Showing posts with label no.7. Show all posts
Showing posts with label no.7. Show all posts

Thursday, August 10, 2017

Reno no 7..... buang buang dan buang


Semalam,dua lori mengangkut segala maneka harta karun berzaman dari rumah no.7
Dapur gas karat marat akibat terendam air bah dibawa pergi.
Begitu juga sofa panjang tempat cikli berbaring menonton tv dibilik depan.
Daybed juga ku humban keluar.
Semalam barang barang khazanah sejak zaman kegemilangan no 7,ku sedekahkan. Sapa nak ambiklah.

Dan petang tadi pula,khazanah semasa cikli berbisnis diangkut lori. Dua kali. Tak teragak agak lagi aku suruh cleaners clearkan laman belakang.
Nah ambik kau...2 lori juga khazanah purba diangku pergi.
Dan semasa cikli melihat saki baki khazanah rina cleaning dibawa lori,dia tak berbunyi. Diam saja macam merestui.
Habis barang barang aku lupuskan. Lega!

Sejak berpindah ke RBL,aku kurang beri perhatian pada no.7. Maka disana sini debu menyeliputi . Sini pula sawang berkerewang. Tambah pula bila aku menukar siling...adoi kalah lahar gunung berapi debunya.

Mujur aku terbaca dalam fb akan kewujudan syarikat cleaning. Nap Cleaning Services aku ambil untuk meringankan beban ku.
Sejam 12.50 seorang . 4 orang untuk 4 jam..sehari
Aku ambil 2 hari. Itu pun mungkin kena ambil lagi.
Puas hati... bila rumah bertukar dari berdebu,perabot terpeleot dibawa keluar.
Kalau aku masih muda belia,mungkin semua kerja kerja itu boleh ku bereskan...

Sekarang yang tinggal beberapa pembetulan lagi.
Aku kurang puas hati paip yang dipasang dibilik air. Kena perbetulkan
Cat dinding dan basuh lantai pun belum.
Dilaman belakang,tembok pembahagi perlu dibina...

Hmmm... tercongak congak aku... duitnya dimana? Isssh ..kalaulah kaya..Harini saja 325.00 harga yg perlu dibayar.
semua ada

khazanah cikli

akibat banjir besar...

pekerja Nap Cleaning

Lori Man yg ku berikan nama...lori merah dalam contact list

Lagi harta cikli..

Tv zaman 60an pun masih disimpan..
Just a note of caution....nasiblah bila your other half is a compulsive hoarder...semua barang dia sayang. Akhirnya rumah jadi gua...


Wednesday, August 2, 2017

Buat panduan masa depan....reno no.7

Dah lebih seminggu renovation dirumah lama berjalan. Ketung ketang tukang bertukang. Berdebu bagai Kuantan,Pahang Darul Bauksait. Dari depan sampai belakang lintang pukang.

terkenang dulu dulu...kusyen kecil,curtain ,alas meja semua hasil jari ku..
Mampukah aku lagi buat begitu
Sarung kusyen tu meminta yang baru.
Tudung tingkap pun mau....
Semua bermula bila kepala tingtong memikirkan apa kesudahnya rumah kami yang ditinggal begitu. Sekali sekala saja balik mengunjunginya.  Nah apa jadinya

heeeee.... 

Cikli bawa balik semua harta karun dari pejabat dia longgok disitu. Apa yang tak ada..Mesin buruk,fail buruk . Depan belakang bersusun.
Air hujan merembes masuk . Bumbung dah kusam dan bocor.
Paip air dah reput.
Bahagian belakang rumah entah anaconda pn bertapa sama.
depan rumah dah jadi stor cikli 

Ini tak boleh jadi. Fikir hati. Rumah ni bukan dapat free.Selama bekerja setiap bulan gaji dipotong untuk melunaskan hutang. Belum lagi segala bayaran hasil pintu dan tanah yang perlu. Takkan nak biar dia reput begitu.
bilik air dah jadi begini...

kasi buang semua ya...

So... bermulalah episod kami mereno rumah...
Mula2 cari tukang. Dapat ihsan adik cikli yang berurusan dengan mereka sebelum ni. Dia kata ok.

Nego harga. .. dapatlah harga dalam range yang tak terjegil biji mata. Cikli buat surat . Tulis tangan aja..Perjanjian kata dia.
Dan bila duit advance diberi...rumah pun mula dibaiki.
Bilik air dapur tukar semua. Dari siling,jamban tinggong jadi duduk,kolah air di buang,pintu baru ditempat baru. 90 persen baru.
Siling dapur juga tukar.
Bumbung yang bocor juga diminta baiki.
Dan beberapa pembaikan kecil yang lain.

