Monday, August 18, 2014

orang lidi pun boleh

Hi people...Time flies too fast.Its a working Monday once again...
Years and years of teaching saw me through many phases.And talking about teaching you cant run away from TA....Teaching aids.Kalau nak masak perlu periok,sudip,pisau gitu juga utk mengajar.
Serius...cikson rasa bogey....kalau masuk lenggang kangkung utk ajar pelajar.Esp pelajaran baru.Tak taulah orang lain....
buku nota jadi bahan conteng


So ....in my early years masa belum ada TA canggih manggih ,guru guru dulu kena buat sendiri.Kertas manila dibawa ke sana kemari.Bila mengajar alat ini dirujuk supaya murid senang memahami.
Masa dudlu dulu mana ada computer muter ni semua.Tak terfikir pun masa tu yang hidup ini semua dihujung jari.Duduk ,godek godek,bahan mengajar mai sendiri.
Teringat cikson ,lukisan paling senang adalah orang lidi.Lidi? Whats that.
Inilah contohnya....
orang lidi

Senang saja...garis garis dah jadi.Pakaikan seluar jadi lelaki .Pakai gaun mem lah itu..

kucing gemok
Alhamdullilah,jari jari cikson boleh lah sikit sikit melukis.Orang,binatang dan awan....hehe pemandangan .Tapi bila warna entah kenapa jadi tak ketahuan..
Jadi dalam masa mengajar,gambar gambar begini jadi alatnya.Bila cikson tunjuk gambar anak murid dah tahu siapa mereka...
cuba cuba lukis balik....



Dan semasa berkursus...kadang kadang muka muka begini memenuhi nota bila penceramah asyik dok sebut.......ya ya ya....

Sunday, August 17, 2014

Menjenguk dia

Rasa terubat bila dapat menjenguk dia.
Siapa ...ada yang bertanya.
No.7,Jln ke Padang Besar letaknya dia.
Rumah yang banyak meninggalkan nostalgia suka duka hdup kami berkeluarga.

Jam 10 ciklicikson keluar rumah.Singgah Juliana makan pagi juga tengah hari.Sekali harung kata orang...
Selepas tu seberang jalan...Guardian kami tuju cari barang jagaan diri yang dah habis...oh ada Merdeka Sale ..tapi harga tak bolehlah lompat bintang sambil jerit MERDEKA kerana suka.

merdeka sale

Menjenguk no.7 hati terasa rawan. 2 bulan dekat dekat dia cikson tinggalkan .Dah ditar jalan depan.Dah dipangkas pokok yang melambai lambai menyapu kenderaan.Tak nampak pun batang hidung jiran tetangga nak berbual.

Masih dekat dihati susun atur no.7 kebanyakan cikson buat sendiri.Sedih lihat perabot jadi kusam.Segenap ruang dah jadi macam medan pertempuran...sana selonggok sini bertaburan.Adoi...kesian.

yang ditinggalkan

Sedang asyik menyental petiais yang dah masam,cikson dengar suara nyaring yang tak berpenghujung.
SQUIRREL...... anak mama .Aku menyeru dia kegembiraan.

Kedepan kebelakang dia mengiau panjang.Aku yang sedang membasuh tak dapat melayan dia .
Maka bingitlah bunyi si squirrel dapat didengar satu taman.

Habis kerja cikson kedepan.
Badan squirrel cikson dukung macam bayi baru sebulan.
Serta merta dia diam sambil mengeliat sakan..Muka cikson dia pandang.

Rindu mama ya....cikson dodoi dia.Usap dia.Mengeliat manja dia dan terus menjilat badannya.Cikson nyanyi kat dia macam mendodoi anak lantasnya.Airmata bergenang dikelopak mata.Kurus dan ringan badan dia..

Puas di dodoi dia membolos diri.Masa ciklicikson nak balik nama dia kami seru berkali kali.
Squirrel....squirrel ....Tapi dia tak kelihatan lagi .Entah mana dia pergi.

You tahu selalunya bila I balik,dia mengiau dekat pagar rumah.Harini terus kedalam.Rindu mama lah agaknya.
Bukan agak agak lagi....dia rindu peluk mama,dodoi mama.sbb lepas dia dibelai,dia terus diam..

