Thursday, October 1, 2015

Kenangan lalu..kari ikan temenung buah betik


Satu hari cikli bawa balik buah betik sebiji. Katanya tok Wan yang beri.
Sedap ni... buat menyicah.Patahkan cili,campur air asam,gula dan garam serta belacan tentu mengancam.
Masih berbaki betik yang itu..lalu apa mau ku?
Kenangan lalu datang menyerbu
Masa aku tak berapa kecik dulu
Ditugaskan memasak dihujung minggu
Ha...buah betiklah antara ramuan,ingredient gulai kakchon itu.

Sebatang pokok betik di tepi tingkap
Buahnya lebat disetiap dahan
Jenuh kami makan
Buat gulai,sayur,menyicah dan sedekah
Dan kulit pun tak naik jerawat yang lebat....sunggoh hebat jasa pokok betik tepi tingkap.

gulai betik sepinggan

Maka termasaklah gulai ikan berencah betik
Caranya sama lah macam masak gulai lain...
Cuma gunalah betik yang sedang2 ranum.

Inilah sajian kami satu hari
Masa banjir baru baru ni
Ada sayur kailan ikan masin krup krap,ikan goreng tak brapa garing,sambal belacan dan ulam betik sepinggan...
Syukur Alhamdulilah.

makan tgh hari kami suami isteri

Bye.

Wednesday, September 30, 2015

Kenangan lalu...setoi nan se batang

googled pic
Jalan Jalan cari makan Kedah

Teringat masa lalu
Masa masih kecil ,masa masih tak tahu erti malu

Pokok nan sebatang gagah dipenjuru halaman jiran
Ranum buahnya ditunggu siang dan malam.
Dan bila datang hari itu
Semua anak2 kampung pun menyerbu

Eh...ada orang panjat pokok la
Apa lagi anak anak serta orang dewasa pun bergembira
Sama2 menuju pokok nan sebatang menunggu buahnya yang bakal dijatuhkan dari dahannya.

Sama2 kami berkejaran
Mengutip buah buah yang berjatuhan
Lepas itu sama sama ramai ramai cicah garam belacan.

Nostalgia hidup lepas bebas masa kecil disebuah kampung
Yang sekarang sudah tumbuh semak samun
Bakal didirikan perumahan serba moden
Dan pastinya....pokok setoi nan sebatang itu pun jadi korban pembangunan..

JPL  dalam kenangan..
situ bermula se buah kehidupan.

Tuesday, September 29, 2015

Bila lutut telah goyang,sakit2 lain pun mula menyerang...

Semalam @ yesterday cikson scored a first.
First in the form of attending to an emergency case,calling an ambulance and seeing to a patient treated at the crazy like hell ER

Ceritanya bermula begini....
Sejak petang dia sudah terasa.Semua dibuat tidak kena.Berdiri salah,berbaring salah.Sebentar ke bilik temenung sebentar ke bilik hujung.
Son,tak tahan ni..katanya sambil memegang perut.
Cikson menyapu minyak angin,membuat air halia moga 2 dia lega. Tapi sia sia.
Lepas maghrib sakitnya lebih perit.

You want me to call the ambulance...so 911 cikson called.

Soon the ambulance arrived and cikli was whisked in the vehicle that screamed ninoninoooooo all the way.Cikson accompanied him in it.
We arrived at the ER shortly and cikli was wheelchaired into the waiting area while cikson went to the registration.Menunggu rasa berzaman.Jam di dinding mencecah 8 bila cikli diperiksa .BP diambil petugas di satu sudut. Cikson tgk di monitor.BP cikli  234/130.Tinggi tuu.
Cepat2 cikli ditolak ke dalam bilik rawatan dengan cikson sebagai peneman.Setelah diberi injection ,ubat dan disuruh menyediakan sampel kencing cikli diwadkan dalam bilik ER .....mujur hanya seketika.

