Friday, February 17, 2017

DIY... membuang karat teh dan kopi.


Dalam kalut kalut,
Mata meleret cawan teh
Adoi... tak bersih walau dah bersih


Kegemaran cikli menyimpan lebih minuman dalam peti sejuk membuat mug mug yang dia gunakan mempunyai lingkaran karat teh. Rimas tengok. Tentu orang ingat kita tak mengutamakan kebersihan biarkan cawan dan mug begitu.

Basuh seperti biasa iaitu dengan sabun pencuci pinggan tidak berapa berkesan. Kakina selalu merungut tentang ini.
Mama...mug ni tak bersihlah...
Cuba basuh guna bleach atau klorox...bau dia tak senonohlah pula.

So gooogle cikson ttg bagaimana hilangkan kesan2 karat kopi dan teh di cawan.

Antaranya adalah:
1. Guna garam. Tonyoh garam sehingga hilang bekas karat
2. Guna ubat gigi.
3. Guna ubat pencuci gigi palsu
4. Guna serbuk penaik. Basahkan serbuk menjadi paste. Lepas tu tonyoh.

Banyak lagi caranya.
Kalau nak tau semua silalah ke laman ni pula
Mencuci karat cawan

Semoga bermanufaat.

Thursday, February 16, 2017

Sekali sekala...ubah selera


Sejak balik dari holiday tempoh hari,selera makan macam merajuk diri. Makan nasi terasa tawar,minum air terasa payau. So how?

Nak masak,barang dapur dan barang basah belum dibeli. Jadi kenalah beli atau keluar makan sekali.
 Haritu,selepas urusan hospital cikli,kami ke sebuah restoran di bandar Kangar.

orang sakit nak jamu selera
Herot petot mulut nak sebut nama cafe yang punya tatarias gambar2 luar negara.
Bunyi macam German saja.
France bukan. Rupanya Italian.
Lokasi sini kami tuju



Ada menu utk lunch

Juga breakfast
 Lepas belek menu dihulurkan,cikson pesan ,tea tarik suam dan pan pizza Hawaian syle sbb suka rasa masam manis nenas diatasnya. Puas cikson tanya doughnya atau crustnya nipis atau tebal,garing atau lembut2

Hawaian pizza

Dan bila makanan dihidangkan...puas hati . At 18 RM,medium sized, rasanya cukup menwan hati. Macam yang cikson kehendaki.
Cikli pula habis sepinggan mee maggi goreng mamak.

Hmmm... bila selera patah,mulalah teringin akan makan makanan yg kita suka.
Terbayang kesedapan sate samuri Kajang. Yang isinya tebal dan kuah kacangnya cukup rasa. Ada sekali cikson beli delivery satey. Yang diterima, aduhai. Kesian. Satay dagingnya keras macam sekerap getah dan ayamnya tak rasa ayamnya. Kuah pula manis tertumpah gula.Sekali tulah saja makcik order dari tuan yg menjualnya. Nak repeat order tentulah tidak jawabnya.


Hoooya... teringin pula mee JPL dan laksa Kedah..

Itu dua makanan yang susah nak jumpa yang dapat puaskan hati. Masak sendiri,adun sendiri,makan sendiri baru puas hati tua ini..

Bye.

Whats Up,Perlis...welcome to Kangar City Centre u all.


Hari tu selepas balik PD, cikli dilihat tekun bersiap siap.
Baju dan seluar diiron rapi sendiri. Well,cikson dah tak seterika baju dia sejak ajali sbb dia komen banyak sangat tak puas hati. So... lebih baik buatlah sendiri. Tapi tidak dapat di sagang,mmg ironing cikli tak boleh dichallenge. Tak patah saiz kata orang.

Cikli balik sejam sebelum kami kena bergerak ke hospital. Ditangannya sebuah beg berisi gift . Didalamnya sebotol air minuman Regency,sekotak post it cards dan sebuah buku.

Belek belek majalah atau buku pelancaran Kangar City Centre, sebelum bersiap untuk kehospital.

handout...
Kangar City Centre? Apadia?

Katanya by 2020 ..2 more yearslah lagi.. Bandar Kangar akan mendapat her first 5 star hotel,condominiun dan shopping complex.
Banyak betul pembangunan yang sedang dan akan dijalankan sekitar Perlis. Tak taulah nak rejoice atau nak bersedih. Gembira kerana Perlis ie bandar Kangar tak lagi tidur bila jam 9 malam. Sedih kerana kedamaian yang dikecapi bakal hilang. Juga pemandangan bukit bukau dan sawah menghijau bakal lenyap dari pandangan.
Kangar City Centre bakal menjelma



Sejak kebelakangan ini, rancak sekali bangunan2 tumbuh bagai cendawan. Terisi kah dgn tenant dari local atau semua itu bakal diisi dengan pendatang. Kan sibuk segenap negara jual beli berdagang tanah hakmilik negara dengan orang2  luar negara. Anak watan selalunya tengok saja. Dulu orang Kemboja berjaja ke sini sana tetapi sekarang kukuh berniaga dengan kedai2 yang mereka punya.

Sekarang ni pun,kilang2 yang ada,  muka vietnam yang menguasainya. Kunjung ke remedic berduyun2 mereka menjalani pemeriksaan kesihatan utk kerja.
Buat apa pembangunan, kalau peluang pekerjaan buat anak2 tetap tertutup juga. Yang diangkut dan diambil muka bangla,nepal dan seangkatannya.

I wish Perlis remains as it were... bebas jam, bebas pendatang, bebas segala yang tak senang dimata,telinga dan jiwanya.

Bye...ini nukilan dari saya. Pandangan saya mungkin berbeza dari anda.

Ada shopping mall

Ada condo

Ada hotel



Wednesday, February 15, 2017

WW... dalam perjalanan hidup ini,stesen ini aku temui.


Di stesen ini aku mula jejak langkah
Mencari nafkah
Buat kelangsungan hidup aku gagah
Walau penuh payah.

Di sebalik bukit  bukit ini aku memulakan karier
Ladang kelapa sawit seluas alam mata memandang
Felda Gedangsa aku bertandang
Hidup satu perjalanan.
Betul.
Tiada percanggahan.