Monday, January 11, 2016

Minggu kedua sekolah...ada apa apa masaalah?

Minggu ni minggu kedua hari persekolahan 2016.Ada banyak minggu lagi yang perlu dilalui.Yang pasti minggu pertama yg berlalu meninggalkan bermacam cerita.Ada lucu,ada lawak,ada sedih,ada geram...ya bermacam ragam.

cikgu cikten...cuti dah habis .
Minggu pertama persekolahan...macam macam gambar dan video bertandang dalam inbox.Dan bila melayari fb,wassup bermacam cerita pula disajikan.
Semalam,heboh kisah anak anak di universiti kelaparan.Makanan free habis dalam tempoh 10 minit.
Hmm bercakap ttg anak u kelaparan,teringat cikson masa berada dikolej .Pernah rasa situasi sama.Budget lari kelaut maka kenalah ikat perut.Nak merayu pada ibuayah adik beradik tidaklah.Kerana mereka pun duit elaun kolej itulah yang membantu kelangsungan hidup mereka.
Tapi kan....kalau tak hemat berbelanja..gaji 4000 pun makan maggi kalau tak percaya.

 dgn beg bakul mcm tu lah cikson kenal sekolah
Langsung bercakap ttg gelagat anak disekolah, gelihati pun ada lihat mereka yang masih belum dapat menerima suasana baru dalam hidup mereka.Semasa di tadika mereka bebas.Nak jerit,nak berlari kurang disiplin mengekang mereka.Tapi bila tahun satu ,disiplin arus perdana sekolah perlu mereka santuni.Jadi terjadilah cerita anak anak yang jadi tarzana,panjat grill utk balik rumah.Haha kecoh kecoh.

Cikten anak cikson pun hari ini hari pertama dia kembali mengajar.Kesian baby kena tinggal .Mujur ada tok der dan wan utk menjaga.Selamat kembali ke sekolah cikten.Tahniah atas pencapaian cemerlang tahun 2015 .Semoga tahun 2016 juga cemerlang dalam UPSR sekolah.

 Antara cerita minggu lepas...

dah jadi tarzana

jangan lah dik

jam berapa tidur semalam dik.

Sunday, January 10, 2016

Laman ke atau quarry batu?...kabar dari kampung.

Hujung minggu yang sunyi save for the blaring tv .
Matahari dah menyengat walau belum dinihari.
Dah berhari hari hujan tak menyirami bumi.
Namun angin kuat yang bertiup ,menolong menstabil suhu yang meninggi.

Oh ya...cikli harini bercanda ke Pulau Pangkor bersama sama ahli rombongan KRT taman lama kami.Cikson diajak berkali kali namun dalam keadaan tangan dan bahu yang masih sakit,pelawaan itu terpaksa cikson tolak walau berat hati.

Sakit bahu dan tangan sejak balik dari KL tempoh hari masih berbekas. Ada masa datangnya buat cikson terlepas apa yang dipegang.Namun kalau tak sakit,cikson tak dapat berdiam diri.Ada saja kerja yang nak diberesi.

laman rumah ke atau quarry batu......
Dah lama laman RBL macam bukan laman.Lebih mirip quarry letup batu...So satu hari cikson minta cikli urus beli top soil.Biar sedap sikit mata memandang.Dan kalau rajin boleh tanam pokok pokok yang berkenan.
Jadi 2 lori kecik tanah dengan harga 300 cikli tempah.Hmm..musim kering begini barulah sesuai tambun menambun.Tapi selepas tanah menimbun diterima,kerja merata siapa nak lakukan? Mula2 cikli rasa dia badang,tapi sekerat jalan tak tertahan.
Upah sajalah pak hang oooi...
kotiau goreng cikson utk menjamu
Jadi tenaga ciklan adik cikli dan paksu ,jiran lama kami jadi penyelamat.Juga tak lupa anak anak bulus yang jadi mandor setiap masa.Eh...silapnya tak ambil gambar mereka.
paksu tgh bekerja...gagah dan gigih dia
Maka tertimbuslah tanah berbatu gersang dilaman RBL...namun tanah yang dibeli tak mencukupi .Kena order lagi 2 lori....

tanah disini dah rata



sini juga

tapi disini entah bila siap agaknya.....
Itu saja berita RBL hujung minggu ini...selamat bercuti semua..bye.

Friday, January 8, 2016

Alahai ETS... ada permainan ka?