Being a first timer in the Kangar ER I was quite taken aback.Sibuk sunggoh tgk petugas petugas.Ada yang sampai berlari lari .Macam ER yang cikson tgk kat tv...
Bunyi siren ambulance macam silih berganti
Ada yang sakit kerana penyakit tapi ada yang cari penyakit.
Segerombolan pemuda 2 berkumpul sesama mereka sementara menunggu kawan yang dirawat akibat accident motor.Mencuri dengar mereka bercerita buat hati terhibur seketika sbb dlam keadaan begitu mereka masih boleh bergurau senda..alahai.

Cikson menunggu di luar  sdg cikli dirawat bila pengawal keselamatan beri arahanTerpaksalah cikson ikut peraturan..Keluar bilik ER dan menunggu di halaman.
Disini banyaak  kaum keluarga menunggu.Anak anak kecil hingga jam 12 masih berembun.
Tak boleh tinggal kat rumah sbb tak ada sapa jaga kata seorang ibu muda.
Eh...kita nak balik macamana?

So talipon adik2 cikli .
Andak yang tidak sihat datang bersama anak.
Alang juga menjenguk abang....terimakasih sebesarnya atas perhatian mereka.
Actually masa tu cikson rasa a bit uneasy as the day is getting late....bayak orang lelaki dan sorang yang cikson tak kenali rancak berbual tanya itu ini...
Kerana baca dan tgk cerita dan berita ngeri cikson rasa sangsi...kesian dia.Mungkin dia tak berniat apa apa.

By 1.00 cikli was discharged.Perut pula rasa lapar tapi kedai sepanjang jalan pulang telah ditutup.
Ingat sampai di rumah cikson boleh terus beradu tapi ada tugas besar menunggu
Alahi nina dan pong....awat chek buat lagu tu....
Kesian aku!

Pagi ni cikli is ok....bersarap dgn goreng ubi keledek dan ubat yang dibekal berpek2.
Dan cikson terasa sangat penat sampai terkelepek.....

A night at the ER ..banyak pengajaran yang dapat dikutip...



Monday, September 28, 2015

bila lutut telah goyang....terasa.


Bila sebut tentang lutut yang telah goyang,tentu kita tak dapat tidak kaitkan dengan umur yang lanjut...
Lutut orang2 yang terlebih usia selalu bergoyang .Mana ada orang tua yang boleh mendabik dada lutut dia AA..first class,goyang or sakit free. Auta .Jangan percaya.
Begitu juga lutut cikson...sakit juga ada kalanya.Dan pagi ini sakitnya sedikit lebih dari biasa,Terus selongkar laci cari bandage....

googled pic

Berita tentang seorang bekas timbalan menteri yang dementia yang tidak menemui jalan pulang tersiar dimedia.Terus cikson teringat akan saudara cikson yang telah pergi.Adakala keluar ke luar pagar rumah pun meresahkan ahli keluarga.Takut kalau2 dia terlajak jalan dan hilang entah ke mana.

Hari ini sekolah sekolah di beberapa negeri masih bercuti akibat jerebu yang datang lagi...Buat anak anak yang masih di rumah,gunakan masa berbuat perkara yang berfaedah.Jangan leka dengan bermain games di gadget saja.

Berbalik kepada kita 2 yang punya lutut yang goyang,sakit lutut dan dementia selain banyak lagi sakit2 yang menyerang usia tua...biarlah perangai kita seiiring dengan usia.Kerana cikson lihat semakin meningkat usia kita,semakin kita sensitif tak kira masa.Minta2 la cikson tak jadi mereka yang semakin tua semakin mengada ngada.Kalau masa muda orang buat tak tahu kita boleh terima tapi bila tua,rasanya sunggoh2 terasa.Deep.Rasa nak lari ke benua Afrika.

Teringat cikson,tt yang diakhir akhir hayatnya...
Kesian dia ...
googled pic