Thursday, April 20, 2017

DIY..jahit sarung bantal atau throw cushion easy breezy

Menjahit satu theraphy bagi aku. Taklah pandai nak jahit baju dan sebagainya. Tapi bila jari jari dibawa menari atas mesin jahit,segala problem macam melt into thin air. Mata dan fikiran kena fokus. Kalau tidak berjahitlah jari sendiri. Auuuw sakit tentu tak terperi. Silap2 kena usung jari dan mesin jahit ke Emergency..hihi.Tak lawak tau!

Of all the things that I had sewn through the years are pillow cases and throw cushion covers. They are the simplest to make. Ukur, jahit ...SIAP! No zip no buttons punya style. Makcik suka buat yang simple mimple pakai flaps saja.

Dah lama sebenarnya tak buat semua ni. Mesin jahit cikson pun dah jadi dispensari cikli. Semua ubat,schedule dia ,dia letak kat sini. Cikson dah bagi warning,mesin ni nak diclaim balik oleh tuannya.....sikit hari.

Dalam melayari internet,cikson suka cari idea dan cara orang lain buat kerja.. Sama tak macam kita or mereka ada idea yang geliga punya.

Hey  presto... diwebsite ni cikson jumpa caranya. Pi lah jenguk sana...bawah tu ada linknya

SINI

Macamnilah contoh contoh sarung bantal dan sarung throw cushion yang cikson pernah buat...







Semua atas tu bukan cikson yang jahit. Ni semua seakan saja..
Bye... see u all next DIY session. Selamat ber DIY.

Wednesday, April 19, 2017

ww...



Pagi pagi sambil tangan ligat betulkan itu ini ,telinga ku terarah ke radio Astro yang ku pasang.
Mula mula... THR Gegar channel 863
Pertandingan merapu dana buat aku tukar siaran
Menjelajah pula ke ERA
Gelak ketawa juruhebahnya yang tak ketahuan jus buat aku jadi bosan.
Siaran lain aku tekan
Macam sama saja tak berkenan...

Last last INDIA BEAT aku layan
Biar tak faham bahasa tapi tak penat perasaan.

Kadang kadang dalam dunia yang sarat permasaalahan, biar tak faham setengah persoalan
Kerana otak sangat terbeban jika semua perkara singgah difikiran.

Being an obssessive thinker bukan boleh selesai semua perkara
Berserah sajalah pada yang maha kuasa




Tuesday, April 18, 2017

HEY!


Melintas pintu gelongsor kaca di sisi rumah,aku terserempak seraut tubuh terhendap hendap.
Haha.... subject for my blog!
Aku gegas mencapai Asus hp pemberian anakku dan merakam detik itu
Haaaa... nindia gambar itu
Agak agak apalah yang diintainya......

Hooooih!
Nak tahu rumah jiran sebelah penuh dengan kucing kucing dibela tuannya
Sekali sekala mereka di seberang sana menyeberang disebelah sini
Itu yang selalu terjadi mamanina sandaq tak sempat bersandaq.
Matanya menjeling siap siap siap....
Teruna teruna,duda duda yang datang menyelinap untuk mengorat anak daranya..




Yang ini paling berani
Tak kisah dan takut pada siapa siap pun walau cikson.


Ninsandaq yang sentiasa memerhati

Mennjaga anak tunggalnya

Di mana ada Tam disitu dia
Kuat dan rapi dia mengawasi anaknya

Menjaga anak yang masih kurang peka
Akan dunia yang penuh pura pura


Yang berbulu begini,2 kaki tak boleh dipercaya
Silap silap kita dicakarnya

Yang sebangsa tompok tompok pun bukan bermakna dia tak bahaya
Ada saja musang berbulu kucing sebenarnya

Rapi kawalan Nina terhadap anaknya. Setiap pergerakan diperhati dengan waspada. Sayang sungguh dia pada anak tunggalnya.

