Monday, February 10, 2020

Doa buat mereka.....


Doa buat mereka di Tanah Besar China
Semoga mereka berjaya mengatasi ujian yang amat bahaya
Dan selamat keluar darinya
Kerana nyawa tiada gantinya...

Membaca, mengikuti feeds dalam fb
Sesekali membuka twitter tentang mereka
Juga channel channel news
Aku .... jadi gusar sebenarnya
Melihat apa yang berlaku di sana
Semoga dijauhi Allah bumi tercinta kita Malaysia...dari bencana yang besar sepertinya.

To date...900+ angkanya di benua sana
Yang telah kehilangan nyawa. Ini dari berita perdana.
Yang dijangkiti berpuluh ribu di sana
Dan telah melarat se antero dunia.
Dari Canada, Amerika hingga Afrika
Benua belah sini juga tiada kecualinya.

Stay safe people
Be careful of what you do or write,kalau tak mahu kena hambat
Jangan sebar berita tidak benar, kurang tepat.
Jaga diri...kebersihan diri jangan di alpa, kalau tidak jenuh berubat
Makan minum juga sentiasa jaga,jangan semua hendak dirembat
Bila bersin ,batuk kena ada protokolnya,jangan lepas saja ikut nak buat

Batuk dalam elbow...
Pakai mask bila ke tempat ramai orangnya. Antara nasihat .

Sama sama kita berdoa
Agar kita tidak terheret sama dalam bencana
Semoga Allah pelihara kita semua...

Stay safe people...








No comments:

Post a Comment