Tuesday, November 3, 2015

Lemak ketam se periuk, kalau dimakan sakit perut....

Hari itu,berbekalkan RM 100 ,cikli pulang dengan borongan dari pasar. Penuh satu beg hijau Tesco.Ada ikan,sayur dan buah.Kerana kepenatan menguruskan kerja kerja lain dan makanan sedia masak telah dibeli,cikson hanya memasukkan barangan2 itu ke dalam peti sejuk.Senang cerita.

Besoknya cikson hanya mengeluarkan beg plastik berisi ikan kembung.Dan selamatlah ikan2 itu jadi rezeki ciklicikson dan anak anak kaki empat.

Besok pula cikson seharian menemani cikli di hospital Alor Setar. Nak balik masak badan dah terketar ketar. Penat weii.

Dan kelmarin cikson mengeluarkan barangan yg dibeli utk memasak. Udang direndam dan dibersihkan..konon nak masak lemak udang bersama nenas.Tentu nyam nyam nyam.Dalam mencari ramuan utk sayur,peti bhg sayur cikson keluarkan.
Eh... apa ni...
Ambik kau... ketam tiga ekor ada bersama sayur mayur.

ketam seperiuk
Mata membelek,hidung mencium,tangan merasa....boleh lagikah dimasak ketam ini.
Selepas,menyiang,menggaram,mengasam....seperiuk ketam masak lemak cili api bersama nenas siap utk di saji.
Se ketul diceduk utk di rasai.
Ooooi... tak boleh tahan.Kalau diteruskan mau cerry berry memanjang.
Lemak ketam diketepikan...seperiuk asam tumis ikan kembung jadi pengganti.

Bila cikli pulang .....
Eh  kata masak lemak ketam.Kenapa ,mengapa,dimana dia?
La ....dia merungut. Rugi la lagu tu.Tiga ekoq tu dua puloh ringgit tau!

20 ringgit saja. Kalau sakit jumpa doktor mau 60 ringgit.Dua orang jadi 120 ringgit.Cikson berhujah.
Lagi pun 600 ringgit pun I tak gelabah...

Maka sampai pagi ini lemak ketam cili padi masih berbaki.
Dan duit 600 ringgit yang tenggelam dalam ATM di KL Central telah di pulangkan CIMB. Case resolved and closed.Ini lah dinamakan rezeki.

Masak lemak ketam n nenas seperiuk itu bukan rezeki.



Monday, November 2, 2015

Se pagi di situ,hati jadi sebu

Pagi Ahad kelmarin aku sekali lagi ke situ.
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar aku bertamu
Berbagai ragam manusia aku ke temu.

Pagi pagi lagi ,stesen teksi ke Alor Setar kami kunjungi .Mencari teksi ke destinasi.
Berapa cik nak ke sana? aku bertanya
70 ringgit utk satu teksi.Nak tunggu teksi penuh mungkin mengambil sekerat hari.So apa usaha kami.Panggil pakya drebar teksi yang selalu kami berurusan. Jam 9 lebih kami sampai disana.
Waduuuh....ramainya orang tak terhingga esp bahagian mengambil nombor giliran Klinik Oftomologi.
Nombor dah dapat cepat2 kami ke kantin isi perut.
Menunggu giliran dirawat,berbagai bangsa terdapat. Yang tua bertongkat,yang baby dikendung yang oku bersorong dan tak terlepas seorang OKT bergari..Uniform hijau dan tangan bergari menarik perhatian . Kehadiran dia juga kurang menyenangkan. Mana tahu kalau dia tiba bertindak ganas. Melihat pistol di sisi polis yg mengawal pun buat hati ini berkata kata....aih..macam cerita bermain dikepala.Inilah akibatnya banyak sinetron dilewat usia.Si OKT masih muda belia..

Dia disorong ke dalam tempat menunggu. Kepalanya terkulai kaku.
Adik... siapa? Tanya makcik sebelah
Mak saudara...jawab si pemuda.
Aku jadi pendengar setia bila makcik sebelah tak habis habis bertanya.
Dan aku lihat si pesakit menarik muka bila kisah dia di bual kedua mereka.Kesian dia.Tak terdaya dia utk berkata kata.

Ramai juga bayi yang datang utk rawatan diklinik mata hari ini. Eh..kenapa aku bertanya.Dan fikiran ku terarah kepada kegilaan menangkap gambar bayi bayi .Apa lagi bila bayi sedang membuka mata. Tak tahukah mereka akan bahaya. Bayi terdedah dengan cahaya spot light walau hanya dari handphone?

Habis rawatan,jln pulang kami tuju. Pakya sekali lagi jadi pemandu. Lalu jalan yang kurang kami lalu.Deretan pokok2 ditengah sawah menarik perhatian.
Ha tu la pokok ketum.
Haa... pokok ketum?
Silap kot...tapi seorang yg masih muda terhoyong hoyang ditepi jalan macam mengia kan nya.

Teringat aku perihal anak murid menasihat aku mengambil air biak atau ketum utk demamku.
Budak tahun satu....

Dua minggu lagi kami akan ke situ lagi..... Hospital Sulatanah Bahiyah yang gagah itu....

Oh ya lupa pula....Selamat menduduki SPM anak anak..Buat yang terbaik ya.




Friday, October 30, 2015

Bila cikli tonton tv

Haha....aduhai cikli
Serius...makcik kadang2 gelihat bila cikli tengok tv.Kadang2 gelihati bertukar sakit hati dan melarat kepada makan  hati..

Isssh... apa la yang cikson merepek ni.

Hmm...bila cikli tengok tv ,mulut dia tak henti henti beri ulasan selari..
Abah hang ni,nak jadi penonton atau nak jadi pengarah,selalu cikson bantah.Sama sama tonton tv ,sama2lah fahami.Selalunya dia suka menonton siaran langsung perlawanan bola.Entah antara pasukan mana pun cikson tak berapa ambil tahu..
GOL....lepas tu melompat2 macam berada distadium.
  Atau bertempik  HOI  awat sepak macam tuuuuuuu kalau prestasi pasukan disokong merudum
Tendang.Pass bola tu sambil terbatuk batuk.

Cikson dengar tak dengar saja sambil mengetuk keyboard.
Biaq pi la kat dia dgn kesukaannya.
Cikli is usually a homely man.Jarang benar dia nak keluar tak ketahuan.Kadang kadang bila dia pergi berkawal @ berukun tetangga di taman lama. Hah...barulah cikson punya kebebasan pegang remote control tv.

Eh macam macam gelagat no orang tonton tv.
Ada yang mesti guna subtitles walau Bahasa Inggeris makanan setiap hari.
Ada orang tak diam jari dari menekan control tv.
Sekejap prog masak,sekejap nyanyi,sekejap gusti.Entah apa yang dicari.

Program tv yang kita lihat sedikit sebanyak menggambarkan diri sendiri.
Kerana ada prog boleh tingkatkan pengetahuan dan ada prog membuat kita jadi tak ketahuan.

Tapi bila cikli tonton tv....mulut dia tak berhenti henti....beri ulasan selari..Rimaih kami.