Sunday, August 21, 2016

Bila cikli ke ladang ooooi ....

Isteri melarang. Anak anak pun.
Dia belum sembuh sepenuhnya.
Tapi kata pun cikli. Agaknya rimas dia berperap di rumah.

 Maka akan terlihatlah kelibat cikli berkebun di laman se coet dibelakang dan sebelah rumah.
Tanah se kangkang kera diusahakannya setiap petang.
Dari tanah gersang berkerikil sekarang dah ditambuni top soil.

pokok kemuning
Balik dari kenduri di Jitra,singgah sebentar di karnival pokok2 tempoh hari. Hasilnya 2 batang pohon jambu telah tertanam. Begitu juga pokok pandan dan daun kari. Sebelum itu pokok kemboja dan sebatang pokok yang wangi bunganya...kemuning namanya.
kemboja

Teringat masa kami mula2 mendiami no 7. Tanah agak luas dan dapatlah ditanam tiga batang mempelam dan sepohon jambu. Buah marigua besar lebih dari tapak tangan. Buah jambu pula galak berbuah hingga tak larat makan. Rezeki anak anak.
Tetapi semua pokok pokok itu terpaksa dikorbankan setelah rumah no. 7 mengalami pengubahsuaian.

Teringat juga arwah bapa yang suka berkebun. Sepenjuru tanah padang dia usahakan dengan segala macam tumbuhan. Jambu,kelapa ,ubi kayu . Macam2 ada. Puas kami dibekalkan lidi penyapu, ubi kayu yang baru dicabut setiap kali balik menziarah dia sebulan sekali.

Ayah cikli pun minat berkebun. Setiap penjuru tanah RBL dipenuhi tumbuh tumbuhan hasil kudrat dia. Minggu lepas,ranting cermai patah. Diberinya kepada cikson untuk dipincukkan. Buah kelapa muda sedia ada kalau ada yang minat meminumnya..
rezeki ranting patah

Telor ayam ...bila bila ada saja. Dalam lori cikli mereka buat sarang. Atas para belakang rumah pun ada..

What's up ,folks.

By afternoon ,cikson n cikli got out of the house headed for town.
Well not exactly, we stopped at Remedic .
For nearly a hundred ringgit, a month supply of medicine was procured.

Next was to fill the murmuring stomaches. Lapaq, lapaq teriak mereka.Thought of lunch at Sawadee. Gulai ikan potong masak fresh fresh dengan sambal dan ulam menggamit gamit ke sana.
TUTUP....so no gulai ikan at Sawadi.

Thus we proceeded to Giant. At the Food Terrace ,lunch was nasi campur for two with cendol for cikson.

Actually,going out in the afternoon is not so favoured by cikson.She preferred lunch to be tapaued.But as most food items and groceries were depleted, to Giant they went.

Hmm...melayang 250.
Ni baru untuk 2 mulut. Macamanalah keluarga2 yg anak anak kecil tiga empat orang.
cikson dapat lihat galley yang barangnya bukan keperluan lengang dan sunyi saja.

Hey...nak makan apa malam ni ?
After much deliberation, maka termasaklah koteow sup ala Azie Kitchen.

Dan selepas maghrib....debaran kian terasa
Dato Ley Chong Wei beraksi di RIO sana
Tentu seluruh dunia mengikuti perlawanannya
Lebih lebih lagi rakyat Malaysia.
GOLD. Johan. Tempat pertama itu cita cita semua

Maka berlangsunglah perlawanan yang dinanti
Seperti biasa cikli saja yang dok depan tv.
Cikson takut darah naik meninggi....so dia tengok sipi sipi.

Akhirnya.....kecundang juga kita utk mendengar lagu Negara ku di olimpik kali ni
Ada getar dalam suara DLCW
Memohon maaf atas kekalahan dan tidak dapat gold yang diidami
You dont have to apologise....kata kami
You have done your level best...dan itulah rezeki

Kontijen Malaysia dah menamatkam mission
3 silver 1 bronze
Tahniah ! Boleh . Malaysia Boleh . Try harder . Itu kata kata semangat yang didengari.




Saturday, August 20, 2016

Riuhvaganza Rio

Riuh rendah suara cikli malam ni
Apa lagi kalau bukan sedang tengok perlawanan badminton Lin dan lawan LCWei.
Macammacam keluar istilah berapi.
Apalagi masa antara menang dan kalah sipi sipi.

