Friday, June 26, 2020

Satu satu mereka pulang....

Jam 3.55 kami sudah memasuki perkarangan Stesen Keretapi Arau.
Just nice. Train dijangka sampai 3.59.
Satu satu penumpang yang menuruni tangga stesen aku amati.
Setelah habis reda, baru nampak kelibat dia.
Tuuu...anak kita! Aku menyeru namanya. Gembira tatap wajahnya setelah sekian lama. Dah lebih 3 bulan tak jumpa. Ada masa tanpa kabar berita. Akibat PKP semua.Risau atas keselamatannya dalam hocus pocus covid19 di ibukota tak payah ceritalah.

How are you? Dah makan?
Jam 4 lebih baru bersarapan pagi. Belum jumpa nasi. So terus ke Kuala Perlis lah lepas ni. Jalan Changloon Kuala kami ambil. Cantik pemandangan dengan sawah menghijau dan pokok2 teja berbunga. If only they had planted tacoma,lagila...tentu macam obersi suasana.

Sampai di Komalaut, Mona kami tuju. Pelanggan pertama nampaknya kami. By 5 terhidanglah makanan depan kami.
Apalagi makanlah dengan senang hati Nak garu2 fikir kemudian nanti. Hihi. So pergi jauh2 segala pantang larang makcikson tak mau makan udang dan sotong.Sedap makanannya. Cuma ikan bakar a bit dry.

Rasa dah lama suara ketawa tak ada dalam rumah kami. Semalam meriah suasana malam kerana cerita2 dua beranak sometimes menggelikan hati. Bila cikina jumpa cikli. Ada2 saja lawak mereka. Makcikson tumpang gelak sama.Moga beginilah setiap hari.

Esok tak tau nak buat apa lagi. Nak pi jalan jalan SP atau duduk rumah sendiri. Tengoklah nanti.
Maa..nak makan asam pedas mama la..
Dia meminta. Oh ya boleh dibeli, tapi masakan mama tak ada galang ganti.

This episode of PKPs ,lockdowns, covid nineteen did put a mark on my life. How I see the things before me. Above all how I would love my family. Appreciate the life that Allah swt has given me. In the form of my family.
Hari mereka nak balik KL masa sehari dua PKP1, I cried like I would never see them again. That would be the last time they would ever see me. That was on 19 March 2020. Aduhai... bila dikenang.
One by one...mereka nak pulang.
Gembira. Bukan kepalang.
Alhamdullilah. Thank you ya Allah.

Lebuhraya Changloon - Kuala Perlis

Galak berbunga pokok teja
Kalaulah semua ni pokok tacoma,tentu meriah suasana .Kalau tak macam Jepun,macam Korea.

pukul 5 kita nak dinner

Dah lama tak pekena..kata oghang utagha

Kat sini lah ..di Mona di Koma
Bye. Thats all folks. Cerita dari saya.

No comments:

Post a Comment