Friday, March 17, 2017

Equinox... panaih lit lit.

Baru 9.30 pagi. Panas dah berdenting.
Garang sang matahari menyinar dari celah celah bumbung ayan rumah jiran.
Sebentar lagi,bila hari meninggi hari,lagilah perit panasnya rumah yang kecil ni. Teringat aku akan pelajarn dimasa sekolah  dan kalau tak salah dalam Geography kalau nak bina rumah kena tahu arah matahari terbit dan terbenam. Syukurlah juga sebab rumah kecil milik ciklin ni mendapat panahan matahari sebelah pagi. Bila petang matahari jatuh sebelah barat cahaya terhalang ddengan rumah sebelah. Namun panasnya masih membara.

Pegang kusyen... aduh terasa habanya. Jangan cuba nak baring baring,mau badan jadi garing.
Buka air paip... jangan cuba cuba terus menjirus badan. Sotong rebus jadinya tuan.

Nampak kaki kaki ninsandaq dan Tam berlari lari. Menjenguk pintu minta permisi untuk masuk rumah merehat diri. Kesian pula pada mereka jadi mereka dibenarkan untuk kedalam . Mnonong mereka menuju bilik air dan disitu mereka merebahkan badan dengan lidah terjelan.

Hari ini...selera rasanya dah sampai bulan. Tak lalu apa nak makan. Hmmm... rasanya rebus rebus sup buat kuah mee. Mungkin itu yang menarik hati..Yang lain...ketepi ketepi.

Pagi tadi... satu kejadian berlaku yang buat cikson terkedu. Tengah tengah dok charge handphone, bau hangit dan cahaya keluar dari wire charger. Mujur lagi tak kena kita. Kalau tidak naya! And I have learned my lesson. Jangan dok sambung kepala charger tak ketahuan...

Panas lit lit macam ni buat pergerakan terasa kurang selesa. Tudung tingkap yang dah berzaman tak dibasuh di jolok turun dan menunggu untuk dimasukkan kedalam washing machine. Termengah mengah hanya menurunkan kain langsir day and night itu.

Isshh...dulu tak terasa macam ni. Satu rumah pun boleh kemas sorang diri..Sekarang...semua kerja kena hati hati. Silapsilap sakit pula yang dok cari.

Jumaat hari ni... pesan mama buat anak anak yang dikasihi.
Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.
Dan selalulah bersedekah walau sekupang dua...
Mungkin sikit bagi kita,tapi banyak dan besar ertinya buat penerima.

Equinox... bila matahari dekat dengan bumi.. Panasnya mmg terasa sekali. Tapi kat sana lagilah.. matahari sejengkal saja dari kepala..ngeri.

Thats all folks... coretan dari warga lebih usia..Bye.

Thursday, March 16, 2017

DIY...jom main masak masak.... moi ayam cikson

Tengah hari tadi ,masa memasak, tiba 2 terilham nak masak moi sup.
So by 12.00 tersedialah seperiuk nasi moi untuk santapan ciklicikson suami isteri.
By evening,licin seperiuk .
Verdict... sedap juga wei ... haha.

Moi ayam cikson.
Beras 1 gelas... basuh dan toskan

Bawang putih 3 ulas...cincang
Sup bunjut tulang satu bungkus.
Minyak masak 2 sudu kecil atau besar,ikut suka hati

Tumis hingga naik wangi

Masukkan air setengah periuk. Kurang atau lebih pun bolehlah...Periuk nasi eletrik tau yg saiz sederhana
Masukkan ayam yang dipotong sederhana. 5.6 ketul.
Masukkan beras. Masukkan seinci halia

Masaklah hingga beras menjadi lembut dan bermoi.
Masukkan udang 6 ekor.
Masukkan garam,sedikit gula.Juga sedikit lada hitam. SIAP!

Bahan sampingan..

Minyak bawang putih.
Caranya... cincang 4,5 ulas bawang putih
Panaskan minyak setengah cawan
Goreng bawang putih hingga kuning. SIAP!
Nak makan,ceduk sekali minyak dan bawang putih.

Cili kicap.
Racik 6,8 biji cilipadi
Tuangkan kicap,gula dan perah 4 biji limau kasturi. SIAP!

Sorry...gambar tak dan tangkap...sebab terlampau lapaq..Masak masak trus NGAP!

Gambar pinjam dari google..

sedap

sedap

sedap juga sekali sekala
Thats all folks. Selamat mencuba....ewah.





Wednesday, March 15, 2017

Bila Fohim nak balik kampung

Tertengok dalam album kucing kucing di RBL,terjumpa gambar gambar si Bulus yang di panggil Pong. Dah lama dia pergi tapi memori bersama dia sangat dekat dihati..

Macam2 aksi Pong yang mencuit hati
Macam ada drama dalam setiap aksi..
Eh ... dah lama timba dan mop kat sini. Mana mamason?

Mamason.... oh mammason

Bila nak habis mop lantai ni?
Asyik dok tengok komputer.
Fohim nak balik la...

Monday, March 13, 2017

Go Head Go Stan.... Tajikistan thru Travelogue

Just finished viewing a documentary on the Astro Channel. Travelogue caught my attention when I was playing with the remote control. Changing channels like nobody's business as cikli was slumped on the sofa for his afternoon siesta.

teringat cerita P. Ramlee
semua Stans
Yang tak ada...go head gostan

The documentary was a travel document of a British Chinese gungho traveller travelling through the country side. It was peach blossom and the country side was heavily covered with peach flowers. A breathtaking sight indeed.

One thing peculiar...
The writings on the signpost was in Mandarin.
The school children proficient in Mandarin
They greet each other with assalamualaikum.
But their facial feautures were dominantly of the mat sallehs.

I did a little googling about Tajiks and the Stans..



beauty...


lots of nuts
Bread in the market - Tajikistan:
staple diet

To children who are in the midst of planning a holiday as backpackers to Europe, this country seems likeable.
Tapi tak pastilah bab keselamatan dia. Kena galilah lagi tentang negara negara ini. 
What about Bosnia ? 
Turkey macam dok tengah kelam kabut saja..

Still remembered those school days of learning Geography. The syllabus of those in the 60's was far flung from now,if I am not wrong. At SPM level ,you could be quite versed with the geography of Europe, America, China and the lots.
You know the lakes of Canada,the climate of the tundra and the vegetations of the savannah. I got A2 for Geog. .. by the way. And it was in those classes that I developed a love for travelling. If I could travel the world,I would be the luckiest girl. Luck has it when I was chosen as a student teacher in Moray House, Scotland. And I would be not be an ordinary English teacher had I grabbed the opportunity that came along. I was chosen to study nursing in London tau... hehe. La ni entah entah tak balik Malaysia.

Come April,my sisters would be travelling to Japan...seronoknya depa.
Issshh... kalaulah dapat pergi tengok tengok negara orang,tentu seronok.