Beberapa hari reno berjalan...harga diminta dinaikkan. Tak balik modal katanya...adoi. Maka bertambah harga di persetujui.

Rasanya bukan rumah saja ...pendawaian,paip air,lantai juga minta perhatian.
Anggaran utk tukar lantai terrazo ke tile pun dah sampai  4k.
Jumlah semua mau 2 figure juga.
Masuk mengecat,membuang semak samun... hadoi . Poning wei.

facelift jamban 


siling dapur dalam pembaikan....habuk2 berterbangan..
at 2.7k ..utk siling saja..



Pintu belakang pun ...

dia yang ditinggalkan sekian lama...
lantai terrazo yang ingin ditilekan
Tapi ongkosnya mana nak di ikhtiarkan..
 Sometimes its hard being a knowing woman...
Boleh tak buat donno semua...

Bumbung bocor..biarkan
Rumah mereput biarkan
Hasil pintu biarkan...

Tentu wajah tak kerepot cepat....haha.


Tuesday, July 25, 2017

Through the corridor of life...revisiting no 7.


Its been a couple of years since we left no.7.
No.7
Today,once again I went back to the home I used to live for a few decades. Bringing up the children ,sharing my through ups and downs of life with them and the spouse as well as the cats.



Covered in dust ,I picked up an album lying on the dining table. Flipping through the pages,I was taken back to the days when the children were small and myself younger.

Pheww... ada gambar aku di Scotland
Ada gambar anak2 tersenyum manis dibuaian. Juga mereka dalam jubah hari jadi graduan..
Semua tu menggamit kenangan...Susah payah,senang kehidupan.

We arrived at the house just a few minutes after nine after going to the bank. And soon the contractors arrived. And the good thing about them were,they didnt waste a minute starting their work
melawat tapak..Siling kasi tukar..

Tak dan bersembang dah.. terus buat kerja. I observed.
Dan bila mereka bercakap antara mereka barulah aku tahu mereka dari mana...
Patutlah pun.

No 7 needs pembaikan here and there. The roof was leaking,The ceiling sagging,the water drain clogged. And a new bathroom is much needed.

Hmmm... mau kopak jugalah saving cikson yang dah kurus kering tu. Tapi kalau tak dibaiki rumah lagi sayang kan.

10 bulan pertama,sewa rumah mesti bagi kat I..kataku seronok seronok.Suka suka.

Haaa..lepas ni sapa nak sewa bolehlah..
Berbelas orang dah dok tanya cikson nak sewa tak rumah tu.

Tapi satu soalanlah pula.
Barang barang dalam tu macamana?

Kita sewa partly furnished lah....
Katil,sofa,meja makan siap ada.
Kabinet2 pun .

Lepas tu dok fikir pula berapa sewanya?

haha... rumah baru saja dok ketuk tong ketang....

Thats all folks. Good day.


Bilik air ... semua kasi baru  ya.

cermin kasi bubuh


Sarung kerusi nanti cikson jahit lain...

cabinet ni nak warna putih la..



Saturday, July 22, 2017

Good morning


Sarapan apa pagi ni?
Sarapan apa pagi ni?
Goreng pisang atau biskut marie
Teh panas atau kopi
Yang mana satu jadi rezeki?

Pagi ni,walau jam dah 8.20 pagi
Matahari belum menjenguk lagi
Nampak sipi sipi
rendahnya awan
macam boleh dicapai tangan
Macam kelmarin dan dua tiga hari

Dua hari lepas ke sini kami pergi
Tempat asal kami disini
Melawat dia yang dilupai.

di roundabout Taman Sena
Kesiannya..
Lantai,bumbung,bilik air perlu dibaiki
Lepas tu boleh difikirkan
Samada disewa,dijadikan homestay atau stay sendiri


dia yang lama ditinggalkan.

Sebenarnya dah ramai bertanya
Nak sewa
Rumah makciksoncikli ni
Tempat sangat strategik
Dekat jalan besar
Kedai makan ,stesen minyak seberang jalan
Pasarraya,pasar tani boleh berjalan saja...

Wednesday, September 21, 2016

Cantik buat mu buruk buat ku....

gambar googled
Beauty is in the eyes of the beholder.
Yaaap ....I agree.
Mungkin membiarkan pokok dan tumbuhan menjalar didinding cantik. Pada mata kita.
Tapi....pada mata orang lain buruk kekdahnya.
Apalagi kalau meliar tumbuhnya saja.