Salam pagi Jumaat semua.Cikson harap semoga kita dilimpahi rahmat .

Well.well.
Malaslah nak berperasangka.
Tapi selalu juga disangka cempedak,buka buka nangka.

Kisah bauxite yang dok di hohayoya sana sini rupanya punya unsur yang kita tak suka dengar. Unsur yang biasa di Malaysia bumi tercinta kita ini.Isu kalau ada duit senang jalan. Tak ada duit ...hmmm bo layan. Apalagi kalau tak RASUAH.
Hmmm nak kata apa...itu baru habuk habuk atas permukaan saja.Mungkin yang mengambil tu buat analogi begini.... .Apala salahnya kami pun ambil sama.Sikit saja.100 ribu bukan billion.
Geram sunggoh kerana sikap begini bumi jadi mangsa.Rakyat sengsara.Pahang salah satu tempat yang dekat dhati cikson.Setiap tahun dikunjungi dan suka akan kedamaian disana. Tapi bila lihat kemusnahan yang tergambar ditv semalam...aduh kesihan.

Itu cerita bauxite.

Ni pulacerita ETS...
Kesian anak cikson.Bersengkang mata dia melayari internet nak beli tiket balik raya cina ni. Sebelum tu dia dah pergi KL Central nak beli tiket.Tapi kata tak jual lagi.Belum buka lagi.Esok harinya baru dibuka utk jualan. Maka baliklah dia dgn kecewa dalam perasaan.
Malamnya internet dilayari keran tarikh itulah yg ingin dibeli. Dah cuba berkali kali tapi tak dapat juga.
Esoknya dia ke KL Central semula. Disaringan pertama dah diberitahu.Tiket untk hari tu dah habis.
Kecewa dia...
See permainan dia. Baru buka dah habis?
Macam cerita peminat bola beli tiket pun ada.
Bermalam bertangga tunggu tiket,bila buka dah habis. Siapa yg perabis?
Ulat ulat tiketlah sapa lagi? Tapi mcmana mereka boleh dapat tiket kalau org awam dinafikan hak utk membeli.

Please do something ...SPRM ke,SPAD ke spood ke....
dan pihak KTM tolonglah beri alasan munasabah kenapa tak boleh beli in advance. Dua bulan ke tiga bulan ke...
Hari itu masa cikson naik,tiket dikatakan habis. Tapi bila naik dalam train,tempat duduk ada yang kosong.Awat lagu tu?
Mcm tempat duduk sebelah cikson.Kata ada orang,sampai Kangar cikson seorang.Begitu juga beberapa kerusi lagi.Cikson takut ada apa apa permainan. KTM nanti rugi kita juga yg susah nanti.Tak gitu?
Bab kesal dan sakit hati beli tiket ETS ni,bukan di KL Central saja yang begini.Di Arau pun sama.Entah lah...takut ada apa apa.Bukan apa...

Omelan cikson.




Thursday, January 7, 2016

DIY...jom Masak...ayam goreng tomyam n nasi goreng kampung kakchon

Satu hari cikson kebuntuan idea nak masak.
Cili kering sebijik pun tak ada dalam pantri.
Yang ada sebotol paste tomyam
Beberapa ketul ayam
Bawang besar dan putih

So what to cook ?
What about ayam goreng diversified
Mula mula ,ayam dibersihkan ditoskan air.
Tumbuk bawang merah dan putih.Campur tomyam 2 camca besar.Garam dan kunyit.
Lumur ayam dengan bahan tumbuk sehingga sebati.

Panas minyak.
Goreng ayam hingga masak.Masuk kacang buncis kalau suka.SIAP!

ayam goreng tomyam


Nasi goreng kampung kakchon.

Nasi sejuk.Masuk dalam petiais seketika setelah direlaikan.

Tumbuk 
bawang besar
bawang putih
cili padi
ikan bilis...............sehingga hampir lumat.

Hiris
bawang merah
bawang putih
serai 2 ,3 batang.
Nenas sepotong...dadukan

Panaskan minyak
Tumis bahan hiris
Setelah naik bau,masuk bahan tumbuk.
Masukkan nasi sejuk yang telah digaul garam/ kicap.
Masukkan sayur,cili potong. Sebatikan.
SIAP!

Garnish dgn daun bawang dan daun sup.Tabur udang goreng...SIAP!
nasi goreng kampung kakchon.
Inilah yang jadi sajian anak anak saudara yang berkunjung hujung minggu itu.
Macam macam ada...