Friday, July 11, 2014

trust is

from fb...Add caption
Setiap kali membohongi
Setiap kali mendustai
Integriti  mengecil diri
Apa dicakap tak lagi dipercayai
Apa dijanji tak dipandang dua kali.....

Jadi berpada pada bila meninggi ......diri.




Thursday, July 10, 2014

kisah yang terakam...dari tingkat 15 bilik 05



Daftar masuk hotel melalui agoda cepat dan senang....dapat less lagi.
Dan kami dapat guna bilik seawal jam 12 lebih dari waktu biasa...ie at 2.00.

pemandangan hari pertama


Entering the room,a large king sized bed , and other amenities greeted us.Dan disitulah kami bermalam malam Selasa dan Rabu.
Nak buka puasa kat mana ya?
Disini seorang 75 ringgit.Berlima dah berapa.So tak jadi
Dan akhirnya cikten pandu kereta bawa mak ayah kakak abang ke Last Corner di Wangsa Walk...kalau tak salah.Ramadan buffet dekat situ hanya 30++ ringgit lebih kurang.Makanannya lebih kurang boleh tahan.Ada sate,ayam panggang dan lain lain....cukup lah tu..


menunggu berbuka di Last Corner
Next day....early morning cikwen bawa abah mama ke kompleks mahkamah sesyen di jalan Duta...
haha...disini macam macam cerita dapat digarapi.Tunggu ,bila dah habis proceeding mahkamah baru boleh cerita .

hari ni nak berbuka di mana pula ya.?
It ended with cikten bringing food for the iftar.Siap masak nasi dan lauk pauk walau sibuk dgn kerja.Maka berbukalah kami lima beranak didalam bilik hotel dengan apa yang ada......sedap juga..

Rabu pagi cikson kena check out. Subuh itu hanya bersahur dengan air dan roti tiger sekeping...
Eh...apa benda putih putih dalam sungai tu ya?
Agaknya apa agaknya...dekat lebih sejam benda benda ini mengalir memenuhi sungai.

apakebende agaknya
Ya ... dari tingkat 15,cikson jadi saksi tentang warga kota yang seawal jam 4 dah merayap dijalan raya.
Dari tingkat ini juga cikson lihat sendatnya jalan dengan kenderaan silih berganti.

Hotel Q dulu sangat cikson gemari....
tetapi kali ini kurang sekali.
Wajar kalau hal ini di teguri
Katil gedabak jadi lendut bila ditiduri
Tandas di rumah pun tak cikson biar jadi hitam tepi tepi.....ish geli.

kisah yang terakam....yang dilihat

Apa ya hendak dibuat bila tak ada apa nak dibuat selama 4 jam.
Makan tak boleh,baca tak masuk ,jalan tak larat..
Yang tinggal...duduk diam diam,tengok kaki orang lalu lalang.
Itulah cikson buat selama 3-4 jam terperap di Subang Skypark .

Yang cergas kaki melangkah,tup tap tup tap itu langkah anak anak kapal Malindo dan Firefly.Dengan kain terbelah hingga ke peha...juga skirt singkat berbelah lagi.Feast for the eyes..
Yang berat mengheret kaki tu kebanyakan tentu yang berpuasa,berumur,dan berbadan besar..
Dan dalam ramai ramai cikson terarah kepada pasangan muda yang nampak macam tak tahu kemana  nak tuju bila berurusan dengan pelepasan.Terdengar mereka menalipon seseorang bertanya prosedur.Dan selepas itu terlihat mereka mundar mandir macam mencari arah.Kesian...

Hullo...ha .Eh bagai bertempik seorang berbual ditalipon..percakapan dia tak cikson fahami sbb dia berbahasa lain dari bahasa cikson..

Paging for X,Y,Z...last call...please proceed....oh ya masih ada yang belum naik kapal terbang walau masa boarding dah hampir tamat.Dan sepasang traveller membolos diri melalui pintu boarding yang telah ditutup.kelam kabut ground crew menahan mereka...terlepaslah lah flight apa lagi.

Dicelah celah ratusan penumpang menunggu boarding,kelibat seseorang berhood menarik perhatian.
Gerunlah lihat kawan tu...macam sesuatu saja..getus hati.

Dan bila melangkah masuk flight,dia berada ditempat kami.
Macam mana ada 2 passenger ni.
Selepas di periksa,rupanya dia sepatutnya naik flight ke Penang.
Macam mana crew periksa masa beratur ya....
Eh kalau dia buat degil tak mau turun tentu naya..

Itulah antara aktviti kami dua laki bini naik malindo balik negeri...

Wednesday, July 9, 2014

kisah yang terakam.....tiga hari dua malam

Tiga hari dua malam juga cikson kena korbankan dek kerana hal orang.Tak adil sunggoh.Bukan saja badan penat,duit juga keluar macam ban pecah...aduhai.
Dan antara sok sek sok sek yang kedengaran adalah rungutan berbunyi..
Ishhh kalau nak buat benda haram ke tak baik ke...janganlah libatkan ramai orang jadi korban...
See...ramai yang kena berulang alik ke ibukota dua tiga kali dari segenap negeri.,tapi kes tak selesai.
Ada yang sakit ,yang dah lama pencen ,dan juga kena tinggal urusan mustahak.

Apa pun cikson bersyukur kerana sekali pergi saja dah selesai dan lebih lebih lagi cikson tak kena mengadap...hehe pi tunjuk muka saja.angguk,undur dan balik...habis cerita.

Tapi tiga hari jugalah jugalah masa terpaksa dikorbankan.dan juga ringgit ringgit yang galak keluar beg..huh beli baju raya pun ada juga faedahnya...

Biaq pi lah ...anggap itu satu dari cabaran dan pengalaman hidup..