Friday, July 31, 2015

Jom ber DIY...mari menyusun bunga bersama Pong

Raya tahun 2015 memang terasa .Terasa penat .Terasa hati.Terasa kecilnya duit.
Rasa gembira tu ada bila anak anak dan menantu pulang beraya.Juga bila ada tetamu.Penat hilang bila lihat mereka gembira menjamu selera apa yang cikson masak seadanya.

Dulu masa di no7,Raya adalah masa utk menurun dan menaikkan langsir.Tapi di RBL langsir masih seperti tahun lalu.Dan utk sedikit rasa kelainan,ciklin beli sarung cushion .Dan cikson tukar sarung kerusi makan....ni pun jenuh juga.Jenuh nak bagi dia kemas.Berhempas pulas cari jalan bagaimana nak buat sarung kerusi itu tegang dan cantik.

Tak lengkapkan kalau hari raya tak ada bunga2. Ciklin pun belilah bunga dari kedai di Kangar sana.Lily dan chrysanthenum jadi pilihannya.Ha...tengoklah sapa yang busy sunggoh menolong kakak membuat kerja.Adik kaki empat rupanya...

cantik akak....eh bunga akak

sukanya warna ni

tapi tak cantik kalau warna kuning letak kat sini 

jom kita ubah....
Sibuk saja Pong ni......kata kakak menghalau si Penyibuk ni
Pi lah cari kerja lain dari jadi mandur tak bergaji
Merajuk Pong berlalu pergi
Atas lantai dia mogok sehari

Lihat tu....aksi Pong mogok lapaq
Macam paus dipantai terdampaq....
eh tak senonoh betul

Thursday, July 30, 2015

ww....just sharing

entahlah....facebook

we learn how to light our darkness the same way

simple pleasure
If life could be carefree....
Nothing to worry
Petik suis semua mari
Hidup pasti happy....

Happy Wednesday everybody
Walau TSMY dah tak jadi menteri...

Wednesday, July 15, 2015

Berita dari Utara...bila keluar dari gua

Hanya bunyi kokok2 ayam dan kenderaan yg lalu kedengaran.
Koo kooo oooook
Vrooooooooooom.
Dan satu dua suara kedengaran
Assalamualaikum....sayup2 dirumah sebelah.
Dah sampai ahli keluarga di rumah induk rupanya...dari ibukota balik berhariraya.

RBL pula baru cikten dan suami yang sampai sehari yang lalu.Yang lain ada yang akan bertolak hari ini ,besok, juga pagi hari raya....
Nak buat macamana ..
Bila bekerja..majikan diutamakan..Itu dah tempat kita mencari rezeki.
Dapat majikan baik ,baiklah nasib diri.

Hanya doa saja yang dapat dipanjatkan kpd Allah semoga perjalanan anak anak menempuh lebuhraya Utara Selatan dipermudahkan. Selamat sampai ke RBL utk lebaran yang dinantikan. Ketupat dan rendang akan terhidang,melawat sanak saudara kita lakukan.

Utk panduan ...website ini memberi update tentang keadaan lebuhraya seantero Malaysia 
Malaysia-highways-live-traffic-camera…
Semalam , ciklicikson keluar berbelanja.Nun di Aloq Setaq sana.Macam rusa masuk kampung pun ada.
Ke Alor Setar Mall cari kasut pada mulanya.Kasut tak jumpa lain pula diborongnya.Kaki tapak sulaiman memang susah nak cari. Pattern berkenan,saiz tak ada.Saiz ada warna pula akan jadikan pemakainya tak selesa.Mau makcik pakai kasut merah ang ang bila berjalan.....rasa mcm clown.

Dari Alor Setar Mall ke Aeon Big...
Masuk kedai keluar kedai tak jumpa juga kasut yg berkenan...
Tapi bila masuk kedai DIY ....mcm2 pula yg diborong.
Buka puasa di food court ..

nasi tomato acar kasi lebih
Habis berbelanja terus balik ... tapi Su Manja pula menggamit kami semua
Pekena koew tiau hailam yang enak pada selera.
Tengah jalan dah tak boleh kata apa apa.
Sbb perut memulas semua
Tu la pekena lagi macam macam awat perut tak meragam.Bila dah lanjut usia tak boleh makan sombereno saja.

Terimakasih anakanda Aten n Safuan kerana bawa mama abah berjalan
Tu lah pertama kali mama keluar dari gua.....
Tahun ni mama raya semua disponsor,baju tudung minyak wangi semua dibekalkan...sep duit belanja.Hanya kasut yang belum ada..Last resort kita pi BATA.
Juga tak terucap terima kasih buat besan
Dapat tudung ,kerepek dan manisan....alhamdulilah.



foodcourt AEON Big





Sunday, July 12, 2015

Dan langit pun menangis sama.

Semalam pagi pagi lagi hujan turun dengan lebatnya.
Dan pagi ini cerah berseri langit diangkasa
Memberi isyarat bolehlah  mendobi baju dan kain yang membukit banyaknya...hua hua hua...

Semalam ditv , menonton siaran langsung .
Mengenang MH 17 yang malang
Air mata pun bergenang..

Tanggal 17 hb Julai 2014
Terkejut semua rakyat jelata dan seluruh dunia
Bencana menimpa MAS kedua kalinya selepas MH 370 yg kita masih tertanya tanya kabar berita.Di mana semadinya.

antara mereka yg terkorban

antara negara yang terlibat

antara mereka yang bersedih

antara pembesar yang hadir
samakah fikiran mereka diwaktu ini?

sama di mana ya,,


Menonton nama nama yang dipapar satu persatu
Melihat wajah wajah sayu yang ditinggalkan sanak saudara,handai taulan,ayah dan ibu
Rasa macam aku
Yang melalui mimpi ngeri itu...Subhanallah..

Hingga petang
Langit masih menangis

Macam rasa tak ada semangat nak raya...itu keluhan ramai rakyat Malaysia
Tentu raya tak sama buat mereka yang ditinggalkan mereka yang pergi.
Tapi yang tidak terlibat pun apa kurang resah di hati..
Pagi pagi bangun tidur ,hati tertanya 2
Apa lagi yang jadi?

1MDB.... macam macam cerita berita yg ada
Sini cerita
Sana menafinya
Duit bukan lagi juta juta
Tapi berpuluh angka angka yg kita tak kenal pun dulunya...Billion? Trillion ? Banyak mana?Berapa nilainya.Boleh dibuat apa?
Dengan bunga bunga yg kena setiap tahun
Apakah kita bakal jadi Greece akhirnya

Senangnya duit mengalir buat mereka
Sedang kita terpinga pinga
Ratus ratus yang kita ada hanya bernilai sepuluh dua


Begitu cetusan rasa seorang pesara
yg sdg terpinga2
apalagi
ibu tua
dicerok kampung sana......

Masih ada lagi yang tinggal dalam khemah di Kelantan sana
Dah setahun juga kisah mereka
Derita sengsara
Tak ramai yang ambil kisah kerana mereka juga sdg resah
Dengan segala macam perkara yang terjadi
Di bumi yang di panggil tanah air sendiri...
Mana lagi nak pergi?


ha...kita tak ada jet perbadi
nak lari kemana lagi
disinilah hidup mati.
kata Pong yg bijak bistari..