Friday, May 19, 2017

Lempang.


Terpanggil membicarakan tentang lempang mat over. Hai... over betul la.
Apa yang nak ditunjukkan. Hero?
Alahai...

Menyinggah diblog cikazz ,dia kena lempang tanpa sebab masa kecil. Tapi cikson kena lempang masa dah besar panjang. Dah beranak pinak.

Ceritanya begini...

Satu malam cikson bangun dari mimpi. Buka saja mata nampak bintang .Rasa sakit menyinggah dipipi.
Wei... apa ni?
Rupanya lempang cikli yg datang tadi. Terkejut besarlah si isteri. Tak angin,tak ribut ...tiba tiba penampar yang mari.
Cikson terpinga. Cikli menangis mohon maaf. Beribu kali.
Sorry.. you buat kat I macam ni. Pasal apa?

Rupanya cikli sedang marah sangat sangat pada seseorang yang telah menabur pasir dalam periuk nasinya. Merampas rezeki dia. ...
Dan rupanya... marah seseorang boleh lepas pada isteri dalam mimpi.
Dan kisah ini masih berbekas dalam hati..

Berbalik tentang penampar yang dilayang mat over... patutka?
Masing masing punya persepsi masing masing.

Macam macamla sekarang ni. Sirkus sudah mari . Pru 14 dah dekat ni. Tentu banyak lagi adegan adegan yang gah macam begini...

Bye.
Have a Jumaat yang berkat.
Salam dari utara.

Thursday, May 18, 2017

DIY .... hasil tanaman RBL.

Sejak brpindah masuk ke RBL , somewhat three years ago,cikli rajin bercucuk tanam ditanah sejemput surrounding the house.
Lebih lebih lagi setelah  tanah kawasan rumah ditambun setahun yang alu. Sebenarnya tanah lapang tepi rumah tu penuh dengan batu batu dan buangan sisa renovation rumah adiknya ditaman yg lain. Sakit juga mata tgk . Marah pun ada bila tepi rumah dah seakan tempat pelupusan.

harumanis nan sebiji
belum masanya untuk jadi rezeki
Mungkin ... lain kali.

So... cikson pun membeli tanah top soil tiga lori kecil. Dan tertambunlah kawasan dengan tanah yg boleh ditanam tumbuhan tumbuhan.
Maka gigihlah cikli membeli dan menanam berbagai jenis pokok pokok. Dianataranya:

Mempelam 2 jenis
Rambutan
Jambu batu
Jambu Air 2 jenis

Juga sayur sayuran ... cili,terung,pandan ,karipulei

So sekarang bila nak menggulai, hanya perlu ke poko dan petik setangkai. Nak memasak nasi lemak, nak menggulai dah tak perlu beli pandan dan terung.Save belanja.
walau tak besar mana
ada usaha dia utk berbunga

Semalam cikson perasan pokok comel lote mempelam jenis Taiwan tu dah keluar bunga...Harap harap tu bolehlah rasa . Nak tau.. mempelam harumanis yg hanya sebiji tu dah luruh buahnya sebelum sampai masanya. Tak ada rezeki rupanya.

Hehe.... nak share satu lagi..
Rupanya ahli keluarga cikson nak tambah zuriat rupanya..Syukur Alhamdulilah. Tak sabar tunggu tahun depan...

Bye ... sorry la nooo sbb kali ni tak dak DIY . Tgh dok himpun resepi utk sahur minggu depan .


Dah meninggi si pokok kari

Banyak baktinya sipokok pandan
Wangi dia...hooo semacam.


Alahai.... nak juga kau berbunga
lawan harumanis yg famous seluruh benua


Aha... tanah sekangkang kera
Tapi kalau tak jaga
Jadi hutan belantara

Wednesday, May 17, 2017

Biar gambar berbicara...

Dari pintu gelongsor kaca rumah ku
Terlihat adigan yang menarik hati lagi syahdu
Walau mereka unggas berterbangan
Kisah mereka buat aku terfikir .... hey ada bangsawan!



Moyok saja dia macam bermasaalah keluarga
mata melilau mencari
mulut riuh berbunyi
pada pasangan diatas penyangkut baju dia merayu
Yang... sudah sudahlah tu jgn tarik muka
Masaalah kita kecik saja
Tak sampai masuk KRT semua.


Abam janji tak buat lagi
Ya la tu...
Dah banyak kali
Abam asyik dok terbang sana sini sorang sorang
Tinggal bini dok belakang



Buat lagi,saya balik rumah mak baru tahu..

Eh... janganlah begitu.
Alright...abam sumpah atas banyaknya bulu atas diriku..

Akhirnya depa pun berbaik semula.
Hey...manusia
Jgn ingat kami burung tak dak masaalah rumah tangga
Asyik terbang riang ria sini sana
Sekali bini merajuk
Jenuh abam nak pujuk!

Thats all folks from RBL......


 Bila makcik blogger tgk burung burung itu,teringat dia masa lampau yg berlalu
Banyak oooooo masaalah yg datang bertamu.....

Bye...


Tuesday, May 16, 2017

kasiiiih...


Tidak nampak kelibatnya,aku menyeru namanya.
Ninaaaaaaaaa, Ninaaaaaa.
Masih tiada bayangan dia. Aku menuju pintu gelongsor.
Nun dibawah rimbunan daun kayu dia ku lihat merenung pintu yang masih tertutup.
Sebaik saja pintu ditolak,pantas saja dia menerpa masuk dan terus mendapatkan anak anaknya.


Puurrrrrrgh....lembut suaranya menyambut jeritan bingit anak anaknya.
Lepas itu dia hilang disebalik kain meja.
Terdengar suara anak anak yg masih kecil berdecit decit menyambut ibu mereka.
Kemudian sunyi dan senyap.
Mamanina menyusu anak2nya yang kelaparan.

Habis menyusu dia meninggalkan mereka untuk menarik lepas lega.
Si Tam pula nampak terhendap hendap bawah kerusi .
Tam... buat apa tu? Tanya aku
Sajaaa... sembang dengan adik adik . Mungkin begitu kata si Tam.


Nina beranak tiga kali ni. Semua babynya gebu gebu belaka. Cikli dah beri mereka nama.
Lang, Bu dan Blackie.... ikut badan mereka.Apa lagi.

Satu yg ketara pada Nina adalah dia cukup teliti menjaga anak anaknya kali ini.
Bila diajukan soalan.. where's baby.. lembut suaranya ber purrrrrgh mencari.

Semalam,aku anxious menunggu khabar tentang my lovey dopey yang berpergian ke negara orang. Selagi tidak sampai ke bilik hotel selagi itula hati penuh debaran. Doa sepanjang jalan dari airport ke tempat penginapan semoga dia dilindungi Ilahi...Syukur Alhamdulilah bila perkhabaran diterima,dia selamat sampai destinasi..

Kasih ibu sanggup menunggu...

Semoga anak dilindungi Allah  diperantauan. Selamat pergi dan kembali. Amin.