Friday, May 20, 2016

Mencari parkir ....fikir

Bila hari appointment doktor ,maka satu soalan berkecamuk difikiran ku.....Dimana,bagaimana dan bila aku dapat parkir kereta dusty brown ku. Sudah sedia maklum memarkir kereta di kawasan hospital adalah seperti mencari pin di timbunan lalang.

Sebelum ini aku selalu meletak kereta ku nun diseberang jalan sekolah Derma . Bermeter2 jugalah aku kena berjalan diabawah terik mentari pergi balik setiap kali suami warded di hospital. Mau pecah peluh dan rasa nak menyembah bumi masa itu. Akhirnya cikson confirm hidap darah tinggi...

Pagi tadi punya memori....

Cikli dikehendaki menderma darah? di bawah arahan jabatan MOPD. Dikehendaki berpuasa dari jam 10 malam hari. So esok2 pagi mem jadi drebar tuan rosli.

Cikson duduk dalam kereta sambil mata mencari2 peluang meletak kereta dalam kotak parking.Selepas berpusing sana sini bernasibbaiklah sangat ada rezeki. Park kereta... ke kantin cikson pergi. Just to buy air botol dan sedikit kuih muih. Kembali kereta biru bercermin gelap ada di sisi kereta .
Eh camana nak keluaq? Kalau sangkut naya.
So kekereta itu drebar tua ni hampiri.
Tok tok tok...cermin kereta ku ketok.
Cermin di turunkan dan wajah mungil seseorang leka dgn handphone .
Dik...makcik tak berapa pandai bawa kereta. Boleh cik ke belakang makcik nak undur. I said curtly.

Mujur dia akur dan lepaslah cikson keluar.
Cikli tak dapat dicontact dgn talipon. Nak berjalan ke bangunan dia berada rasa tak berupaya. So sekali lagi berpusing pusing keliling. Sekali ni mmg nasib menyebelahi kerana dapat parkir dihadapan bangunan dimana cikli berada.

Mencari parkir di HTF Kangar perlu sabar dan ada strategi....itu pengajaran yg cikson pelajari.....

One poignant anecdote...
Cikli bertemu kawan. Sama sakit sama tua.
Si kawan....tua dah,muda tentu tidak
                   sakit dah,sembuh belum tau
                   Bila nak mati?
Cikli .......  hmmmm....ikut nombor giliran..sambil tunjuk nombor dia.
         
Cikli cikli....

Wednesday, May 18, 2016

Bergadang jangan bergadang....

Hiburan apa entah ...dangdut temanya sedang berkumandang di tv.
Cikson antara jenguk  dan tengok.
Sekali mengadap tv sekali pi cari nasi.

Petang tadi bertiga ke pasar raya. GIANT la kerana dia satu satunya. Orang takla berapa ramai pada mulanya.
Melepasi aisle aisle yg melimpah ruah barangnya,leka cikson membelek barang barang promosi. Tapi dalam hati ,aduh begini harganya masa promosi.Kalau tidak mau cabut lari.
melepasi aisle penuh barangan

trolley anak

trolley bapa....
mana trolley emak?
Mengisi trolley ,barang yang dah habis dan perlu saja yg dicapai tangan. Yg eksklusif dan mahal jeling pun tak .Usah berangan.Kata hati. Mau tak cukup mkn bila akhir bulan kalau berbelanja macam jutawan.

Cikli yg masuk keluar hospital sejak GIANT di buka teruja nak ikut sama.
Mau 4 keping not biru besar juga jumlah yg perlu dilangsai.
GIANT mahal lah. Kata makcik pada cashier . Dia senyum menyeringai.

Makan malam di foodcourt. Boleh tahan juga rasa dan harga.

Itulah kisah kami menjalani rutin hari hari. Hari ni boleh bergadang sana sini. Besok belum tentu lagi.Yang terjadual adalah temujanji cikli ke klinik dan hospital.Tak pernah digambarkan hidup akan terikat begini.
Besok pagi pagi klinik mata HSB akan kami jejaki. Antara belasan temujanji doktor utk cikli.

By the way....what is bergadang
Malas nak google cari jawapan.

BIAR kan saja.......?

BIARKAN saja rasa itu berlalu
Rasa yg membelengu
Membatukan diri dalam situasi situasi membisu....

BIARKAN saja momen momen dulu
Yang telah berlalu
FOKUS pada apa yang berlaku HARI ini
Kelmarin jadi sejarah
Besok belum tentu

BIARkan saja
Biarkan saja perkara yang kau sendiri tak upaya
Untuk merubahnya.

Hanya DOA,agar semua perkara gila
Kembali normal akhirnya.

BIARkan saja
BIARkan saja
BIARkan saja ....?

Entahla.....

Apa pun USAHA..
Insha Allah ...terpelihara .

Tuesday, May 17, 2016

Those darn cats....rumah kami,rumah kamu

One day,alighting from the car I spied upon this scene ...

Ninasandaq was tiptoeing gingerly . Tam, the young brat, was on his edge.
The two bulus advanced carefully upon the figure on the doorstep.
Then they stopped short.

Makcik mummy aka Luna sprang up. Startled. She showed her teeth to the duo of mother and son.
Soon a fight enrupted.

Hey....ni rumah kami la...I thought they said
Ala...rumah hampa ka,rumah kami ka...mummy Luna replied. Apa hal?
Kalau nak tidoq...pi la rumah Daniel.Ninasandaq retorted.

Then Luna did the unthinkable. She retreated coyly to her owners place.
Haha....kalau tidak perang kejar mengejar tentu dah terjadi.
Mereka bertiga ni dah macam org Palestin dgn Israel.Org Rohingya dgn Myammar.

Mungkin dalam dunia mereka ada juga begitu..sbb tu asyik asyik bergaduh memanjang,
Sedaaap tidur kat sini rupanya..

Eh  ...luna...ni bukan rumah awak ,kata nina

weiii....ni rumah kami la ,sampuk Tam.

rumah kami bukan rumah kamu...

jgn nanti kami bagi flying kick....cuba teka sapa yg kena..
Well those three cats macam tu la. Jarang boleh aman kalau bersua muka.

Bye.