Mengawasi dengan penuh waspada
Nina, kata cikson pada dia
Cukuplah jadi makgad tu......nanti terlalu kongkong, tak bersuami si Tam ni.

HEY, mamason
Jodoh semua takdir Ilahi
Tapi takkan nak biar segala penyangak,perompak mau dok hendap anak kami...

Haha.... satu pagi di RBL ini.Bye.

Monday, April 17, 2017

Kenangan.... dunia yg ku lalui.

PB161904
di Istana Arau

A pic that belongs to the day that will be treasured . The odd couple at Istana Arau.Picture shy ,its a rarity for me to pose. 

Setelah 36 tahun mengharung liku liku hidup seorang pendidik,semuanya bernoktah sehari sebelum aku meyambut hari lahir ke 56 ku. Aku bermula karier ku agak awalberbanding kebanyakan kawan kawan semaktab...DTC 1972-1972. Dan di umur belum mencecah 20 aku dihantar ke pedalaman Ulu Selangor.
Bermula perjalanan aku dalam dunia pendidikan yang melalui pertukaran demi pertukaran selari dengan pembangunan dunia dan peredaran masa. Tak ketinggalan siapa yang jadi Menteri Pelajarannya..... ooops la ni Pendidikan ya.

Di sekolah antara banjaran bukit2 yg merimbun pokok kelapa sawit aku mula belajar jadi guru. Disitu aku bertapa hampir dua tahun lamanya. Aku membuat pertukaran suka sama suka ke utara selepas apa yang berlaku buat hati jadi lara. Entah kenapa aku setuju berpindah....entah.

Menjadi guru Bahasa Inggeris aku suka...tapi garangnya aku masa mula mula. Aku juga pernah dapat guru2  garang semasa belajar dan kebanyak guru masa itu mmg garang... haha.

Perjalanan karier aku ada tuahnya.. A chance that change my life.
Aku kena tukar masa enak enak mengajar disekolah pertama. Nun dihantarnya aku berkilometer dari rumah. Sakit hati memanglah. Aku baru disitu kena pindah. Yang bertahun tak pula disentuh. Tapi rupanya ditempat baru rezeki aku bertambah.

Satu hari penolong kanan aku menunjukkan iklan kursus ke luar negara. Dia mencadangkan aku mencubanya. Kak Sharifah ...I can never thank u enough. Aku cuba walau dah ada anak yang masih kecil. Cikli pula beri galakan. Berjaya dan dihantar berkurusu sepenggal di Edinburgh pada musim dingin 1984.


Balik dari kursus mau ak mau aku kena bagi kursus buat guru2 ttg apa yang akudapati semasa aku disana.. hehe tak tahu pula aku kena macam ni. Gelabah gila tau. Mana aku biasa bercakap depan guru2 satu negeri. Cikli bagi motivasi. Buat saja... Berjaya atau tidak lain kira. So bermulalah aku dengan episod memikul tgjawab key personnel,guru bantu guru dan entah apa apa lagi term yg diguna.

Dari guru penolong ,ketua panitia,aku mengakhiri dunia kerja ku dengan menjawat jawatan penuh cabaran disebuah sekolah dekat pekan...

All in all adalah dekat 10 buah sekolah aku jadi staff. Dan tak terkira banyaknya murid yang ku ajar.

Coretan ini ku buat agar anakanak tahu yang tidak selalunya kita selesa dengan karier kita. Ada masa menggunung tinggi cabaran yang datang menghampiri. Kawan rakan yang tidak sealiran dan sependapat jangan dibuat sebagai batu yang berat. Tugas banyak yg dipikul kita buat sehabis larat. Sehabis baik... Insha Allah ada rezeki berkat .

( this post was posted before...without the story accompanying.) Hope all the best for everybody who works for a living. Tak ada jalan pintas untuk berjaya. Kalau ada pun tak kemana.

BYe... have a wonderful working day dear.