Monday, April 14, 2014

bila lidah rasa tawar

Kelmarin Ahad.
Malam sebelumnya ciklicikson buat planning apa pengisian cuti minggu ni.
So we came out with a plan...
Breakfast...bought at The Sunday Market in our taman.
Lunch...grocery shopping and lunch at a shopping center either at home or abroad. in Aloq Setaq.
Dinner...where we are at that time...

Hmmm....plan tinggal plan.
Pagi pagi cikli dah ke Stadium ada urusan berkaitan Sukan Parlimen Perlis.Sebelum tu ada lah dia hantar nasi lemak dan sedikit kuih buat alas perut...well thats cukup bagus...
Bila tghari cikson pun bersiaplah nak keluar lunch.Tunggu punya tunggu cikli balik dengan dua polisterin berisi nasi putih dan lauk ayam masak merah.Sekali gigit rasa semacam....nasi tak luak dari pinggan.Planning bershopping pun tak jalan

Come evening...dinner bagaimana. Dekat restoran biasa dikunjungi kami ke sana.Nasi paprik seperti biasa.telan semulut rasa meloya...
Tukang masak orang lain nampaknya.
paprik bertukar masak tokyu yang entah apa rasanya la pula...

Ke rumah mertua kami tuju selepas itu.Sembang sembang sambil tonton apa ke rancangan di tv satu.Bintang mencari Bintang agaknya itu.Maka keluarlah kakak,makcik dan datuk berpakaian sedondon merah biru...lagu pula zaman dulu dulu.Ada ok ada macam kayu.Tapi bila tengok hadiah lagilah sendu.Ada ke 5 ribu saja untuk nombor satu?

Coming back....perut rasa lapar kembali.
Jom pekena roti canai ke,tosei ke ...apa apa sajalah kata cikli.
Pusing sana pusing sini jam 11.00 kami bersupper pula kat Andaman 2 kali ini.
Cikli ais kacang,cikson lee cee kang serta kongsi kotiau goreng berdua sepinggan...

Amboi....romantik.Cuma tak ada candle light saja..


Sunday, April 13, 2014

Jamu ayam penakut jadi hero ?

Kalau dicari maksudnya akan phrasa itu tentu berbagai.
Jamu ayam penakut jadi hero?
Apakebende weh..
Adakah masakan hari ini lauknya ayam penakut?
Ayam adakah yang penakut.Hmm...rasanya tak.Sbb masa di JPL tt bela ayam kampung.Jarang nak jumpa yang manja ,lentuk dan poyo macam squirrel.Kalau nak tangkap mereka jenuh ligan satu kampung.Peristiwa yang kami lalui setahun sekali bila emak nak bergulai ayam.
Dan adakah bila dah dijamu ayam yang penakut ,terus jadi berani enggak takut lagi ya buk...Jadi hero itu gitu.
Pagi tadi cikson perambat squirrel suruh keluar.Nina pun.
Tak lama lepas tu,bila pintu terbuka,kedua duanya meluru masuk kembali.Sinina tanpa ragu ragu kembali manja dengan tuannya..cikli.Tengoklah lagaknya bila cikli sembahyang.Selalunya dia tertib saja.Kali ni bukan main dia beraksi manja.
Sisquirrel pula lain halnya.Biasalah dia bila dimarahi,merajuknya panjang.Hingga saat ni dia tak merengek pun kat cikson.kelibatnya pun tak kelihatan
Oh...rupanya bersembunyi diri ya.
Tengah hari tadi cikson menunggu cikli hendak lunch kat luar.Masa dia balik dia menjinjing dua polisterin berisi nasi..
So tiadalah  aktiviti membeli barang keperluan yang kering kontang.
Tiada aktiviti lunch berdua sekali sekala.

Dan bila cikson menjamah nasi tapau itu rasanya ayam yang dijamu tu ayam penakut....tak ada rasa langsung.Tawaq hebiaq....
Bila free apa nak komen kan...
Jamu ayam penakut jadi hero ni sebenarnya adalah....haha

 

Search Keywords

EntryPageviews
gambar bunga di perlis
1








jamu ayam penakut jadi hero
1








musim bunga di perlis
1








xie xie nie leng chai
 
1
 





penghuni gua.....love and hate

Love them when they're playful,cute and obedient
Otherwise if they arent and they pee and poo wherever and whenever they like....haih:

Pagi pagi lagi hidung dah terbau sesuatu yang menusuk hidung.Sesuatu antara bau jering dan petai...hangit .
Puas hidung cikson kembang kempis mencari datangnya bau itu.Kusyen? Angkat dan tolak...tak ada apa apa yang luar biasa.
Katil? Jenuh menjenguk bawah katil kalau kalau datangnya dari bawah sana.Tak ada.
Lagak bagai PI .cikson terhendap hendap,terbongkok bongkok menjejaki .I stopped short when I reached the furthest end of the house.Hmmm.
Nah selonggok ketulan ketulan yang harum semerbak bertapa.Atas timbunan barang barang antik serbi dan serba.Keluarkan the insidious  ke laman belakang untuk dilupuskan.Lepas tu jenuh mencuci dan menyemop segenap penjuru bilik yang tentu memenatkan.

Hadoii.....pagi pagi lagi dah bagi mama kerja...Yang peliknya, empunya kerja pukul tiga pagi dah minta diri nak keluar berziarah.Rumah girlfriend sebelah rumah.

Pintu bergegar ditolak.Suara riuh meminta masuk.Makcik buat tak faham saja.

Tak payah masuk rumah....makcik meninggikan suara.
Senyap...dan bila pintu dibuka dia sudah tiada.Merajuk agaknya.

Saturday, April 12, 2014

penghuni gua...bila ninasandaq melaram

Mesti ada yang hairan kenapa ada tajuk penghuni gua.
Penghuni gua kalau nak tahu adalah sesiapa...I mean ...sesiapa saja tak kira berkaki dua atau empat atau lebih yang bermastautin di rumah nombor 7 yang persis bagai gua...
Let me tell you why I call my home a gua..Sbbnya ...

Ruamh ni terletak ditengah tengah deretan rumah yang berderet deret.Kalau on wheels dah boleh jadi gerabak keretapi.Memanjang ke belakang dan bila ada yang memanggil didepan tentu tak kedengaran dibelakang.Melalui berapa kali entah reno sampai dah tak jadi rupa asal.Living room atau tempat melepak ada 5 tempat.Pilihlah yang mana suka.Nak bekas porch,bekas bedroom atau bekas kitchen...pilih saja..

Wait...kata nak cerita bab ninasandaq melaram...
Ok...here's a few snaps yang makcik tangkap masa ninasandaq dok mengadap cermin dalam bilik.Pandai dia nak melaram.Sebelum keluar rumah cari pakwe.. tinggal si squirrel terpinga pinga.


lawa juga aku ni...

nak mula mana dulu ya

oh kena letak maskara

lebihan lipstick kena sapu dulu


eh mana kasut saya..



tak jadi keluar...panas dan letih katanya
Semalam tergelak sakan makcik bila cikli bawa balik cerita ttg nina....amboi bohsia sunggoh.