Saturday, November 19, 2016

Warna


Pilihlah warna apa nak di warnakan petak itu
Kuning
Merah
Oren
Jingga
Hijau
Biru

Pilih dengan tepat kerana warna itu menentukan masa kita, masa depan anak anak anda dan cucu cicit anda.
Salah pilih warna kecundang masa depan semua.

Tapi biarlah peti undi nanti menentukannya.

Friday, November 18, 2016

Mama tak adil!

Menunggu giliran berjumpa doktor,aku terhibur lihat gelagat anak anak di situ.
Si kakak mungkin sepuloh tahun dan si adik 2,3 tahun agaknya lebih muda.

Nampak sikakak lebih riang,dan si adik macam tak berpuas hati.
Tiba tiba kata2 ini menangkap perhatian aku.
Mama tak adil. Mama tak adil.
Kakak boleh,adik tak boleh.

Entahlah,aku kurang ambil port apa yang terjadi,tapi kata2 itu terngiang ngiang dalam fikiranku.

Sebagai ibu,kita selalu beranggapan kita telah berlaku adil se adilnya. Tapi action kita menceritakan sebaliknya.
Mungkin dua beradik itu berebut sesuatu. Yang kakak nak dahulu sebab dia kakak. Siadik tak mau ikut giliran sbb dia kena dilayan dahulu sebab dia kecil.

Itu kisah anak anak masih berhingus,masih kecil.
Apa pula jadinya ,bila anak anak besar panjang,berkeluarga .
Masihkah lagi perlu perhatian ibu bapa mereka.
Sepatutnya...tidak!

Dan kita sebagai ibubapa,dalam menabur kasih sayang ,kena lagi berhati hati.
Jangan nanti ada rasa dan terlihat ketidakadilan dalam tindak tanduk kita.Family ni boleh,family lagi satu kita tak bolehkan.
Satu family kita bantu sampai ke seluar dalam sedangkan yang lain kita buat macam mereka tak ada mata dan ada perasaan.

Semoga aku tak jadi seorang ibu yang begitu.
Hidup ini hanya sementara. Selagi bernyawa ,ibu kamu cuba menjadi ibu yang adil. Tapi adakalanya terdengar jua
Mama tak adil!





Diari suri rumah cikli...kelmarin bidan terjun hari ni apa pula?

Kalau kelmarin cikson jadi bidan terjun penggubah hantaran,hari ni bertukar uniform pula.
Dari cleaner,dhobyman, tukang masak ke driver tak berganjaran. All done in the name of tanggungjawab sebagai surihati mr. pilot rumah cikli.

Rumah yg tak diberi perhatian,sudah tersimpan kemas. Baju yang dibakulkan sudah diampaian. Nasi sudah bertanak dan lauk sudah dimasak. And its 10 in the morning.

Susah payah tengok cikli bertatih ke bilik air .
Jomla pi jumpa doktor, aku bersuara lihat dia demikian rupa.
Badannya panas .Suaranya tiada.

Kita ke klinik dekat Giant..ie Anura Klinik . Murah sikit dari Remedic.Pintanya .
Aku menurut saja. Walau duit dalam purse tak banyak mana.

Klinik Annura..Kangar

Menunggu agak lama,at last cikli berjumpa doktor. Peramah orangnya. Banyak bergurau dengan pesakitnya. Cikli memang seorang peramah dan pelawak. Bukan saja tentang sakit demam yang dibincang tetapi sampai kebun dan tanamannya.
Pakcik ni kena rehat ni. Jangan buat kerja
Maka terbongkar kisah cikli meyangdang dan menggalas mesin rumput sehari sebelumnya. Cikson melarang tapi mana dia kisah akibatnya. Melihat dari tingkap,cemas kita bila lihat dia terhoyong hayang . Mau tersembam....tak taulah . Ngeri memikirkan
Hati ini kembali lega bila dia berhenti dari memesin rumput dihalaman.

Malammnya cikli mengerang kesakitan. Besok hari kenduri,dia gagahi siap bersampin mengalahkan yang lain.

Badang dah terlentang...aku buat lawak. Aku sendiri gelak.

Peneman pesakit agaknya

Pesakit 
 Thats the life of an ex tr as well as an ex administrator. Bila pencen,full time jaga cikli saja.Tapi aku pun bukan muda belia. Sakit2 juga sini sana..
Terfikir juga...kalau sendiri yang tak bermaya,entah2 kena suruh balik kampung saja.Seen that.




Thursday, November 17, 2016

DIY....tukang gubah dulang hantaran bidan terjun

Hampir senja SIL mengunjukkan barang barang hantaran yang raw.
Bunga dalam jambaknya siap price tag
Dulang hantaran
Riben
dan assorted sweets,choc,biscuits and on coming fondant cake.

Kak...minta tolonng peragakan hantaran hantaran ini.Said her.

Aku garu kepala tak gatal dan tangan yang kaku lagi kedut seratus ribu.
Besok hari majlisnya. Having said that I would only have tonight and next morning merekacipta 7 dulang hantaran siap berbunga dan isinya.
Huyaaa..its quite a big challenge for me who had for ages taken any task of artistical value.

After maghrib, I with a few able hands began our tasks at creating the dulang hantaran.

Ohew...tak senang utk amatuer like me. MACAMANA nak cucuk bunga kat dulang pahar hantaran supaya tidak serabai dan ada rupa hantaran.

Maka mulalah cikson selongkar bahan bahan balance kenduri cikten. Habis bawah katil,atas setbod kena ragas.

Malam itu hanya berjaya sedikit2 saja squeeze my creative juice dan penat took over me.

Next morning....hurray jumpa wire bunga warna hujau yg jadi penyelamat utk ku selitkan bunga bunga itu dgn kukuh.

Dan by 12,terhasillah hasil gempak cikson sejak berzaman dulu.
Apa macam....boleh tak?

Gambar gambar pengiring cerita..
Sorryla...nanti2 edit semula dengan captionnya.
Malam ni...malas rasanya.Letih tak terkata. Bye. Love from mommachon.

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Gambar gambar diatas adalah pusingan pertama berkarya utk majlis bertunang anak saudara cikli.
Gambar juru gambar nanti ya.