No.7...apa kabar mu
Dah lama aku tak kesana
Menjenguk mu
Sibuk betul tak menentu
Hingga kau pun aku tak tahu
Sakit demam mu...


Entah entah kau pun dah jadi macam ini....
Diselubungi misteri.....

Tuesday, May 13, 2014

Tupai yang lentuk

haiiiiii

Haaaaii....ninasandaq sini.Harini nina nak story  sikit....

Namanya Tupai.Tapi dia bukan tupai.Dan dia akur bila namanya di orangputihkan cikson menjadi Squirrel.TT panggil dia skuiren...
Ekornya yang gebu persis si tupai yang suka melompat lompat.Bergetar misainya yang panjang bila cikson memanggil manggil namanya dan menanya kabar dirinya.
Squirre....Squirrel...seru cikson
Mulutnya bergerak gerak,misanya pun bergerak gerak.Nampak giginya menyeringai.
Squirrel lapar ya....ala kesian...cikson membelainya
eeeeow...eeooooow eeeeeeew dia berbunyi.Manja. Benci nina.Bingit sangat.

You know what?
Ni lah sekor makhluk kaki empat paling manja nina pernah jumpa.Paling suka lentuk.Paling bising.
Dekat nina pun dia nak manja....eeee...nono.Tapi nina sayang juga dia sebab dia nampak macho .

Eeeeeow eeeeeeow nyaring dia berbunyi didepan pintu bilik air.
Nak apa ? kakolin bertanya.
Oh nak air...cikolin cebukkan air untuk dia.
Dia melompat atas kolah dan dengan rakus menjilat air dalam cebok...rakus.Slurrrrrp slurrrrrp.

Eeeeeeeow....eeeeow
Hai bunyi lagi...nak apa? suara cikson berbunyi.
Cikson angkat dia .Tatang dia macam menatang baby.Misai dia bergerak gerak.Dia mengeliat liat badannya dalam dokongan cikson.Lepas tu dia jilat jari jari dia...mengada betul.

Nak tahu bila dia paling bising?
Pukul 3 atau 4 pagi.
Dia mengiau untuk meminta cikson buka pintu.Nak keluar cari makwe la tu.Atau dia nak terkucil.

Eeeeeeow......eeeow...dia berbunyi lagi ditepi kerusi cikson....
shuuuuh shuuuuh ...pi main jauh jauh..cikson memarahi dia.
Tupai merajuk.Dia lari bawah katil.Monyok.

Squirrel....squirrel
jejaka perasan

lentuk dan suka merajuk...

Ninasandaq

Thursday, February 28, 2013

Cerita dari gua...bocoooor


Selama makcik bertapa dalam gua no.7 ni,macam macam yang berlaku.Tapi masa tu makcik berhenti menulis blog,privatekan dia....
Dan semasa membelek album gambar.....terjumpa episod menggelikan hati ini.

Hari itu....hujan dari pagi.Lebat sekali.

Tiba tiba air menderu laju dari penghawa dingin antik.Laju selajunya.Pelik.Hawa dingin ada air banyak tu.
Tergopoh gapah makcik cari tin,besen,tong tadah air tu.

air terjun dalam rumah
air percuma

Cikli ambil tangga naik atas bumbung sdg makcik berhempas pulas selamatkan karpet,kusyen.

Laaaa....suara cikli dari bumbung
Awat ? tanya makcik .

Lubang garage kereta dah sumbat! Air masuk dalam rumah ikut lubang paip air con sbb air dah tersekat!

Cikli menarik keluar bahan bahan yang tersumbat.Tapi air masih tak jalan.
So ....dia SOS dekat Wonder pet .Minta bantuan.

Wonder Pet datang tanpa berlengah. Kata putus dibuat.Paip diluar kena jadi korban.
Maka wonder pet pun menggergaji batang PVC itu.Tau apa yang ada?

wonder pet in action


Haa...inilah dia.Penyebabnya.

lihat....apa dalamnya

hero dan taukehnya




Habis episod itu,kami berdepan kerja kerja pengeringan.

baru raya


Sepanjang hari nyaring mengaum abang blower tanpa nyawa.
Boleh terbang makcik dia bawa sama.
Cikninasandaq pun tak dapat bersandar dengan amannya
.Nampak muka dia terpinga pinga
.

naga merah




 Hei, cikli cikson bela NAGA merah punya.!!!
kata dia.