Aduh Squirrel.....mama pun rindu sama kamu.
Nanti bila senang,mama datang lagi...tunggu..

Belek kamera...satu gambar pun tak tangkap....aduhai Squirrel permata bonda.








Me,cikli and a cat named nina.

Good morning dearies.
Hope you have a nice weekend.

Pagi ni di RBL langit cerah.Matahari dah menampakkan diri sikit sikit celah bumbung jiran sebelah.Dalam sejam dua lagi tentu and without fail dia meninggi.Ha ...masa tu panas tak terperi.Kena on air con baru senang hati.Tapi cukup bulan,bill datang baru sedar diri..Bil letrik RBL mula mula masuk tak sampai 10 ringgit.Bulan seterusnya naik 55.Dan sekarang dah 157.00....Pandai dia melompat dan memanjat.
300% tu...haru.



dari 0 ke 157....


Semalam cikli ke open house kawasan Sena..Ingat nak ikut tapi air pula tak ada...So tinggallah cikson dengan nina saja.Nak jadi cerita....sakit gigi sakit kepala mai sekali dua.Telan panadol sebiji tidor sampai pagi..Tak sempat nak jamah pun apam balik cikli bawa balik dini hari..

apam balik


Semalam petang masa cuci kawasan,cikson dapat sebiji betik.Tengah elok elok kuning tapi tak ranum....eh nak buat apa ya..Ingat nak racik nipis nipis,cicah air asam tenyeh belacan .Tentu nyummmm nyummmm.Nak ajak MIL ikut sama pentang nanti..Kita ghonyeh ghonyeh telan...sbb bibir ada gigi dah goyang...haha.
buah betik ....buah ketela...

Nina...get down will you.
Oooo atas meja dia dok berteleku..
Pintu belakang dah buka....pergilah tengok dunia.
Nina nina....asyik dok terperap dalam rumah buat apa?
malas aku..
Dah hampir 2 bulan cikson Rumah no 7  tak jenguk..Rindu pada Squirrel .Juga si gemok .


Saturday, August 16, 2014

Kecoh pagi Sabtu...alahai

Lepas Subuh.
subuh di RBL

Kemas kemas rumah serba sikit...2 orang dewasa tanpa anak anak pun rumah boleh jadi tongkang pecah kalau tak berkemas setiap hari.
Masa didapur terdengar rengekan siboyot.Buka pintu dan sedekahkan sepiring whiskies dan air.Lahap nampak dia makan..Kesian.Lapar la tew.
si boyot


Miaaaaaaaaau....nyaring suara ninasandaq.
Cikli cepat keluarkan nina....seru cikson dari dapur.
Ninasandaq keteghag.Lari dia susup sasap bawah meja atas kerusi bila cikli  nak tangkap

.Di seru lemah lembut dia buat tak peduli.Akhirnya dia sembunyi bawah kerusi.
Nampak dia lain macam,cikli cempung dia dan bawa kebelakang.....adoi....bertitisan air kencingnya jatuh berjujuran.
Tu lah....takutnya yang amat sangat pada siboyot buat dia enggan ke luar rumah.Matanya melilau sekeliling walau pun sedang memerut atau sedang meragut rumput.
Nina....awat jadi macam ni....rungut cikson bila kena mopkan lantai...Satu kerja pula dengan kau ni..

atas pagar bawa diri
Nina cikli biarkan di luar . Keatas pagar dia bertenggek hingga matahari panas memancar.


anak si boyot pun dia tak peduli
Kesian dia...cikson buka pintu gelongsor dan ajak dia masuk.
Tak sampai hati lihat dia bermuka moyok.
Meluru kedalam dia buat muka kesihan
Depan bilik air dia berhenti.Nak airlah tu apa lagi.

Alahai nina....lawanlah balik .Siboyot bukan kuat.Nak bawa perut pun tak larat.
Nina pandang cikson buat muka kesihan..
Agaknya inilah katanya..

Cikson...biar Isarel sajalah berlawan dengan Palestin.Kami bangsa kucing tak perlu bercakaran nak rebut kawasan...
Tu sampai nak kencing berak pun takut.... adekah patut?

ala mamason dok pot pet pot pet pagi pagi....benci!