Tuesday, July 15, 2014

dari kaca mata saya

Hi,Nina's back.Salam dan selamat bercuti sempena nuzul quran everyone..
Tak kemana mana kah?
Cikson nina tengok kelmarin sibuk benar melayan makan anak anak dia yang balik hujung minggu.Rajin memasak ...
Ada gulai,ada masak lemak,ada  dalca
Masa buka puasa mereka berempat duduk semeja
Lepas baca doa baru depa berbuka.
Selalunya dengan sebiji korma...sunah katanya.
Tapi nina kena tengok saja
Tak diberinya nina makan bersama
Kalau ada ikan goreng depan letak dalam pinggan didapur sana....

Bulan puasa nina tengok mamason bangun jam 4.00 pagi
Hari hari talipon dia berbunyi....its 4.30.Time to get up nyaring sekali
Tengik seisi rumah bila cikson goreng ikan kering kawan kaklin bagi
Tapi....sedapnya depa makan walau mata tak cukup tidor hari hari.

Di bulan puasa,nina tengok depa rajin mengaji,solat terawih malam malam
Katanya banyak pahala berganda ganda bila diamalkan
Kucing juga yang ketinggalan

Semalam RBL banyak orang datang
Ada hantar cermin besar ada hantar airkon.
Krang krang krang depa bertukang
Nina tengok pun rasa pening nak pitam....
Tentu ciksoncikli riang hati dah tak panas berdehang.

Thats all folks..

Ninasandaq

Sunday, July 13, 2014

amboi ...baik hatinya

Bunyi message masuk membangunkan cikson dari tidur.
Capai handphone dan baca message dari  +601281++++  yang berbunyi..
RM0.Your card telah berjaya.....bla bla bla GRAND PRIZE...shell....bla bla..

Seronoknya...
Duduk tak duduk menang GRAND PRIZE.
Boleh raya sakan ni
Hei...suka hati tak terperi.

Tapi...
the other side of me berhati hati
tak cepat percaya apa yang diberi
dengan segera internet dilayari...

Pembohong....Penipu
Dah banyak orang yang kamu tipu...
dah ada dalam Cari rupanya kisah kamu

Nah ni dia forum itu dulu..
googled ....
So adikkakakmaksaudaratokmenakan
Bila dapat message jangan lah dok percaya bukan bukan...
Tak ada lah orang yang ...amboi baik hatinya
Bagi kat kita senang senang dan percuma....

Ok bye.

Friday, July 11, 2014

trust is

from fb...Add caption
Setiap kali membohongi
Setiap kali mendustai
Integriti  mengecil diri
Apa dicakap tak lagi dipercayai
Apa dijanji tak dipandang dua kali.....

Jadi berpada pada bila meninggi ......diri.




Thursday, July 10, 2014

kisah yang terakam...dari tingkat 15 bilik 05



Daftar masuk hotel melalui agoda cepat dan senang....dapat less lagi.
Dan kami dapat guna bilik seawal jam 12 lebih dari waktu biasa...ie at 2.00.

pemandangan hari pertama


Entering the room,a large king sized bed , and other amenities greeted us.Dan disitulah kami bermalam malam Selasa dan Rabu.
Nak buka puasa kat mana ya?
Disini seorang 75 ringgit.Berlima dah berapa.So tak jadi
Dan akhirnya cikten pandu kereta bawa mak ayah kakak abang ke Last Corner di Wangsa Walk...kalau tak salah.Ramadan buffet dekat situ hanya 30++ ringgit lebih kurang.Makanannya lebih kurang boleh tahan.Ada sate,ayam panggang dan lain lain....cukup lah tu..


menunggu berbuka di Last Corner
Next day....early morning cikwen bawa abah mama ke kompleks mahkamah sesyen di jalan Duta...
haha...disini macam macam cerita dapat digarapi.Tunggu ,bila dah habis proceeding mahkamah baru boleh cerita .

hari ni nak berbuka di mana pula ya.?
It ended with cikten bringing food for the iftar.Siap masak nasi dan lauk pauk walau sibuk dgn kerja.Maka berbukalah kami lima beranak didalam bilik hotel dengan apa yang ada......sedap juga..

Rabu pagi cikson kena check out. Subuh itu hanya bersahur dengan air dan roti tiger sekeping...
Eh...apa benda putih putih dalam sungai tu ya?
Agaknya apa agaknya...dekat lebih sejam benda benda ini mengalir memenuhi sungai.

apakebende agaknya
Ya ... dari tingkat 15,cikson jadi saksi tentang warga kota yang seawal jam 4 dah merayap dijalan raya.
Dari tingkat ini juga cikson lihat sendatnya jalan dengan kenderaan silih berganti.

Hotel Q dulu sangat cikson gemari....
tetapi kali ini kurang sekali.
Wajar kalau hal ini di teguri
Katil gedabak jadi lendut bila ditiduri
Tandas di rumah pun tak cikson biar jadi hitam tepi tepi.....ish geli.