Wednesday, September 10, 2014

DIY....sarung nangka ke ni?

Nina was heard scratching the chair from under the tablecloth.
Oooi....Wei... jangan! suara cikson.
Nina....stop it!
But nina sometimes forgets the warnings..and when she knows mamason and cikli are not watching,she resorted to scratching again.
Jadi cikson pun terpaksalah memakaikan sarung pada kerusi supaya nina tak cakar lagi.

Dalam simpanan cikson jumpa kain kain yang dia beli entah zaman bila.
Ada juga dia tanyakan orang utk jahit sarung kerusi utk dia.....tapi apakan daya .Tak berani mencuba katanya

kain benang hitam jgn dibeli....asyik terburai benang sja.

haha....ni lah jahitan mesin pada mulanya.

Mesin jahit Singer Inai dah lama terburai.So apa hai...
Hantar sjalah ke kedai..cikson kata
Cikli pun memikul mesin berat setengah tan pusing kota.
Tiga minggu kemudian barulah mesin buruk dapat nyawa.Upahnya 140.00 tapi ada pula uftinya.
So ....mulalah cikson beroperasi .
Jenuh perah otak yang dah lama berhenti berimaginasi.
Kain dipotong,dikelim,dijahit dgn teliti.
Maka jadilah sarung kerusi yang adakala cikson rasa mcm nangka dalam guni...


prototype

dan ini bhg belakang...sebenarnya masih dalam kajian


Penat juga nak siapkan enam pasang sarung ni.Sekali jahit.Sekali tetas.Sekali macam tu sekali macam ni.Last last baru jadi .Tapi 2,3 hari dapur tak berasap.Asyik beli.

lntang pukang rumah jadinya.

WW.....mesin tua

teman setia

walau dah tua.
Tua tua mesin ini
Berdekad dia berbakti
Cadar,sarung bantal,cushion dan langsir tak perlu dibeli
Jimat duit berguni...hihi.
Dulu dulu la bukan la ni.

Tua tua mesin ini
Tua lagi tuan yang membeli
Walau tak berguru sana sini
Setiap tahun langsir bertukar ganti ....free.

Tua tua mesin ini
Projek baru ....akan menjelma nanti
Tunggu...bila jadi.

Tua tua mesin ini
Tua lagi tangan yang mengemudi.

Mesin tua,tuan pun tua
Cantik hanya dimata
Asal boleh pakai jangan dok kata apa.....

Tuesday, September 9, 2014

ninasandaq tak sempat bersandar

Oh well,its Tuesday once again.How are you all peeps?
Its nina's time to write.


ni style mak buyung kata cikson

Its been a very busy time for nina these few days.And two days ago nina had a beautiful triplet.Comel comel kata cikli.Cikson tak belek lagi sebab dia geli tgk anak kucing kata dia.Lebih lebih lagi yang belum buka mata.So selamatlah kami bawah meja laptop cikson buat sementara.
Untuk sementara waktu ni sibuk lah nina nak bersihkan dan susukan mereka dan tiadalah masa lagi utk nina bersenang linang.Nak bersandar apa lagi.
bawah meja ni hospital bersalin nina

atas wad ada ini.....gergasi besi yang suka menyanyi


Tadi nina tgk cikson geleng kepala.Ishh issh kata dia.Dalam forum dia baca ttg kucing satu sangkar kena humban dari tingkat 9 rumah pangsa.Aduh...kejam nya.Mati anak anak kucing yang comel comel tu.Kalau marah macam mana pun tak adakah cara lain nak selesai masaalah mereka.
Dan hari tu ada video orang bubuh kucing dalam washing machine mereka.Ehh...bukan kucing tapi anjing.Awat lah kejam sangat setengah manusia manusia ni.Mana letaknya jiwa raga kasih sayang mereka.Dah mental kot dengan segala masaalah yang bertimbun.Atau termakan benda benda yang membuat mereka jadi zalim.

One thing ...dah ada ura ura nak naikkan denda orang yang zalimi binatang. Padan muke.
Namun masih ada yang sayang binatang terutama kaum nina.Di Perlis makcikson kata ada orang buat rumah dia jadi tempat perlindungan kucing terbiar.Cikten anak cikson pun sayang sangat dgn kucing.Siap beli whiskies simpan dalam kereta.Bila jumpa kucing yang nampak lapar dia beri mereka makan.Kalau dia balik nina suka main kejar kejar dengan dia.Sukanya...main sorok sorok dengan dia.Walau tercungap cungap macam nak habis nyawa.

UPSR is today.Nina nak ucap selamat menjawab soalan soalan peperiksaan dengan cemerlang.Bye.Anak nina dah menjerit jerit tu.Nak susu lah apa lagi.

Ninasandaq

Monday, September 8, 2014

Buat terbaik yang boleh ya anak anak.

Minggu ini minggu cobaaaan buat anak anak.Anak anak sekolah yang berumur 12 tahun tentunya.
Buat yang tidak sedar.....UPSR dah mula tau.
jawab jgn tak jawab


Bertahun pengalaman cikson bergelumang dengan kemelut peperiksaan ini.Sejak mula jadi cikgu.Nun...tahun 1972 lagi.Masa tu belum ada UPSR.Kalau tak silap apa periksa pun tak dak....correct my fumble mind if I'm wrong.Lepas tu baru ada Ujian tahun 5.....Kedebuk kedabak mailah UPSR...
For history sake...makcikson duduk ujian Special Malay Class masa tahun 3.Hingus pun tak reti relaih lagi kata orang dudulu...eh dulu dulu.Dan satu soalan yang cikson ingat adalah
Dalam gula ada apa?....
Well...cikson lulus ujian itu dan mulalah perubahan persekolahan makcik.Dari hujung kampung,kena berhempas pulas berebut bas nak ke Kilang Lama ,Kulim Kedah tahun 60 an dulu.Nak pergi sekolah kena lalu kandang...bab 1 sampai kena cekup hidung....Kena kejar anjing pagi pagi buta..Untuk seorang anak berumur 10 tahun.Tak ada la nak berhantar berambil.Pandai pandailah kau nak.Susah wei...minum air paip utk hilang dahaga.Pekin duit sekupang dua utk beli makanan.No...its not easy.Tapi rasanya cikson suka.Kerana disekolah cikson boleh tahan juga geliga....haha .Cikgu selalu puji cantiknya tulisan dan pandainya cikson dalam English lesson...I tell you pujian cikgu buat cikson seronok nak kesekolah walau kena tempoh macam macam pancaroba...
So teachers....pujilah anak anak murid mu semau mu...tak rugi apa apa.

Eh...dah dah...melalut pula.

Coming back to the issue in question.
UPSR lah bukan benda lain.

Makcikson@cikgu nak ucapkan Selamat menduduki UPSR buat anak anak SKRPB khasnya tahun 6 yang cikson pernah ajar mereka masa tahun 3 atau thn 4.Jenuh nak ingat balik siapa mereka ni..aha yang tampal plaster kat dahi dah tahun 6 kan.Yang selalu control kelas Syafiqah kan.Semoga mereka dapat menjawab soalan soalan dengan baik.

Juga buat anak anak SK Sena dan Titi Tok Bandar.....my thoughts are always with these schools...tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berlabuh..

Buat yang terbaik ya anak anak.Cikgu doakan kamu.
Salam.

Cikten....ni hau ma...dup dap dup dap dengar jantung.
              anak murid nak ambil UPSR cikgu cikgu yang rasa mcm nak bengung...hehe.Mama lah dulu dulu.

Bye.


jawab jangan tak jawab
jangan dok tidur tau....