Tuesday, March 3, 2015

Those darn cats...the bulus from RBL

         Cuaca panas terik .Tak terlawan panasnya.Masa di no.7 panas hanya didalam rumah.Dinding tak terasa.Berlainan RBL.Pijak lantai berbahang.Pegang dinding berbahang,buka air paip macam baru dijerang...oooi berbahang.
Makhluk Allah berkaki dua tak tertahan ujiannya.Penghawa dinginlah jawapannya.Akhir bulan tentu jenuh nak bayar bilnya.
Bagaimana pula yg berkaki empat,ekor panjang? Apa rasa mereka...
Pagi pagi lagi pintu kaca disondol.Buka saja terus menerpa.Siapakah dia?
SiPong yang sedikit tempang menerjah masuk.Lembut suaranya
Eeeeow....antara kedengaran dan tidak.
Menghempas dirinya atas simen dikaki sesiapa yg dia suka.Menggigit2 manja kaki kita.
Lepas diber makan dia menghilang diri.Adakala bawah almari,bawah katil atau bawah kerusi.Persis sembunyi diri.
Adakala dia juga kepingin menghibur hati.Bakul dia masukki.Depan tv dia menghibur diri.
Dilain hari pula dia mencari bahan buat mainan...plastik pembungkus pun jadilah .Bermain dia sampai terjelan lidah.

tekalah tuan2 apa didalam

pembayangnya....ada putih ada hitam
keluar kepala  jelas kelihatan

Si Pong bukan sesiapa


keluar masuk plastik sukanya dia


makcikson kenapa busy body sangat dia.Bagilah chance kami nak bersukaria.


        Apa pula cerita ninasandaq?
Dengan tiga anak anak dibawah lori,dia tak sempat bersenang diri.Kalau masuk ke rumah pun sekejap saja lepas itu dia mohon diri.Dapat ikan sepotong,mulut dia riuh rendah.Panggil anak anak share makanan dan juadah,

      Semalam makcik rajin sikit.So keluar ke laman mencabut rumput  dan temucut.Sibuk 2 anak angkat mengikut sama.Buat buat busy.

     Hey pi tolong abah cabut rumput...teriak makcikson pada anak anak yg sedang mengerikut.
Sekor atas lantai dan sekor lagi dalam bilik mandi.
Eeeeeee... tak kuasa kami panas panas begini.
Mama bukalah air con biaq kami sejuk sikit!
Eeeh ngade...kata makcik.

Monday, March 2, 2015

My March bundles of joy.

Sorang awal bulan sorang akhir bulan.,mama nak ucapkan
Selamat Hari Lahir utk kalian

Olin
Aten

ingat lagu....you're my sunshine

Sorang anak mula
Sorang pengakhir cerita ,dua2 bawa gembira

Keletah,ceria
Itu sifat kamu berdua dari kecil hingga dewasa

Tak pernah ku lupa,waktu kecil kamu berdua,waktu kamu bersekolah rendah.
Tak pernah kami kenal penat lelah

Ke dewan,ke pentas,ke stesyen radio,ke mana saja
Tengok kamu berdua menari,berlakon,bersukan.Ada aktiviti adalah kamu
Sampai ada bertanya:
Anak sapa tu...

Di sekolah menengah,dikolej dan di universiti kamu berdua berdikari
Mama abah jadi pemerhati,beri motivasi dan memanjatkan syukur atas kejayaan kamu perolehi

HAPPY BIRTHDAY olin
HAPPY BIRTHDAY aten





My March bundles of joy
inaatenolin....
olinina

From school to school....SBS

 SBS...itulah nama semasa aku menuntut di situ.Lepas tu Sekolah Menengah Sultan Badlishah.Sekarang ni entah lah....mungkin ada Sekolah Kecemerlangan berprestasi Tinggi....dan entah apa apa lagi.

 Tahun tahun 60 an .Bahasa pengantar Bahasa Inggeris kecuali utk bahasa Melayu dan agama.Murid muridnya berbilang bangsa dan agama.Lelaki dan perempuan.Disini true malayan spirit.Masa itu la.Masa tu belum Malaysia lagi.Masih tengah ada saki baki komunis lagi.Jadi kawan kawan sekelas ada Singh ,ada Lee,ada Selvam .Kami belajar bersama sama dan jarang timbul sengketa berdasarkan agama atau bangsa.

