Thursday, July 16, 2020

Little Women....satu kenangan


Semalam aku menonton Little Women.
Ehh..ni antara novel yang aku baca dibawah katil besi tokton semasa meningkat remaja.
Katil besi ni tinggi tiangnya, bebas debu kerana tokton rajin menyapu.
Walau rumah kami rumah kayu, kebersihan nya terjaga hasil kerajinan ibu ku.
Atas katil, tilam gebu walau di isi kekabu.
Jangan siapa berani naik pada siang hari kalau tak mau kena marah tokton. Pantang dia katil bersepah. Bantal pula selalu dijemur ditingkap supaya tidak pengap. ... kepam la tuu.
Sawang tak jumpa kat mana2. Itulah kenangan ku tentang kerajinan seorang ibu.

Melalut pula bercerita ttg katil besi tokton.
Well,antara novel yang ku baca bawah katil tu adalah hasil pinjaman dari library sekolahku.
Aku selalu bawa balik 5 buah buku seminggu. Hasil peranan aku sebagai setiausaha library sekolah Sultan Badlishah. Pelajar lain boleh pinjam sebuah saja seminggu.

Selain Little Women,seingatku antara judul yang ku baca adalah Wuthering Heights, Macbeth, Devil's Advocate, Roots,Gone With the Wind,The last of the Mohicans dan lain2 lagi yang aku dah lupa
Haa.. salah satu tugasan aku jadi setiausaha adalah buka pintu library. Bukan itu saja aku diamanahkan untuk menjalankan air conditioning unit perpustakaan itu. Tahun2 akhir 60an ,SBS rasanya antara sekolah termula ada beraircon. Besar gedabak air con tu. Aku kena picit bebrapa butang untuk menghidupkan aircon tu.Mcm technician aircon gitu..

Haa.. satu lagi. Guru Perpustakaan aku masa tu berbangsa Cina. Lupa pulak namanya. Satu tugasan dia beri padaku... translation. Dia suruh aku translate cerita Cina dari Bi ke BM. Ada kot 4,5 buah juga judul yang aku translate lintang pukang.. haha.

Satu yang film Little Women beri aku ilham...
If we set our mind to be something, do so..
Macam Josephine yang ingin menjadi writer...last2 terjasil karya Little Women.Dia menulis dari apa yang terjadi pada keluarganya,perjalanan hidupnya.
Could I be Jo too... huhu..its too late dear,I hear a voice says...
Tak payahlah dok  gian nak menulis umur tua tua ni. Baca Quran lebih baik lagi.

Little Women... edition yg entah ke berapa...
Wait seminit... kalau boleh buat duit ,dapat juga aku tinggalkan buat anak2 sebagai warisan...haha.

Keep on dreaming maaam..

Kak,dulu hang suka lukis. Bukan main romantik komik yg kak lukis tu. Pi mana ha komik tu?
Over coffee that afternoon,my sister asked me. And she continued to tell cikli of my hobby.
Ntah..kena bakaq dengan kak sulung sbb aku dok asyik melukis, membaca,menulis. Kerja rumah makngottt...hahaha..itu jawabnya.
Well... the episode of a sister burning the manuscript appeared in Little Women by the way. What a coincident!


No comments:

Post a Comment