita geli hati.
Tu yang buat siatuk rindu tak terperi..

Bye...happy Sunday folks.

Thursday, March 8, 2018

DIY... masak lemak cili padi daging salai my way...


Phew... lama benar cikson tak masuk dapur.
Bila tinggal berdua dan asyik kena keluar rumah untuk itu dan ini, maka malas pun mengetuk rasa hati. Malas nak masak ,malas nak beli barang basah and seribu satu alasan malas lagi. So ,in the end its tapau, makan kat restoran, panggil delivery is the answer.

Tapi itulah... bila makan kat luar ,bukan ikut kita punya citarasa selalunya.

The other day,ciklin balik dari Pahang. Seperti selalu ada saja buah tangan dari kawan baiknya utk kami. Ikan kering Pahang , baju kelawar pahang, rendang hitam Pahang antara pemberiannya. Dan yg last sebungkus daging salai.
Dan daging salai Pahang itu makcik dah selamat masuk perut pakcikli dan makcikson. Thank you so much lin kawan olin.

Hari ni cikson perturunkan masak lemak cili api my way ...banyak bahan tak ada actually but who cares kan...

Inilah caranya
rebus... bahan bahan tumbuk
segenggam cili padi ,Sebiji bawang besar,kunyit serbuk,dan dua tiga batang serai dititik

basuh dan tos daging salai setengah pek

masukkan dalam bahan tadi,balik balikkan hingga sebati

Add caption

Masukkan santan se kotak kecil

kacau selalu jgn sampai menggelegak
Masukkan tomato dan cili padi 4,5 biji.Asam keping 2 keping

Siap seperiuk.

Daging salai dari Pahang
Nak pi cari lah kot kot ada kat Perlis..

Daging salai masak lemak cili padi
Kalau ada daun kunyit tentu best lagi

Side dish

sambal pelam terlebih masak.

Combo tgh hari itu....
Orang utara renyah sikit ,masakan nak penuh meja.
At least ada 4 masakannya
Main dish
Ikan goreng
Sayur
Sambal dan ulaman... baru makmentua senyum sedia bila anaknya  dijamu menantu bagai raja.... haha
Thats all folks


Wednesday, March 7, 2018

Dah dekat dah ni...


Membuang pandang luar jendela,aku di sapa satu pemandangan yg bukan biasa.
Eh... dah naik pokok dah " kata ku
Sapa? Tanya cikli.
Tu.. sambil tangan aku menuding ke arah pokok diluar pagar rumah.

Haha... pemandangan begini membawa satu statement tersendiri. Dia dah dekat sangat dah ni. Masih ku ingat dimusim yang lalu,pesta naik menaik ini rancak sekali. Habis pokok , bukit dan parit , dalam sungai pun ada yang berani. Sampai ada perbalahan kerana merebut tempat.Siapa paling banyak dan siapa paling tinggi.

Tak terhitung duit yang keluar dan tenaga yang dihambur utk menaikkan kain empat segi ini. Yang punya lambang parti.

Di luar jendela,kain biru itu berbuai buai dek angin. Sekejap melintuk ke kanan,sekejap ke kiri.Simbol kati. Tetapi macamana nak berfungsi kalau kati itu tidak ditegakkan sebagaimana ia patut berdiri.

Semalam hujan lebat sunggoh. Kilat sabung menyabung dan guruh dentum dentam. For so long kering kontang dan panas terik. Akhirnya langit mengamuk . Pesta Angin Timur Laut yang akan diadakan pada 9 haribulan ini dihujung jalan pun ditangguhkan.
Eh ... napa ya tak tukar jadi pesta selut saja," cikson berlawak. Seronok tu .

Dan didalam rumah,walau tak ada angin dan tak ada kilat, tiba tiba bilah kipas boleh terpelanting.
Zuuuup...nun berdepa dia jatuh . Kalau ada sesiapa disitu,tak taulah aku. Mau nahas begitu.


kipas libas..


kalau terkena mau kebas

pagi semalam, tiba2 kain kain biru kelihatan

hujan pun sama turun memeriahkan senja

berdentum dentam guruh dan kilat gegar gempita



Thats all folks... cerita dari sini.
Nampaknya hujan macam nak turun sat lagi.
Hati hati bawa diri...
Bye.




Monday, March 5, 2018

Rapuh...


Sejak 5 hari lalu, ciklicikson berulang alik HSB. Melawat ibu cikli aka mertua cikson yang dimasukkan ke wad.
Semalam lepas lunching at Mak Lang kami ke sana lagi. Mujur lif dah dibaiki dapatlah selesa dan pantas zuuup ke atas. Ke tingkat 5 katil 6++.
Ramai orang. Masa lawatan hujung minggu lah katakan. Hari Ahad dan Sabtu wad dibuka dari 12.30 hingga 7 petang. Boleh lah melawat sakan.

"Masuk harini kak dah 4 orang meninggal. Tu auntie China yang tak boleh bergerak apa apa pun dah tiada. Katil hujung pun juga" .Adik ipar bercerita.
Takziah .

Senang kami bersoal jawab ,nun disebalik partition heboh seorang pelawat jatuh pengsan dan terjelepuk dilantai.

Dan selang beberapa waktu,mata tertumpu ke katil disebelah kanan. Pengusung jenazah ditolak masuk. Menandakan ada yang telah pergi buat selamanya.
"Dah jadi 5 la kak." adik ipar menghitung.
Semua senyap. Tiada suara suara meraung. Macam sudah pasrah begitu akan akhirnya.

Rapuh sebenarnya nyawa kita. Bila bila masa saja kita boleh dipanggil ke sana. Mau pula kalau kita sudah ada macam macam penyakit...someone berfalasafah.

Menghadapi kehilangan seseorang yang tersayang aku dah merasai. Arwah emaklah yang aku sangat terkesan. Rasa sikit sangat pengorbanan aku terhadap dia. Kalau aku seorang diri, aku dah bawa dia kemana saja aku pergi. Aku desak dia untuk tinggal saja dengan aku tapi dia menolak. Katanya ada mereka yang perlu dia tolong tengok tengokkan. Ada mereka yang dia perlu beri perhatian. Dalam sakit sakit nya dia letak kepentingan orang lain ke depan.

Rapuh nyawa kita. Tapi dah bersediakah kita untuk ke sana.
Risau aku.

Thats all folks..bye.