Disini pun meriah
Cikson tak boleh tengok perkara2 yabg boleh naik darah tinggi,takut susah hati,boleh ko nanti.
Akhirnya bila dekat mata penentuan baru cikson tengok tv.
Lega...bila perlawanan tamat akhirnya
Datuk LCW ke final nanti

Best of luck dlm final yang akan dihadapi
Semoga kita dapat emas yang diharap harapkan sekian kali

Riuh rendah bila siaran tv menyiarkan secara langsung acara2 yg peserta Malaysia turut diwakili.



Azizul Hasni Awang gah dalam gelangggang basikal
Nurdhabitah dalam terjun papan anjal 10m
Pandalela Renong siapa yang tak kenal...ratu terjun sejak beberapa tahun yang lalu.
Walau balik tanpa pingat,kejayaan kamu ke peringkat akhir patut dibanggakan. Dhabitah jadi kesayangan juruulas acara itu . Senyuman selalu terukir dibibirnya.Sedap mata memandang.Kita yang mendengar ulasan itu pun rasa seronok. Anak gadis 17 tahun itu jadi tumpuan bukan kerana dia juara tetapi kerana personalitinya .
wajah kesayangan pengulas acara

Tapi satu la.... benar tak berkenan dengan ulasan ulasan berbau racist ...Sepatutnya all these ugly comments tak timbul masa tumpuan seluruh rakyat Malaysia terarah ke situ.
Sapa pun yang menang....
Semoga Olimpik kali ini adalah peserta Malaysia berdiri ditengah2 semasa acara penyampaian hadiah dijalankan nanti.Bila nanti lagu Negaraku berkumandang,mau 'cherin' bulu roma.Kita hampir2 sangat ...just a matter of one point nak capai matlamat itu. Gerun. Debar sunggoh masa game point antara Malaysia dan China dalam men's double semalam.
We have to be contented with silver while having  our fingers crossed for DLCW match.
Datuk, Dont Let China Win !




Thursday, August 18, 2016

Lihat dan dengar,satu pengajaran...

Berada di hsb ,banyak pengalaman yang dapat memberi pengajaran.
Jemu berada didalam bilik,aku keluar ambil angin petang
Makcik guard ku sapa dan dia tertanya tanya kenapa aku mengambil gambar sini sana . Malu pula nak mengaku aku seorang blogger..entah apaapa.
Suka tengok pemandangan ciptaan ilahi...gurau ku.
Mana tahu boleh guna utk menulis posting nanti..

Dilantai lobby , dua tiga orang bersantai
Mereka juga menjaga pesakit seperti aku
Lancar saja seorang dari mereka menceritakan apa dia hadapi dalam menjaga pesakit.
Dia menantu tapi letih lelah dia tidak dihargai sanak saudara ibu mertuanya.
Malunya dia bila dia dimarahi oleh ipar iparnya di depan khalayak ramai.
Ada nada sedih dalam suaranya. Aku hanya mendengar dan menyuruh dia bersabar.

Kita kena tawakkal. Jangan harap orang lain...itu luahan seorang isteri diluar bilik bedah.
Dah bagi anak anak belajar tinggi2, takkan nak suruh depa tak kerja. Lagi pun itu masa depan mereka. Kita sebagai ibu bapa jangan selfish.
Aku hanya mengiyakan kerana cerita kami ada persamaan.Semua anak anak berada diperantauan. Nak berkampung semua kat Perlis ,tang mana nak cari makan. Dah rezeki mereka diluar sana,aku rela saja.
Masa cikli sakit awal tahun dulu,aku gelabah gila. Mau meraung kena buat kerja kerja sorang sorang.
Kali ni aku lebih yakin walau hospital itu berada didaerah lain. Aku gagahi memandu ke hospital walau tempat parking amat susah nak didapati.
Aku tak kisah kena kesana sini menemani cikli . Makan sorang sorang dikafeteria walau tidak ditemani.
Puas rasa dapat buat semua sendiri.
Walau ada kala kepala tingtong rasa nak menyembah bumi.

Situasi yang dialami buat aku teringat ibu saudara cikli yang baru pergi.
Dia selalu ada untuk suami . Menemani suami dalam urusan2 keluarga dan juga kerja.
Dia sihat tetapi tidak suami.
Namun dia yang awal pergi....

Bilik Bedah
Tempat parking belakang hospital

Dari sisi berbeza