Sunday, September 20, 2020

Nostagia

 

Dah lama benar aku tak mengetuk laptop ini menggunakan Microsoft Word. Masa mengajar dulu,medium inilah pilihan ku.

Harini internet down. Tak boleh akses apa apa. Website yang aku selalu pergi tak dapat aku baca. Hilang seri pagi. No news, no whatsoever. Quranwow.com. , blogger draft, tinkering blogspot, forum forum, fb,blog2 yang aku selalu baca… hari ni no more.

Ting! Aku tersentak.

Bunyi notifikasi masuk. Maxis rupanya. Bagitau yang kami diKangar, Arau,Kuala Perlis sedang menghadapi gangguan konektiviti internet. Usaha sedang dijalankan utk membaik pulih.

Mujur semalam aku usahakan juga membuat transaksi perbankan selepas entah berapa belas kali mencuba. Dan aku berjaya. Lega.

How time flies. How life has changed. Mana kita dapat teka yang satu hari hidup kita banyak bergantung kepada internet. Sesuatu yang tak terbayang 20 tahun lalu.

I remembered so well how I learned to use the computer. Sekolah SK Stella punya. Katanya the first school to have one. Dan aku antara yang mula belajar antara rakan2 ku. Kalau orang lain takut nak cuba, aku terkecuali. Kalau rosak kerana sedang belajar, nasiblah. Sekolah kan ada!

Tkasih Chot@Cikgu Mansor yang ajar kami cikgu2 menggunakan computer dimasa itu. Masa itu masih menggunakan floppy drive utk start computer. Internet masih belum ada. Kami guna computer utk taip, simpan bahan2 mengajar dan juga design kata 2 hikmat utk banner.Jenuh hafal formula….

Komputer pertama keluarga ciklicikson adalah Wayne…lupa2 ingat namanya. Gedabak besarnya. Siap dengan tower apatah…haha.Rasanya guna tak seberapa,rosaknya yang lebih. Kena shortchanged dgn penjual pun ada rasanya. Harga pula dkt 5k…huhu.

Lepas tu aku tak beli dah computer sendiri. Namun nasib selalu baik. Ada saja laptop anak yang mereka tak mau guna,jadikan aku pewarisnya. Ni pun laptop cikina. Ada lagi satu yang baru diberi oleh cikpaen…lebih advance.

Menaip posting ini, aku kembali ke zaman aku bertatih menggunakan computer tanpa internet….nostalgia.

Bye…

 

No comments:

Post a Comment