Saturday, May 18, 2013

Haiwan kah dia...

Setiap kali mendengar kakaknya mengalun ayat suci,dia keluar dari tempat sembunyinya....bawah katil.Sopan dia bertelegu ditepi sehingga habis kakak mengaji.Begitu aksi si comel Humphrey setiap kali
 without fail.

merenung nasib badan.

Setiap kali mama hampar sejadah,pakai telkung dia tak kemana perginya. Didepan ,dikiri atau dikanan dia hampiri.Terlentang dia dengan perut yang tinggi.Adakah dia sama mengaminkan doa bila dua kaki bercantum seperti tangan memohon rezeki.Bukan sekali tetapi berkali kali dia beraksi begini....Ninasandaq punya misteri
menunggu hari

Seakan kekasih menunggu didepan pintu.Walau dipanggil dia tetap membantu.Namun...zass dia serbu bila cikli menyeru...
Dulu Jade...selalunya dengan mama dia buat tak tahu ,tapi bila abah...amboi manjanya dia.Dengar saja kereta dia dah tahu siapa yang tiba.Mulalah tak senang dia.Terlompat lompat nak sambut papanya.Pintu disondol suruh dibuka...

Dulu....lama dulu mama ingat kucing tu kucing .Hanya binatang berkaki empat pemakan tikus...
Baru sekarangn ku tahu , mereka punya akal yang bagus.
Kini Squirrel bintang baru dalam hidup mama ...and I was wondering...adakah dia haiwan?
Ehh kalau difilemkan...blockbuster! Income tentu lumayan....

Apalah mama ni mata duitan.....kata anak anak ku..



Friday, May 17, 2013

Wassup Peghelih...ooops Perlis.

Hari ni jalan jalan kat Peghelih lengang saja.Tak dak brum bram brum bram macam setiap pagi Jumaat seperti biasa.
Oooo...lupa makcik...Hari ni cuti sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis la..Dirgahayu Tuanku.
Seronok orang Perlis dan yang merantau dok Perlis...cuti 3 hari wooo.

Cerita sikit bab cuaca kat Perlis ....
Sapa sapa yang sakit migraine ,sakit kulit gatal gatal tak payah mai la ...huuu I tell you panaih tak lit lit tapi bahang dia yang hau hau...( I see my girls dok kata...mama buat dah dgn vocab uniq dia ..hehe).

Pagi pagi dah rasa nak berkubang .Malam rasa nak tiduq terbongkang atas lantai terazo.Sbb bila tidoq dalam bilik ,tilam rasa macam ketul bata baru fired dalam brick kiln..Panas meruap.rasanya bila siang semua dinding,lantai absorb the heat and bila malam  ......huh rasa dok dalam oven pun ada terutama rumah tereh macam yang mamason duduk.Angan nak duduk rumah bangalo tak kesampaian..Apa pun syukur tak duduk dalam kolong...

One thing I noticed ....not only are we affected but our furry friends pun sama.Lebih lagi mak boyot ninasandaq.Dia dah banyak kurang aktiviti sandaq menyandag tapi membanyakkkan aktiviti tiarap meniarap.
Masuk bilik air saja mesti ada dia dengan perut membukit sedang bersantai atas lantai.Kesian..Pandai pula minta dicedukkan air dalam gayung biru utk dia .Dahagalah tu...

Eeeh ...cuti tiga hari ni nak buat apa ya...?
Jom jalan jalan cari awan.....



Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru






            SELAMAT HARI GURU

 Guru datang dan pergi
Ada mengajar dengan penuh hati
Berkorban dan tak kira peluh mengalir di pipi

Ada guru yang luaran nampak bengis dan langsi
Tapi dalam hati tulus mengajar setiap hari
Untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi

Buat semua guru,yang baru dan lama,
Jasa mu membentuk jati diri anak bangsa
Besar....sangat besar kalau kamu tidak sedar.

Ayuh... jika masih ada yang sibuk mengirai kain berniaga
Kalau masih ada ber hi O,berherbal life,berpolitik tak kira masa

Kalau masih ada yang sibuk siap tugasan degree,master,phd  anda
Kiralah berapa masa yang anda guna
Dari di guna untuk mengajar anak bangsa

Kamulah lebih kejam dari guru yang garang macam singa,jika kamu bertanya
Walau luaran kamu baik dari bidadari dari syurga

Di hari guru ini yang mulia
Bertekadlah kamu demi survival anak bangsa


Lihat kiri lihat kanan
Anak bangsa lain telah lama maju ke depan
Jangan lagi kita jadi bangsa yang ketinggalan

Dibahu mu wahai guru
Amanah disandarkan

 

Wednesday, May 15, 2013

its been 15 days ...


Its been ages since my last post ...more than hari chap goh me from CNY...hehe.Setengah bulan le tu...
Never mind....
Actually bukan tak ada bende nak cerite...tapi rase hati yang tak suke ,kalau dizahirkan juga tentu banyak yang terluke...
Dan dalam banyak cerita...cerita GE13 antaranya yng tak boleh lupa.Ada lawak ada jengkel tak boleh cerita.
Cerita tentang tangan patah yang tak baik baik sepenuhnya buat banyak kerja terbengkalai begitu rupa.
Cerita tentang kisah suka duka penghuni no.7 punya cerita memang ada ada saja.Kadang kadang tak terjangka oleh akal pun juga.Are we jinxed or what ,selalu aku bertanya.Nak kena mandi bunga ke????

Hmm 15 days ...there are stories to be told and behold.
Semoga angin m.a.l.a.s sila berambus....ehe berhembus.
Agar ilham nak berkarya tidak terkambus.

Doa ku panjatkan agar badai menggila menghempas pantai,
 
 
berubah tenang dan damai

See you then....