Monday, April 21, 2014

Lagi dan lagi ,sampai kita naik lali

Lepas Subuh,cikson buka internet.
Baca berita ,blog,facebook dan segala maknenek.

Sejak kebelakangan ini berita tentang kemalangan mendahului.
Biar luar negera atau dalam negeri.
Rasa ngeri
Bila fikirkan kita pun bukan tak mustahil jadi salah satu manifestasi.

Naik kereta....biasa biasa sudah lumrahnya
Naik bas...ada masa terpaksa mengambilnya walau hati penuh was was
Naik kapalterbang...nak cepat kita pilih kapal angkasa untuk pulang
Naik kapal atau feri...biasalah nak ke Langkawi
Naik keretapi.....seronok juga bila naik tengok hutan,tengok negeri.

Harini....satu lagi berita tentang syarikat penerbangan negara
Apa lagi kalau bukan MAS punya cerita
Apa ni.....lagi dan lagi sampai kita naik lali
Tolonglah ...pihak berkuasa...selidik,ambil tindakan buat pembetulan
Sebelum nama MAS tenggelam dek zaman..

Anyway...tahniah kepada kapten kerana berjaya mendaratkan MH192 dengan selamat...That flight to Bangalore made a turn back and landed safely in KLIA despite having gear problems..the news say.

I travelled frequently from KL naik Firefly di Subang...anak syarikat MAS.Cepat dan tidak memenatkan.Adakala orang yang menghantar kita belum tiba dirumah kita dah sampai ke Kepala Batas.A journey that takes 7 to 8 hours hanya ambil 45 minit...walau tiket adakala 4 kali ganda naik bas.Tapi kita puas...
MAS pula as I could remember was on my return journey from Heathrow...Kalau nak compare hospitality antara MAS dengan BOAC or was it Qantas ,makcik bila bila pilih MAS.

Doa kami untuk mu MH370..semoga dimudahkan urusan untuk mencari mu
Syukur alhamdullilah,terselamat kita dari satu lagi nahas MH 192


Sunday, April 20, 2014

Jalan jalan cari rumah


Agaknya dah habis rancangan perumahan kami teroka untuk cari rumah buat anak ini.Ada yang telah siap hanya tunggu OC ? Ada yang baru nak naik signboard.Ada yang baru hantar flyers...Puas lah ke hulu kehilir.Harga boleh tahan....kalau silap haribulan kena makan maggi.

Tiba tiba .....
Rumah ini jadi perhatian.
Ada untung ada rugi kalau dihitung hitungkan......
Apa apa pun kalau ada rezeki tentu dipermudahkan..


Add caption

Add caption

Add caption

Bila rajin.

A favourite question..mama makan dah?
Masak apa harini...
Itulah exchanges biasa biasa bila berhubung dgn anak anak jauh diibu kota raya.
Melalui talipon tentunya.

Selalunya mama kurang rajin nak masak bila berdua saja.Bila ada kompani baru datang rajin mama.Baru teringin nak makan itu dan ini.Baru rajin nak ke dapur yang disayangi..

Hari tu semasa balik dari KMC ,singgah sebentar dekat warung jual ikan tepi jambatan tepi jalan.Nampak tak banyak ikan yang dijual.Dan ketika nak angkat kaki dari situ,sipenjual menyeluk peti simpanan ikan dia.

Kak...tengok ni ketam..
ya..ya akak kenal ketam...kata ku melawak.Akhirnya tiga ekor ketam cikson beli.Harga belasan ringgit.
3 ekor cukupkah ?
3 ekor belah 2 dah jadi enam.Tiga untuk kakak tiga untuk abang.
Haha... sempat lagi berlakon cerita bujang lapok P Ramlee kat situ..

Kelmarin cikson gulaikan ketam ketam itu dengan nenas.Berlauk ketamlah makan nasi semalam.
Petangnya perut manja lagi.Nak minta makan cucur jagung pula.Pukul 3 cikson gorengkan cucur semangkuk.Jenuh cikli makan sampai ke esok.

See...bila rajin ...semua jadi.
ketam tiga ekor

jadi sebelanga

lebihan nenas goreng telor.

ikan bilis goreng bawang

cucur jagung minum petang

bahan cicahnya....sambal botol dalam pinggan...rajinkan!


Bila segan @ malas semua beli... kesian cikli.


Saturday, April 19, 2014

Akibat se gelas nescafe


Jam 8 malam,dinner malam tadi
Order nasi paprik yang di gemari
Se gelas nescafe kerana lupa pada janji

No nescafe at night or ....
Merana diri dok terkebil kebil mata sampai dini hari

Wishing....Sabtu ini dihabiskan dengan cara begini
Ala ninasandaq bersenang diri....





Seronok kan...