 Bagaimana aku kat sekolah? Hmmmm murid yang serba kurang mana ada kenangan.Cuma yang aku ingat,aku minat gila membaca.Cuba sedaya upaya nak dapat pengiktirafan dalam bidang akademik.Jadi aku belajar dan belajar .Dalam kelas aku baca.Tengah makan aku baca.Tunggu bas pun aku baca...Setiap tahun adalah nama aku dipanggil naik pentas ambil hadiah.Dan aku antara ahli persatuan General Knowledge yang dapat menjawab soalan soalan jurukuiz..wah hebat aku tang tu.
Tak lupa aku setiausaha perpustakaan sekolah dan membuat kerja alih bahasa buku buku diberi guru.
Dalam kelas ,pelajaran yang aku suka tentulah Bahasa Inggeris.Satu masa kawan kawan melayu sindir aku supaya berkawan saja dgn Singh yang pandai BI bila aku selalu guna bahasa bombastic.

 Matlamat aku bila SC/MCE mesti dapat grade 1/1.Guru guru pun selalu kata aku boleh.Mau tak meraung dan tak keluar bawah katil bila keputusan tak seperti yg ku mau.Actually masa aku bersekolah adalah masa sengsara aku dalam keluarga.Tak ada ketenganan.Hari aku nak periksa pun masih ada persengketaan . Mujurlah juga lepas tu aku pull through.

 Sebenarnya...sebenarnyalah kenangan semasa sekolah tak ada apa nak dibanggakan.Yang terbayang seorang murid yg pendiam,pemalu,miskin tegar.Mujur juga jumpa jalan keluar.
teringat ....langgar tiang  bendera masa kawad..


Sunday, March 1, 2015

When March comes marching,Februari mengundur diri....

http://sayingimages.com/march-be-good-to-me/


Hello  .... its March.
Dah bln 3 .Cepatnya masa berlalu.Baru sangat rasanya dengar dentuman mercun sambut thn baru.Oh lupa...this year mana ada fireworks macam dulu.Kan kita berkabung hari tu.

Sepanjang Februari macam macam ada.Ada cerita gembira dan juga tak berapa nak suka.
Ha ah...nak dengaq yg mana.Suka atau duka?
Sukanya sbb nak terima orang baru...2 sekali pula tu.

Yg tak sukanya...setiap famili ada saja sakit peningnya.
Keluarga di SP terpaksa berulang alik ke KL utk rawatan mata.Cikli pula ada saja tak kena.Tak dapat dijangka bila sakitnya.Tengah pekan,tengah makan kenduri ,tgh duduk tak kira masa.Selain penyakit ada saja cobaan melanda.Bab kewangan usah cerita...laju saja duit mengalir keluar dari bertapa.
Sabar sabarlah kita semua.Kalau tak sabar jadilah macam episode cikson hilang punca.Tak seronok tau bila bermasam muka.Lebih lebih lagi nyawa dah masing masing dihujung senja.

Rumah no 7 dah ramai yang bertanya.Sampai sekarang cikson tak boleh bagi jawapannya.Barang banyak sangat yang belum dikemas .Nak buat sendiri rasa tak bertenaga ..Isssh berapa sebulan ya kalau disewa? Lepas juga nak beli kopi gula.

......written the night before.

Woke up to the call of muezzin.Dah subuh.Say my prayers and ask God many favours.Seharusnya utk orang orang yang disayangi dan kasihani.

Made a cup of nescafe .Buka pintu grill ,keluar pintu with that cup of drink in hand.Dari celah celah bumbung dan dahan dahan dapat ku lihat sang matahari seumpama sdg mengeliat dari baringan...
Dah panjang rumput dan rumpai di laman.Tangan gigih mencapai dan mencabut.Dua tiga round tgn dah semput...
Burung yang sentiasa berbunyi datang lagi.Makcik sebelah rumah belum kelihatan.Kalau tidak riuh mereka bersahutan.

.....reading back what I have written.......I love the days when I was free to write anything that came to my mind.Semasa thru ups n downs baru ku tulis dan ku sangka tiada siapa yang membaca.Or is it because I dont want to hurt and be hurt anymore.
Ah lemas bila kita rasa tiada apa apa lagi yang percuma.....semua ada tanda harga.Even kasih sayang keluarga.
Itu cerita Februari.Semalam dia mengundur diri.

March please be good to me,will ya..