Monday, October 13, 2014

PMR dah ....no no its PT3 for now

Selamat pagi Malaysia.
Semoga urusan kita dipermudahkan.

Sedar tak sedar hari ni dah mula PT3....tu pun tersedar bila terbaca dlm facebook.
PT3 ...apa tu? Mesti ada yang tertanya tanya.Lainlah kalau ada anak anak sendiri yang terlibat.Dan buat seorang dah keluar dari sistem...perkembangan ,pembaharuan ,pemansuhan dasar dlm pendidikan macam tak terkejar dek fikiran..
Hari tu PMR sekarang PT3...pentaksiran tingkatan tiga.
Dulu dulu cikson duduki LCE...Lower certificate in Education gitu.Masa jawab mata jadi biru..terasa macam org putih sbb semua dalam bahasa itu.Ayam patuk itik sudu..huhu.

Kepada anak anak saudara yang menduduki PT3 ini maklong/makngahson nak ucapkan Selamat Menduduki PT3 dengan jayanya.

Di tv 3 tgh bersiaran tentang PT3..antara saranan
1.Jangan dok tanya anak anak apa yang keluar hari ni.
2.Jangan dok bincang sebelum masuk dewan periksa...relax.

Do your best and Allah will take care of the rest.







Sunday, October 12, 2014

have a pleasant weekend u ol...

Mengetuk notebook subsidi pagi minggu macam dah habis kerja rumah.Walhal bersusun list household chores yang perlu diberesi.
There's the beds to be made
The washing to be hung.
The floor to be swept
The plates to be washed.

And breakfast too.....
Well all those can wait.Lagi pun tak ada siapa nak marah...yeha....
Minum pagi cukup roti  pat sagi cicah nescafe sebelum  goreng nasi buat nasi goreng

Bila tinggal berdua ...itulah gaya kehidupan orang terlebih dewasa.
Sedih juga bila pesara hanya dapat 250 masa PM bentang budget.....
And I thought bila pencen semua kemelut kewangan dah habis dilangsaikan..rupanya angan angan.Alahai.

All negatives aside,embrace the positives .
Walau mentari belum menyinar pagi ini...

Have a pleasant weekend folks...Love from makcik nun di utara.





Thursday, October 9, 2014

Entah apa apa....bila dia kembali bernyawa

Tentu ada dok tertanya tanya...apakebendenye yang kembali bernyawa.
Ceritanya gini....
Saja saja makcikson onkan Dell Compaq Presario with intel pentium inside yang dah berapa lama dok membisu tu.Saja saja try luck.Nasib baik adalah.And hey presto! Its alife and kicking.Seronok beronok ronok bak kata Johan makcik tak terperi.
So tanpa berlengah jari makcik pun mula la ketagih nak mengetok ngetok keyboard yang rongak ni.
Actually banyak cerita kalau nak diberitakan.Boleh buat telenovela.Tapi biarlah cerita cerita itu bersemi dihati.Hanya takut bila cikson dah seumur tt segala cerita yang disimpan terkeluar tanpa sengaja.I wonder why bila kita dah terlampau berumur segala rahsia kita tak dapat simpan.Macam terjadi kepada seseorang yang cikson kenali.
Tapikan hari tu bila cikson melawat tt,dia cakap sepatah sepatah saja.Ada riak kecewa dalam wajahnya.Mum,the longer we live,the more we have to see...
Cerita tt kalau sampai ketangan shanon ahmad boleh jadi satu nukilan mengalahkan srengenge gamaknya.
My eyes welling already....

On the home ground pun tak kurang drama mingguan dan harian....haih.

Ninasandaq dah beranak ...3 ekoq comei comei belaka.Ada pung,tam dan bu.Aktif bukan main.

Oh well...got to start with the cooking ....takut tak bertengahhari pula kalau cikson dok asyik tap a tap tap on this laptop.
Bye....
gambar lama...

Monday, September 29, 2014

bila...the sky is falling down.Not

Dah Isnin harini....29 hb September.Sehari lagi masuk Oktober.Phew.How time flies.
Besok 30 haribulan.Anak anak sekolah thn 6 terpaksa melalui emotional turmoil sekali lagi.Why do I said so,so you ask.Manalah emotional tak tertungging kalau terpaksa menduduki dewan periksa sekali lagi.Terpaksa memerah otak mencari jawapan yang benar .Which we could relate very well....well almost all of us did .

Terimabau kenangan aku masa masih dalam perkhidmatan.Menjadi guru subjek teras ,menjadi guru thn peperiksaan memang satu satu jawatan yang jarang sekali tak dipegang.Selagi keputusan tak keluar selagi itulah jiwa raga kacau bilau.Dan ada juga tahun aku jaga dewan periksa.Jadi penolong selalunya.Satu tahun aku kena jadi ketua....KETUA. Lagilah parah degup jantung ku selagi belum selesai urusan peperiksaan sehingga noktah terakhir.Tak terbilang banyaknya soalan dalam kepala mengalahkan soalan soaln dalam kertas periksa.What if selalu berlingkar,berligar membelit belit.
What if the parcel of test papers didnt reach their destination?
What if ........jawapan murid semua sama dalam dewan itu...

We are answerable tau kalau apa apa discrepancies terjadi.

Dan aku tertanya tanya bagaimana mereka yang tertuduh dapat membuka,menangkap gambar soalan.So eager to know how they did that.Yang ku tahu prosedur or SOP periksa tu agak ketat.

Untuk anak anak yg akan menduduki UPSR kali kedua,just do your best.Tawakkal padaNya.
As the sky is not falling down as yet.

Berkarya dgn netbook comellote ni mmg mencabar jari jemariku.Apatahlagi nak ku sertakan gambar.